Thursday, June 30, 2011

Melayu ditelanjangkan kebingungan dijalanan

بسم الله الر حمن الر حيم


Ambiga Sreenevasan seorang peguam , malah pernah dilantik sebagai Presiden Majlis Peguam  tentunya memahami prosedur undang undang dan sepatutnya akur dan mematuhi aspek perundangan dinegara ini , tetapi tindakan beliau yang terang terang membelakangkan keluhuran undang undang dan Perlembagaan Persekutuan jelas menunjukan keegoan dan menanamkan kebencian minda  awam ,  tetapi kebungkaman Majlis Peguam serta golongan peguam dinegara ini menunjukan kepincangan serta kedangkalan pemikiran golongan yang dikatakan cerdik tetapi tidak mampu dan ikhlas untuk mendaulatkan keluhuran undang undang  dan keadilan sejagat .

Pemikiran dan kedangkalan mereka menjerumuskan intergriti profesion guaman ketahap yang paling kotor dan rendah serta menjijikan .Jesteru ianya jelas dan nyata  kerana golongan ini terus  bungkam untuk menegakan keadilan sejagat dan tidak  menghiraukan keresahan di  persekitaran  yang jelas akan menjejaskan kehidupan mereka sendiri dan majoriti rakyat masyarakat dinegara ini .
Suatu perhimpunan  bolih diadakan se telah memperolehi kebenaran untuk mengadakan himpunan seperti diperlukan di bawah Akta Polis tetapi  sebagai seorang pengamal undang undang beliau malahan tidak membuat apa apa permohonan malah lantang  mempertikaikan tindakan penguatkuasaan  , sedangkan mereka jelas mengetahui akibat ketiadaan permit untuk perhimpunan itu pasti suatu perhimpunan haram . Selaku seorang peguam beliau telah bersubahat untuk melakukan kesalahan atau melakukan satu perbuatan jenayah disisi undang undang . Ini jelas telah menjatuhkan imej peguam peguam lain yang mendukung keluhuran undang undang dinegara ini .

Saturday, June 25, 2011

KDN (PDRM) hanya memperjudikan kudrat ribuan anggotanya.

بسم الله الر حمن الر حيم

Perhimpunan Haram  anjuran  Gabongan Pilihanraya Bersih dan Adil ( Bersih ) yang dicanangkan pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur telah mengundang keresahan awam dan mengundang pelbagai tanggapan serta persepsi dikalangan warga kota serta seluruh rakyat Malaysia hingga ramai yang telah membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan jalanan tersebut , serta meminta pihak berkuasa mengambil tindakan keatas pendokong pendokong pertubuhan yang terlibat yang dilihat  terang terang mendatangkan hasutan demi kepentingan golongan masing masing hingga sanggup menyuarakan apajua kemungkinan ianya akan tetap diadakaan , walau tanpa kebenaran pihak berkuasa .
Tindakan Pemuda Umno (BN) serta pertubuhan Perkasa untuk sama sama terjun dijalanan dihari yang sama juga semakin mencemaskan persekitaran yang memungkinkan suatu kejadian perbalahan dan kekacauan awam lebih besar  ,  jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang tindakan drastik penguatkuasa undang undang untuk menangani dengan segera dan tegas mengikut peruntukan perundangan sedia ada .
KDN(PDRM) seakan akan talam dua muka dalam mencegah dan melindungi kepentingan awam , bertindak hanya untuk memperjudikan nasib ribuan anggotanya tanpa membela hak dan kesetiaan mereka melindungi nyawa dan harta orang awam.
 

Sunday, June 19, 2011

formula mengembalikan kekuatan dan keperkasaan Melayu hanya satu!

بسم الله الر حمن الر حيم

Umat Islam itu umpama lidi, bila ia diikat seberkas, ia menjadi kuat dan boleh mnyapu segala sampah yang ada besar atau kecil, tetapi bila dirungkai menjadi taburan lidi, habuk sebesar hama pun ia tidak mampu membuangnya".
Sebab itu kesatuan, perpaduan dan persaudaraan itu sangat dititik beratkan oleh Islam. Perkara pertama yang Rasululllah saw lakukan selepas mendirikan Masjid Nabawi semasa peristiwa hijrah ialah menyatukan umat Islam Makkah-Auz-Khazraj menjadi Muhajirin & Ansar yang bersatu sabagai satu umat - umat Islam.
Bangsa Melayu sangat bernasib baik kerana menjadi satu-satunya bangsa didunia ini yang dikaitkan dengan agama. Dita'rifkan ciri Melayu sebagai wajib beragama Islam dibawah Perlembagaan Persekutuan. Satu-satunya bangsa yang diperakui agamanya berdasarkan undang-undang.
Namun malang umat Islam bangsa Melayu; yang punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab dan Satu Qiblat, tetapi gagal menjadi satu bangsa yang bersatu. Sedangkan ALLAH jelas menyebut bahawa umat Islam wajib bersatu padu dibawah naungan Al Quran.

US promotes instability in Afghanistan

'US promotes instability in Afghanistan'

بسم الله الر حمن الر حيم

The  American military presence in Afghanistan has contributed to more instability in the country than peace and security.
"The presence of Americans in every part of the world has not contributed to security," "The Americans claim that they are after maintaining security in Afghanistan, but they have acted in the opposite way,"
"More than 10 years have passed since the presence of the US forces and we have seen the exacerbation of the security situation in Afghanistan,"
The 2001 US-led invasion of Afghanistan that was launched with the declared objective of curbing militancy and bringing peace and stability to the country but many civilians had been killed .

Penjarakan saja golongan yang mahu mencetuskan huruhara dalam negara

بسم الله الر حمن الر حيم

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan perhimpuan haram yang dirancang oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011  sebagai satu cubaan pihak pembangkang untuk menjadikannya sebagai jalan pintas untuk memenangi pilihanraya dan impian mereka ke Putrajaya.
Pembangkang sebenarnya berselindung di sebalik badan bukan kerajaan itu yang mempertikaikan sistem pilihan raya umum di negara ini bagi merealisasikan niat mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah  memberi penjelasan berkali-kali bahawa pilihan raya di Malaysia dijalankan secara teratur mengikut peraturan sedia ada.

Saturday, June 18, 2011

Felda gagal mengungguli ketelusan sebagai sebuah agensi kerajaan

بسم الله الر حمن الر حيم

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata terdapat  sejumlah 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di 317 tanah rancangan itu di seluruh negara .Daripada jumlah itu, seramai 108,322 peneroka terdiri dari kaum Melayu, 1,097 kaum Cina, 1,522 kaum India dan dan selebihnya kaum-kaum lain.
Pengambilan peneroka  dimulakan sejak pembukaan tanah secara besar-besaran oleh Felda pada tahun 1960 hingga akhir 1989 dan selepas itu kerajaan mengambil keputusan untuk tidak lagi mengambil peneroka mulai 1 Jan 1990. Pada 2006, dikatakan kerajaan ada membuat pengumuman bahawa Felda boleh dibuka semula untuk mengambil peneroka baru jika ada kerajaan negeri yang memberikan tanah, tetapi masih belum ada kerajaan negeri yang bersetuju dan bersedia memberikan tanah , manakala kerajaan negeri  Sarawak ada menyatakan hasrat mempelawa agensi-agensi pembangunan tanah termasuk Felda untuk membangunkan tanah adat, tetapi masih dalam peringkat perbincangan .

Friday, June 17, 2011

Tindakan pemuda UMNO(BN) hanya mengundang kebobrokan pemikiran

بسم الله الر حمن الر حيم

Tindakan pemuda UMNO(BN) mahu mengadakan perhimpunan bagi menyerahkan memorandum kepada DYMM Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 9 Julai 2011 bersamaan perhimpunan yang akan diadakan “ Demo BERSIH “ adalah suatu tindakan serta pemikiran yang sempit dan langsung tidak menghormati saranan pihak berkuasa agar mana mana pihak perlu menghormati undang undang dan tidak mengikut kebebasan golongan tertentu serta mematuhi  peraturan  hak kebebasan bersuara selaras dengan  peruntukkan  undang undang sebagaimana ketetapan  Perlembagaan Persekutuan .

Keghairahan  pemikiran  pemuda UMNO(BN) dan pendokong Bersih ini hanya memupuk kebencian dikalangan masyarakat awam . Demonstrasi awam adalah suatu kaedah yang dicetuskan oleh pemikiran orang orang YAHUDI , jesteru kaedah perhimpunan  awam ini hanya membawa kepada kecelaruan pemikiran , kerendahan akal dan melanggar adab serta budaya orang orang Melayu Islam yang menjadi majoriti warganegara Malaysia .

Wednesday, June 15, 2011

Memahami ahlussunnah waljamaah ( ASWAJA )

بسم الله الر حمن الر حيم

I. Definisi dan Historis
      ASWAJA  adalah kepanjangan kata dari “ Ahlussunnah waljamaah”. Ahlussunnah berarti orang-orang yang menganut atau mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW, dan  waljamaah berarti mayoritas umat atau mayoritas sahabat Nabi Muhammad SAW. Jadi definisi Ahlussunnah waljamaah yaitu; “ Orang-orang yang mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW dan mayoritas sahabat ( maa ana alaihi wa ashhabi ), baik di dalam syariat (hukum Islam) maupun akidah dan tasawuf”.
    Istilah ahlussunnah waljamaah tidak dikenal di zaman Nabi Muhammad SAW maupun di masa pemerintahan al-khulafa’ al-rasyidin, bahkan tidak dikenal di zaman pemerintahan Bani Umayah ( 41 – 133 H. / 611 – 750 M. ). Istilah ini untuk pertama kalinya di pakai pada masa pemerintahan khalifah Abu Ja’far al-Manshur (137-159H./754-775M) dan khalifah Harun Al-Rasyid (170-194H/785-809M), keduanya dari dinasti Abbasiyah (750-1258). Istilah ahlussunnah waljamaah semakin tampak ke permukaan pada zaman pemerintahan khalifah al-Ma’mun (198-218H/813-833M).

Sunday, June 12, 2011

Kelembutan Nabi Muhammad saw.

بسم الله الر حمن الر حيم

Ketika Rasulullah SAW duduk bersama para sahabatnya, seorang pendeta Yahudi bernama Zaid bin Sa'nah masuk menerobos shaf, lalu menarik kerah baju Rasul dengan keras seraya berkata kasar, "Bayar utangmu, wahai Muhammad, sesungguhnya turunan Bani Hasyim adalah orang-orang yang selalu mengulur-ulur pembayaran utang."
Umar bin Khattab RA langsung berdiri dan menghunus pedangnya. "Wahai Rasulullah, izinkan aku menebas batang lehernya." Rasulullah SAW berkata, "Bukan berperilaku kasar seperti itu aku menyerumu. Aku dan Yahudi ini membutuhkan perilaku lembut. Perintahkan kepadanya agar menagih utang dengan sopan dan anjurkan kepadaku agar membayar utang dengan baik."

'UN greenlights NATO for Libya killings'

'UN greenlights NATO for Libya killings'

بسم الله الر حمن الر حيم

Saeb Shaath, author and Middle East affairs expert, from Belfast. 
Transcript of the interview.
Press TV: Mr. Shaath, about the protection needed for civilians, the arguments some are putting is that NATO or other nations are violating international law by getting involved in the civil war in Libya, and they are asking, is “Responsibility to Protect” justification for a war of aggression in Libya?
Shaatth: NATO turned out to be a hired assassin with a questionable license issued to them from the United Nations in general terms. And I myself consider every country in the Security Council and the United Nation body is partly to that, because they give the green light for another operation like the one that happened in Iraq, destroying the country in the name of saving the civilians. I didn't see any civilian being saved, except assassinating the civilians, even Gaddafi's own grandchildren and his son, and considering him as a target, assassination as I said by a UN license.

Saturday, June 11, 2011

Perbalahan UMNO dan PAS tentang Negara Islam , menunjukkan tiada ketegasan memperjuangkan Islam

بسم الله الر حمن الر حيم

Umno sebagai tunjang politik pemerintah dan Pas sebagai sebuah parti pembangkang di Malaysia sering saja bertelagah dan berselisih pendapat serta kefahaman mengenai tuntutan  dasar dan sistem Islam yang perlu diterapkan dalam pentadbiran serta urusan pemerintahan , nyata menunjukkan kedua dua parti yang sinonim dengan sokongan orang orang Melayu Islam ini tiada ketegasan   memperjuangkan dasar Islam sebenar  kerana sering memutarbelitkan saranan dan berbelah bagi didalam memahami kekuatan dan jatidiri sebagai orang Islam .
Kekuasaan yang telah dimiliki masih gagal menonjolkan kewibawaan  dalam  memperhalusi  entiti Islam dengan jelas dan mempertingkatkan keyakinan untuk terus  gagah mendepani kebenaran dan ketentuan Allah yang menciptakan seluruh alam agar mengangkat dan memertabatkan agama Islam.

Friday, June 10, 2011

بسم الله الر حمن الر حيم

Daftar “Anak Malaysia” Sekadar Isu Politik Murahan
Tindakan wakil rakyat pembangkang ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya untuk mendaftarkan bangsa anak perempuan mereka sebagai ‘Anak Malaysia’ sebenarnya tidak lebih sekadar bermotifkan politik untuk mengelirukan rakyat.
ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh yang berkahwin dengan seorang bangsa India, M. Ramachandran ingin mendaftarkan anak perempuan mereka, Shay Adora Ram sebagai bangsa Malaysia.
Beliau menegaskan bahawa anak perempuan mereka bukan berbangsa Cina ataupun India.

" Saya bangga  didaftarkan bangsa   Anak Jawa “ asal saya warganegara Malaysia "
Merujuk kepada sikap wakil rakyat ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya untuk mendaftarkan bangsa anak perempuan mereka sebagai ‘Anak Malaysia’  , menunjukan  kedangkalan minda seorang Yang berhormat . Jika si ADUN itu Cina dan kahwin dengan si suami  India , anak perempuannya sepatutnya jadi anak kacukan Cina India , mana pulak datangnya  " Anak Malaysia". Bodoh dan bebal juga nampaknya seorang YB ni. Jika anak perempuan itu mahu dijadikan “  warganegara Malaysia “ lain lah ceritanya .

Usah gadaikan adab dan kesopanan orang Melayu dengan demonstrasi jalanan

بسم الله الر حمن الر حيم

UMNO online :  Demonstrasi Bersih 9 Julai akan datang

Nampaknya pembangkang terutama Pas begitu bersungguh-sungguh mahu mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 9 Julai ini kononnya untuk menuntut satu pilihanraya bersih.
Walaupun sudah menang lima negeri dan berjaya menambah kerusi pada pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini mereka masih menganggap pilihanraya di negara ini masih tak bersih.
Usah gadaikan  adab dan kesopanan orang Melayu  dengan demonstrasi
Hebahan tentang demonstrasi “Bersih”  yang akan diadakan pembangkang bagi menunjukkan protes tentang Pilihanraya yang telah diadakan selama ini dikatakan tidak bersih dan telus , adalah suatu perkara yang  tidak masuk akal dan berupa provokasi kearah pemberontakan secara halus dengan memperhambakan segelintir orang Melayu.
Logika minda kepemimpinan pihak pembangkang yang menafikan ketelusan Pilihanraya yang diadakan dinegara ini hanya untuk menarik simpati dan sokongan umum . Tindakan pihak pembangkang hanya menggamit kegusaran awam dan  menafikan keamanan dan ketenteraman negara yang sentiasa dijagai pihak berkuasa . Pihak berkuasa jangan sekali kali  memberikan ruang dan sumbatkan saja segelintir kepemimpinan pembangkang yang bertindak keterlaluan dan menjadi petualang yang ingin menimbulkan kekacauan awam.

Thursday, June 9, 2011

Penangguhan kes liwat DSAI , orang politik tak perlu melatah

بسم الله الر حمن الر حيم

KUALA LUMPUR, 8 Jun 2011 - Sampai bila kes perbicaraan liwat yang membabitkan  Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari akan selesai kalau tertangguh dan terus tertangguh.
Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shohaimi Shahadan berkata apa yang dilakukan Anwar Ibrahim merupakan satu strategi untuk melewatkan-lewatkan kes perbicaraan liwatnya terhadap Saiful Bukhari.baca selanjutnya
Kepatuhan , Keadilan dan Intergriti Badan kehakiman usah dimanipulasikan untuk kepentingan individu , kelompok atau kepartian .
Isu perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditangguhkan dan terus ditangguhkan memperlihatkan  timbang tara kebijakan badan kehakiman  adalah suatu manifestasi  keintergritian yang memerlukan kebebasan untuk menyakinkan bahawa suatu keadilan yang ditegakan berjalan dengan penuh ketertiban mengikut dasar dan lunas lunas  perundangan . 

Ayman al-Zawahiri vows to continue al-Qaeda's jihad

Zawahiri vows to continue al-Qaeda's jihad - Central & South Asia - Al Jazeera English

بسم الله الر حمن الر حيم

Ayman al-Zawahiri, al-Qaeda's second in command, has issued a eulogy for Osama bin Laden, saying the slain group's chief terrified the US when he was alive and would continue to do so in death.
Al-Zawahiri appeared in a white Arab robe and turban, a Kalashnikov at his side, in a 28-minute video posted on jihadist online forums on Wednesday.
"We will pursue the jihad until we expel the invaders from Muslim lands," he was quoted as saying in the video titled "The Noble Knight Dismounted".
The Egyptian, who has long been considered al-Qaeda's operational head, heaped praise on bin Laden, killed in a May 2 US raid in Pakistan.

Wednesday, June 8, 2011

Datuk Seri Najib Tun Razak hilang keyakinan tentang ketentuan Islam di WIEF Kazakhstan

بسم الله الر حمن الر حيم

The 7th WIFE’s theme “Globalizing Growth: Connect, Compete, Collaborate”, the Forum had grown in throughout every region of the Muslim World, with increased presence of leaders from the African countries, the Gulf states, the Commonwealth of Independent States (CIS) and East Asian nations.
The 7th WIEF  theme :  ‘Globalising Growth: Connect, Compete, Collaborate’ in a bid to mobilise the Muslim and non Muslim nations towards greater economic independence through open channels of communication and strategic cross border partnerships., The conference  was held at the Palace of Independence, Astana Kazakhstan on 7 - 9 June 2011.
Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata negara-negara Islam sepatutnya sudah sebati dengan tadbir urus yang baik kerana ia sudah menjadi amalan mereka sejak 1,500 tahun lepas, tetapi pernyataan Datuk Seri Najib dilihat telah gagal membawa mesej yang jelas tentang keyakinan kerajaan Malaysia dalam  mengungguli kepentingan Islam melalui ucapannya dipersidangan tersebut .
Petikan PM berikut amat memalukan dan kurang keyakinan kepemimpinan dalam menegaskan kepentingan dasar dan perlaksanaan Islam di Malaysia : “ Malahan kata Perdana Menteri, kepatuhan kepada perintah Allah pun adakalanya tidak menjamin seseorang itu akan berpegang kepada prinsip integriti “ . sumber petikan

UMNO dan PAS terus bercakaran , bukan Islam ambil kesempatan

بسم الله الر حمن الر حيم

ISU negara Islam di Malaysia dijadikan pertelingkahan dan pertembungan minda dan pertengkaran mulut diantara kepemimpinan politik UMNO dan PAS .
Media utama tidak ketinggalan membuat  liputan yang meluas  dengan menyiarkan   berita , begitu juda wadah  media baru ( Internet )  terutama web/log (blog) saban hari ada saja pemaparan isu mengenai  pertembungan  istilah kedaulatan negara Islam ekoran Muktamar PAS yang diadakan baru baru ini. Isu ini memang sinonim dan telah lama ujud  serta dijadikan  isu persekongkolan  dan kedurjanaan orang orang Melayu yang memang majoritinya menganut agama Islam dalam menggugah minda dan kudrat mereka  untuk memperjuangkan daulah Islamiah dinegara  ini .

Saturday, June 4, 2011

Kerajaan Barisan Nasional angkuh , minda dan pemikiran rakyat terus diperlekehkan .

بسم الله الر حمن الر حيم

Kenaikan kadar baru tarif  elektrik yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional memang jelas telah membebankan rakyat jika diperhalusi atas ketempangan pengurusan dan kepemimpinan Tenaga Nasional Berhad (TNB)  yang tunduk dengan cengkaman dan dasar serta strategi  kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi sepertimana pendedahan dan penjelasan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Ani Arope yang menyalahkan Unit Perancang Ekonomi kerana menaikkan tarif elektrik .  
Dasar dan strategi Unit Perancang Ekonomi  telah memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas  (IPP) dengan kadar yang telah dimanipulasikan demi untuk memperkukuh dan memanfaatkan keuntungan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) , jesteru kenaikan kadar tarif elektrik yang diumumkan kerajaan hanya menjadikan rakyat sebagai hamba untuk mendapatkan pelayanan dengan menyumbang sumber saraan dan kebergantungan dalam  keterpaksaan sebagai pengguna , walaupun dikatakan kenaikan itu tidak menjejaskan rakyat , akan tetapi kenaikan itu  tetap memberikan impak yang besar dan beban kepenggunaan kepada rakyat secara keseluruhannya.
 

Friday, June 3, 2011

Runtuhkan tembok perkauman , laksanakan segera Sekolah Satu Aliran

بسم الله الر حمن الر حيم

" Untuk membuang sikap yang sudah berakar umbi selama tujuh tahun sebelum memasuki alam persekolahan  bukanlah satu tugas yang mudah. Tetapi untuk hidup bersama dalam sebuah negara dan akhirnya membina jatidiri menjadi satu bangsa yang tidak lagi dikenali mengikut kumpulan kaum, masyarakat negara ini tidak dapat tidak perlu mengurangkan sikap prasangka, kalaupun tidak menghapuskannya sama sekali.
Inilah yang hendak dicapai melalui konsep sekolah satu aliran. Sekolah ialah tempat terbaik untuk memulakan hubungan integrasi. Apabila kanak-kanak sudah terdedah dan biasa dengan pergaulan antara berbilang kaum di sekolah, mereka tidak lagi mengalami kejutan apabila memasuki alam pekerjaan dan bermasyarakat.
 

Wednesday, June 1, 2011

Kelembutan DAP mengaburi mata orang Melayu

بسم الله الر حمن الر حيم


DAP  adalah parti politik yang sanggup mempergunakan apa sahaja cara khusus untuk memecahkan perpaduan bangsa Melayu  yang menjadi rakyat majoriti dan mempunyai kuasa pemerintahan di Negara  ini dengan kesepakatan dan kerjasama kaum kaum lain ,  selaras dengan  dasar  yang  telah digubal  sebagaimana  termaktub dalam Perlembagaan Malaysia .

Hishammuddin Tun Hussin naik angin di Sipitang ?

بسم الله الر حمن الر حيم

Sipitang: 1 Jun 2011
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin menyatakan ,UMNO bukan parti untuk orang bersikap rakus yang hanya mahukan takhta dan kuasa sebaliknya perjuangan UMNO meletakkan keutamaan kepada rakyat, ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Sipitang.

Bukit Bintang City Centre (BBCC) project : Bumiputera interests unprotected ?

بسم الله الر حمن الر حيم


Government property developer UDA Holdings Berhad dismissed claims it is ignoring the interests of the Bumiputera community in the billion-ringgit Pudu Jail redevelopment here, saying it is rebuilding its financial health for their future good.

Kadar Baru tarif elektrik daripada 31.31 sen/kWj, kepada 33.54 sen/kWj

بسم الله الر حمن الر حيم

Aduhai Najib …kata nak tangguh , tiba tiba jer tarif elektrik dinaikan , majoriti rakyat akan menerima beban dan pasti kenaikan harga barangan keperluan akan menyusul dipasaran .TNB dan IPP dijadikan sandaran mengaut keuntungan golongan bangsawan , simiskin dijadikan taruhan dan tentunya
majoriti rakyat akan menerima beban dan impak secara berterusan.
PUTRAJAYA, 31 Mei 2011 – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan peniaga supaya tidak menaikkan harga barang keperluan berikutan kadar tarif elektrik baru yang akan berkuatkuasa mulai esok.

Utamakan Perpaduan Rakyat Malaysia

Dlm negara yg berbilang kaum dan anutan agama , setiap rakyat Malaysia wajar ada pendirian untuk memperhalusi etika, adab dan sosio budaya y...

FOLLOW THIS