Tradisi ekonomi memantapkan perpaduan Islam
بسم الله الر حمن الر حيم
Kepemimpinan Umat Islam di negara ini seharusnya tidak terus gagah mendepani percaturan politik demi kekuasaan dan kepentingan peribadi . Mereka semestinya tegas dengan keutamaan hidup untuk memertabatkan keupayaan ekonomi umat Islam dengan alternatif yang tersendiri melalui penggabungan kepakaran minda serta keterampilan ilmu mereka untuk memimpin kearah mengembangkan wadah perjuangan dengan memberikan kemudahan yang luas dan mampu dinikmati seluruh kelompok orang Islam , malah orang bukan Islam juga tidak dihalang untuk menikmatinya. Ketegasan mengutamakan ekonomi demi kepentingan Islam ini mesti dibangunkan dengan kekuatan sedia ada dipersekitarannya .
Keupayaan kearah itu sepatutnya telah lama dijadikan sandaran untuk membuka ruang serta peluang umat Islam berpadu tenaga dan kudratnya menyokong sendi perjuangan Islam membangunkan suatu jajaran ekonomi yang mampu di kongsikan serta membangunkan taraf kehidupan orang orang Islam yang nyata majoritinya masih hidup sederhana miskin , juga ramai lagi dibawah tahap kemiskinan di seluruh negara .
Peluang itu sebenarnya telah gagal di rebut dan dikembangkan kepemimpinan dan hartawan Islam , sedangkan kepentingan menjagai persekitaran hidup umat Islam itu menjadi kewajiban setiap individu tetapi segelintir sahaja yang mampu muncul dengan kekayaan yang diperolihi dan menyumbangkan sedikit hartabenda untuk maslahat umat Islam yang jauh lebeh ramai memerlukan bantuan .
Jika dilihat secara nyata ramai individu Islam yang mampu mengaut kekayaan hartabenda melebehi kebutuhan keluarga serta sanak saudara , tetapi gagal menyuguhkan sedikit kekayaan itu untuk dinikmati sama dengan majoriti orang Islam dengan ihsan dan akalbudi bagi melenyapkan sebarang kesusahan dan kedaifan majoriti umat Islam menyarai keluarga mereka . Walaupun tidak dinafikan mereka ada menyumbangkan bantuan ihsan , tetapi ianya masih jauh sekali untuk membantu secara keseluruhan hidup dan persekitaran umat Islam.
Satu satunya bidang dan keutamaan tradisi ekonomi itu tentu sekali yang berkaitan keperluan hidup seharian . Jika kepemimpinan dan hartawan Islam yang kayaraya dan sederhana hartanya terlebeh dari mencukupi , dan mahu melihat dengan matahati , tentu sekali mereka akan bangkit secara ikhlas membuka ruang yang lebeh luas untuk berganding bahu menggabungkan harta mereka yang tersisih itu untuk dibangunkan dan mewujudkan rangkaian perniagaan setempat .
Mewujudkan wadah perniagaan setempat ini semata mata untuk memberikan keselesaan pada umat Islam , tentu sekali lebehan harta mereka itu dapat dikembangkan dan mampu menambahkan perolehan dan dalam masa yang sama orang orang Islam mendapat kelebehan nikmat dengan menyokong perniagaan yang dikembangkan .
Ini lah persaingan ekonomi yang perlu dilebarluaskan demi maslahat dan kepentingan umat Islam . Mengimbangi pasaran yang terbuka luas itu mampu dijadikan wadah bagi membantu umat Islam memperoleh kepelbagaian barangan harian dengan nilai yang setimpal lebeh murah dan pasti jajaran perniagaan ini mampu menyaingi monopoli ekonomi yang dipegang oleh orang bukan Islam .
Malang sekali kekayaan harta benda yang diperolehi itu tidak dibangunkan bersama untuk memupuk perpaduan dikalangan mereka , seterusnya memupuk kesedaran saudara seIslam dalam mendokong perniagaan dan kepentingan ekonomi Islam dipersekitarannya.
Harta benda dan kekayaan itu mampu digembelengkan demi kepentingan membangunkan persekitaran yang memudahkan dan meringankan beban umat Islam menyara beban tanggungan kekeluargaan sepanjang kehidupan mereka .
Jamaah Islam adalah majoriti dinegara ini , tentunya mampu membangunkan dan membasmikan sebarang bentuk kemiskinan dengan memadukan perolehan mereka semata mata , menghindarkan laba ekonomi yang telah jatuh dimonopoli oleh bukan Islam, sedang orang Islam yang selama ini mendokong mereka terus ketinggalan .Sudah tiba masa kita mendokong ekonomi kita untuk dikembangkan dengan teguh melalui perpaduan dikalangan umat Islam .
Mungkinkah hartawan Islam mampu menyingkap tabir yang sekian lama tertutup , dan hadir membuka ruang menatang kemampuan akal dan budipekerti yang ihsan demi kemaslahatan umat Islam.
Persaingan perniagaan ini bukan suatu kesalahan , malah ianya adalah kebebasan dan hak mutlak Islam dipersekitaran , muga akan ada kepemimpinan , hartawan dan Ilmuan Islam maju kehadapan mempelopori penggabongan minda membangunkan kemaslahatan Umat Islam dijajaran dan kekuasaannya .
Sopan santun dan kelembutan Islam perlu ditegakan , hartabenda yang terlebeh itu perlu disuguhkan , ihsan dan budiman sebagai pemangkin teladan kehidupan dikalangan orang orang Islam. Muga ekonomi Islam terus dapat dikembangkan seiring kekuatan dan keteguhan mendaulatkan kesucian Islam.
Comments