pertahankan adab masyarakat Melayu Islam di Malaysia .

بسم الله الر حمن الر حيم


Sampai bila akan timbul  kesedaran Muslim untuk bangkit tegak dengan keteguhan  serta ketegasan rasionalisma dan intelektualisma  mereka  bagi menggugah minda saudara Muslim dijajaran , supaya upaya  memupuk  semangat yang hebat  bisa  menggerakkan akal budi  dalam proses merevolusikan pandangan  dan pegangan hidup  untuk mempertahankan  peradaban masyarakat Melayu Islam di Malaysia .

Orang orang Melayu Islam Malaysia mesti menjadi   kelompok  masyarakat madani dengan kemerdekaan yang diperolehi dari tangan penjajah  Inggeris  yang sememangnya  menolak pegangan ajaran Islam . Orang Melayu Islam pasti telah  mampu  memalingkan  diri dari alam  seni dan mitos hayalan yang menjadi tabir adat resam tinggalan penjajah ,  yang patut  sudah gugur dari pemuka dan singgahsana  pemayungnya  ,yang  memiliki   keteguhan  dan ketegasan menjagai iman dan takwa pada yang maha pencipta Alam  iaitu ALLAH swt dan terpimpin dengan ajaran murni junjungan Nabi Muhammad saw. sebagai rasul pilihan yang terakhir bagi manusia didunia .
Kepatuhan masyarakat Melayu Islam mesti mampu menetapkan  keyakinan pada kemutlakan ciptaan   alam akal dan budi yang dituntut  meneladani ketertiban yang teratur sejajar dengan  kemutlakan ajaran Islam.
Orang Melayu Islam mesti teguh kepercayaan  ketuhanan yang tunggal ( ALLAH) , yang kudratnya terhukum dengan hikmatnya , yang iradatnya berjalan selaras dengan Akalnya  . Orang Melayu Islam  diadaptasikan  hasil  ciptaan mulia yang sedia tunduk dan menjadi   jajaran seluruh Alam raya bahawa roda kehidupan Melayu Islam  tertumpu  dengan keyakinan pada ALLAH yang maha berkuasa atas segalanya dan mentadbir ketentuan semua perkara diseluruh Alam dunia .
Mereka mesti insaf dan yakin serta ikhlas bahawa Islam adalah  satu satu agama yang mutlak untuk diikuti oleh semua manusia diseluruh jajaran alam maya ini . Islam adalah jalan perhubungan  orang Melayu Islam dengan persekitan keujudan hakikat semesta Alam , bahawa manusia diperintahkan  tunduk dan takwa serta berpegangan dengan ajaran Islam  dengan menyembah serta mengagungkan pada kekuasaan Allah .
Jesteru adalah menjadi kewajiban perpaduan Melayu Islam bangkit dengan berani dan tegas dalam apajua hal yang terkait mencemar , meremehkan dan mencerobohi persekitaran Islam . Melayu Islam wajib mempertahankan kemurnian Islam dengan apa cara sekalipun agar persekitaran Islam tidak dicemarkan golongan bukan Islam . Hak hak Islam mesti tegak dan mutlak dan hak bukan Islam sentiasa diberikan ruang  selagi mereka tidak merusakan persekitaran kehidupan orang orang  Islam .
Terbaru Isu serbuan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor  yang menyerbu  gereja Methodist Damansara hanya untuk  menjaga  hak orang Islam , jesteru hak orang Islam  itu mutlak dan tidak boleh diganggu gugat .
Orang orang bukan Islam bebas melakukan upacara  agama mereka dikalangan penganut mereka sendiri dan kehadiran bukan Islam ditempat mereka  , usah dijadikan sandaran bagi mereka mendabik dada bahawa Islam memberikan kebebasan penganutnya untuk berbuat sesuka hati , sedang kudrat dan natijah nya orang orang Islam  itu dikawal dan dilindungi  persekitaran hidup mereka secara mutlak .
Pemerintah mesti tegas dan teguh menjelaskan hak hak yang termaktub di Perlembagaan Negara ini dan  semua aturan adalah kekal serta tertakluk disisi jajaran Islam yang jelas adalah agama resmi  Malaysia .
Orang bukan Islam mesti dingatkan agar tidak sekali kali mencampuri apajua urusan yang  terkait dengan sosio budaya orang Islam .  Mereka diberikan kebebasan untuk menjalankan kehidupan mereka dan kefahaman mereka , tetapi mereka tidak sama sekali  dibenarkan  mencampuri permasaalahan yang berkaitan dengan kehidupan orang orang Islam .
Sejak akhir akhir ini , oang bukan Islam makin ghairah  bersuara lantang mencampuri perkara perkara yang ada hubungannya dengan ajaran Islam . Tindakan mereka jika tidak dibendung akan memberikan impak permusuhan dan menyebabkan  perbalahan yang merosakan keharmoniam suku kaum di Malaysia .
Oleh itu pemerimtah jangan sekali kali alpa bahawa kekuasaan Islam tidak pernah meminggirkan kebebasan bukan Islam , diwaktu yang sama kekuasaan Islam sedia ada didokong dengan kemutlakan dan perpaduan majoriti orang Islam  di Malaysia . Orang bukan Islam jangan menganggap perbedaan pemikiran dan   perpecahan dikalangan orang Islam   boleh dijadikan sandaran untuk melemahkan kekuasaan pemerintah dan ketuanan Melayu Islam di Negara ini . Pemerintah mesti tegas jika tidak mahu melihat kepincangan dan kemusnahan berlarutan , dengan  bertindak mengawal suara suara sumbang yang sengaja mahu melemahkan dan mencemari Islam dengan berlindung disebalik hak dan kebebasan  awam Malaysia .






Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand