Saturday, August 20, 2011

Kerajaan Malaysia tidak ada ketegasan dlm isu warga asing

بسم الله الر حمن الر حيم


KUALA LUMPUR, July 29 — The biometric registration of legal foreign workers scheduled to end on Sunday (July 31) has been extended indefinitely.baca seterusnya
PUTRAJAYA, Aug 20 – The Home Ministry today extended the registration period for illegal workers under the amnesty and legalisation (6P) programme to Aug 31, instead of the Aug 21 dateline that was announced earlier.baca seterusnya
Kerajaan Malaysia  jelas  tidak teguh dalam memegang pendirian keatas  dasar yang dilaksanakan . Memanjangkan tempoh pendaftaran  pekerja asing tanpa permit dari satu tarikh ke tarikh lain menunjukkan Kerajaan Malaysia  tidak mampu teguh  dengan ketetapan dan sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu dasar .

Walaupun ianya mungkin ada kebaikannya tetapi kepekaan umum mesti dibentur dengan ketegasan  , terutama majikan dan pendatang asing yang berkerja di Malaysia yang mengabaikan seruan kerajaan untuk mematuhi sesuatu peraturan   yang hendak dilaksanakan adalah satu hal  yang amat mengaibkan   . Kerajaan mesti tegas  dengan pendiriannya dan tidak terkongkong dengan desakan serta kepentingan ekonomi swasta dalam situasi yang melibatkan kepentingan Negara .
Kelemahan kerajaan dalam memutuskan tempoh pendaftaran pekerja asing ini , memang sudah dijangkakan oleh pihak swasta dan pendatang asing dinegara ini . Inilah kelemahan besar kerajaan dalam mengambil sesuatu pendirian dan keputusan sejak dulu lagi .
Kerajaan mesti tegas dan tidak tunduk kepada tekanan pihak swasta  . Jika tempoh pendaftaran itu telah tamat , ianya tidak perlu dilanjutkan .
Kerajaan sepatutnya melakukan pembersihan dengan  mengarahkan penguatkuasa undang undang melakukan operasi bersepadu diseluruh Negara dan menahan semua warga asing yang gagal melakukan pendaftaran dan mengheret majikan terlibat yang melindungi dan mengambil mereka bekerja mengikut prosedur yang telah ditetapkan , manakala pekerja warga asing diusir dari Negara ini . 
Kebanjiran warga asing dinegara ini telah menjadi wabak dan usaha kerajaan kearah memperbaiki dasar demi kepentingan dan keselamatan Negara sepatutnya tidak dilakukan dengan sambil lewa tanpa ada ketegasan .
Perkara ini telah berulang kali berlaku dan ianya sesuatu yang amat memalukan dan merendahkan intergriti kerajaan dalam  melaksanakan sesuatu dasar dan strategi demi kepentingan negera .
Adalah diharapkan agar pihak kerajaan dapat melakukan pembersihan secara menyeluruh dan tidak gagal mejalankan tanggungjawab menjaga kepentingan Negara semata mata  tunduk dengan desakan segolongan kelompok yang mempunyai kepentingan diri atau ekonomi . Keselamatan Negara adalah lebeh utama , memandangkan kebanjiran warga asing ini telah sekian lama gagal ditangani dengan kebijakan dan ketegasan Undang Undang .

No comments:

Kekalkan Dominasi Pemerintahan Islam Malaysia

(Ikhtibar dan Ikhtiar) Dominasi pemerintahan Islam wajib dikekalkan di Malaysia. UMNO@Barisan Nasional. Selagi kepemimpinan UMNO yg mendo...