Pemuda UMNO dan Pemuda PAS Malaysia patut mengadakan sidang meja bulat demi maslahat Umat

بسم الله الر حمن الر حيم

 Di sebalik kontroversi berkaitan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor Jais ke atas gereja Dewan Pemuda PAS pusat menggesa kerajaan pusat mengadakan satu akta yang khusus bagi menangani isu-isu berkaitan dengan murtad
Perkara itu diputuskan dalam mesyuaratnya semalam bagi mempertahankan akidah umat Islam kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Selain itu Dewan Pemuda PAS juga mahu kerajaan menukar kembali cuti hujung minggu hari Ahad kepada Jumaat sebagai hari kebesaran umat Islam Kini hanya beberapa negeri menetapkan Jumaat sebagai cuti hujung minggu Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini Nasrudin gambar berkata PAS pernah mengesyorkan Akta Murtad sebelum ini tetapi telah ditolak.baca seterusnya

Pemuda UMNO dan Pemuda PAS sepatutnya tidak berbalah sesama mereka , jesteru itu kedua cabang pemuda ini mesti sehaluan dalam menegakan kemurniaan dan ukhuwah Islamiah dikalangan saudara semuslim . Untuk mengangkat martabat Islam kedua cabang pemuda UMNO dan PAS mesti sanggup mencari ruang untuk duduk semeja dan mengambil  inisiatif  memupuk perpaduan dan ukhuwah  dalam menyelesaikan  isu isu berkaitan agama Islam . 

Mereka sepatutnya mencapai  keputusan bersama dalam apajua matlamat perjuangan yang melibatkan kepentingan Islam . Disinilah titik permulaan untuk mereka teguh berdiri disisi jisim perjuangan Islam .

Jika ini dapat dilakukan pasti maslahat umat Islam akan dapat dicernakan dengan kebijakan dan keterampilan kedua cabang pemuda pemerintah dan pembangkang dalam menatang keunggulan agama Islam .
Diharapkan akan ada kesepakatan akal dan ihsan serta  budi pekerti dalam diri pemuda Islam , jika benar benar mereka teguh dan tegak mendepani keutamaan Islam dengan kesanggupan memimpin jalan kebenaran dan menghindari pertelingkahan yang berlarutan semata mata berlainan pemikiran dasar politik membangunkan sebuah negara dengan kuasa ditangan mereka .
Kepemimpinan adalah teladan dalam memimpin kearah manfaat dan keutamaan Islam itu adalah suatu yang mesti diberikan keutamaan , sedang kekuasaan itu hanya sekadar kebutuhan hidup yang penuh ranjau untuk memupuk Iman dalam  memimpin  akal serta ihsan dalam diri masing masing . Peradaban Islam pasti akan cerah kembali jika persepsi kuasa yang dimiliki itu dapat dipaparkan  semata mata untuk kepentingan masyarakat dipersekitarannya.

Khairy juga berkata Pergerakan Pemuda Umno juga ingin menegaskan bahawa masyarakat tidak boleh terus menyalah dan menolak bantuan kemanusiaan atau kewangan yang dihulurkan oleh sebilangan pihak gereja kepada mereka yang daif dan memerlukan . Ini kerana bantuan tersebut sememangnya ditagih dan membantu golongan miskin di saat memerlukan .
Namun apa yang tidak boleh diterima oleh orang Islam adalah apabila bantuan tersebut diberi dengan bermotif atau diselitkan dengan usaha untuk memurtadkan mereka yang mana bukan sahaja suatu yang salah bagi penganut agama Islam bahkan menyanggahi ketetapan Perlembagaan Persekutuan.baca seterusnya



Kedua dua sayap Pemuda UMNO dan PAS mesti berani tampil dengan suatu inisiatif demi memupuk kebersamaan minda dalam menggunakan Akal dan Ihsan sebagai umatIslam , jika benar benar mahu melihat Islam dikembangkan di Malaysia .

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand