Datuk Seri Najib Tun Razak hilang keyakinan tentang ketentuan Islam di WIEF Kazakhstan

بسم الله الر حمن الر حيم

The 7th WIFE’s theme “Globalizing Growth: Connect, Compete, Collaborate”, the Forum had grown in throughout every region of the Muslim World, with increased presence of leaders from the African countries, the Gulf states, the Commonwealth of Independent States (CIS) and East Asian nations.
The 7th WIEF  theme :  ‘Globalising Growth: Connect, Compete, Collaborate’ in a bid to mobilise the Muslim and non Muslim nations towards greater economic independence through open channels of communication and strategic cross border partnerships., The conference  was held at the Palace of Independence, Astana Kazakhstan on 7 - 9 June 2011.
Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata negara-negara Islam sepatutnya sudah sebati dengan tadbir urus yang baik kerana ia sudah menjadi amalan mereka sejak 1,500 tahun lepas, tetapi pernyataan Datuk Seri Najib dilihat telah gagal membawa mesej yang jelas tentang keyakinan kerajaan Malaysia dalam  mengungguli kepentingan Islam melalui ucapannya dipersidangan tersebut .
Petikan PM berikut amat memalukan dan kurang keyakinan kepemimpinan dalam menegaskan kepentingan dasar dan perlaksanaan Islam di Malaysia : “ Malahan kata Perdana Menteri, kepatuhan kepada perintah Allah pun adakalanya tidak menjamin seseorang itu akan berpegang kepada prinsip integriti “ . sumber petikan

Jika diperhalusi kosakata dan tafsiran nya jelas menunjukan kepemimpinan Malaysia telah hilang ketegasan dan keyakinan dalam menjelaskan sikap dan halatuju dalam melaksanakan dasar ekonomi dan urusan pentadbiran selaras kepatuhan perintah Allah dan intergriti yang dituntut ajaran Islam .
Sebagai Perdana Menteri dan mewakili Malaysia yang dikenali sebagai sebuah negara Islam , PM dilihat telah hilang keyakinan tentang kekuatan dan ketentuan Islam sebagai sumber kehidupan dan tatacara yang telah ditentukan olih Allah yang menciptakan Alam dan Islam sebagai agama yang mesti dijadikan pegangan dalam kehidupan manusia .
Kepatuhan seorang insan dalam menegakan kemurnian Islam seharusnya tidak dipertikaikan jesteru manusia digalakan untuk berusaha semaksimum mungkin dan tetap teguh dengan kenyakinan bahawa Islam adalah segala gala nya dalam kehidupan mereka  . dalam masaalah kenegaraan dan kehidupan seharian kita seharusnya mesti tegak dengan kekuatan dan ketegasan bahawa keyakinan kita tidak pernah luntur dan sebati untuk terus yakin dengan kekuasaan Allah yang menentukan  sebarang kejayaan atau kegagalan , jesteru kita seseorang yang menganuti Islam mesti tekal dan yakin dengan sesungguhnya dan keikhlasan sepenuh hati bahawa INTERGRITI seorang Islam sejati mesti ditonjolkan dengan apacara sekalipun demi kebesaran agama dan dasar dasar yang telah ditetapkan didalam Al Quraan dan selaras dengan Al Sunnah . Junjungan besar Nabi uhammad saw . telah menitipkan tauladan tanpa sempadan yang hanya perlu digembelengkan dengan usaha dan keteguhan hati insan yang diwarnai cahaya Islam .
Jesteru kepatuhan seseorang kepada perintah Allah pasti akan menghadirkan kekuatan dan ketegasan  dalam menjelaskan bahawa INTEGRITI  Islam adalah satu ketetapan yang perlu diungguli dan kebenaran tentang kepatuhan kepada perintah Allah pasti  membawa kepada keindahan Intergriti dan menepati sistem dan dasar ketentuan Allah  sebagai khalik yang menciptakan segala keujudan didunia ini .
Menafikan kepatuhan kepada Allah akan menyebabkan kegagalan tegak dengan intergriti , jelas  menunjukan seseorang itu hilang kenyakinan diri dengan kekuatan dan iltizam yang telah ditentukan Allah bahawa Islam memudahkan dan menghamparkan jalan untuk teguh berdiri menegakan intergriti dalam apajua permasaalahan kehidupan .
PM seharusnya tidak memperlekehkan kepatuhan seseorang kepada Allah pun mampu menghilang integriti dan keimanan mereka . Ucapan PM ini seharusnya tidak keluar dari mulut seorang pemimpin tinggi yang juga menganuti Islam  dalam kehidupan sehariannya. Jesteru kepatuhan pada perintah ALLAH pasti diikuti dengan penonjolan intergriti yang sebati dalam jiwa dan naluri seseorang sepanjang masih ada keyakinan dan keimanan untuk tetap mematuhi ajaran agama Islam dan memurnikannya .
Jetseru meneliti akan kedangkalan bahasa dalam menyebutkan “ kepatuhan kepada perintah Allah pun adakalanya tidak menjamin seseorang itu akan berpegang kepada prinsip integriti “ , seharusnya tidak terucapkan kerana ia jelas menidakan ketentuan Allah yang memberikan kekuatan kepada manusia untuk mematuhi dan menyakinkan kebesaran penciptaannya didunia .
Kepatuhan kepada perintah Allah mesti diyakini dapat menjamin seseorang itu akan berpegang teguh kepada prinsip integriti dan tekal  menegakan kepentingan Islam dengan penuh keyakinan dan  dimanfaatkan dalam apa jua tindakan lahir dan batin agar kepatuhan kepada perintah Allah diterapkan dalam apajua bidang urusan dan perlaksanaan  tatacara kehidupan kemanusiaan dan urusan kenegaraan . Malang sekali ketegasan dan keyakinan PM dilihat tidak secocok dan selari dengan ketentuan Allah yang menjadikan akal akan terus patuh dan yakin bahawa kepatuhan itu akan kekal menjagai integriti seseorang dimana jua keberadaan mereka , apalagi dalam menjulang prinsip Islam sebagai agama yang ditentukan untuk dianuti sepanjang zaman.


 

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand