Perbalahan UMNO dan PAS tentang Negara Islam , menunjukkan tiada ketegasan memperjuangkan Islam

بسم الله الر حمن الر حيم

Umno sebagai tunjang politik pemerintah dan Pas sebagai sebuah parti pembangkang di Malaysia sering saja bertelagah dan berselisih pendapat serta kefahaman mengenai tuntutan  dasar dan sistem Islam yang perlu diterapkan dalam pentadbiran serta urusan pemerintahan , nyata menunjukkan kedua dua parti yang sinonim dengan sokongan orang orang Melayu Islam ini tiada ketegasan   memperjuangkan dasar Islam sebenar  kerana sering memutarbelitkan saranan dan berbelah bagi didalam memahami kekuatan dan jatidiri sebagai orang Islam .
Kekuasaan yang telah dimiliki masih gagal menonjolkan kewibawaan  dalam  memperhalusi  entiti Islam dengan jelas dan mempertingkatkan keyakinan untuk terus  gagah mendepani kebenaran dan ketentuan Allah yang menciptakan seluruh alam agar mengangkat dan memertabatkan agama Islam.
Umno  sejak merdeka yang telah sebati dengan dasar tinggalan penjajah terus menerus pincang dengan keghairahan memberikan keutamaan suara sokongan politik  yang mengisi pembangunan negara dan sosio budayanya , manakala Pas yang telah mampu mentadbir sebuah negeri sejak 20 tahun lalu juga gagal mendaulatkan keyakinan kepemimpinan mereka  dengan ketegasan memperjuangkan Islam  hingga sanggup meminggirkan dasar asal perjuangannya.
Senario ini amat memalukan kerana kekuasaan yang dipelopori  kedua dua parti politik Melayu Islam ini , tidak mampu teguh melaungkan keberadaan mereka sebagai golongan terpilih yang  telah diberikan kekuasaan untuk tegak mendaulatkan dasar  Islam berpandukan Al Quraan dan As Sunnah . Kepemimpinan dua politik Melayu itu terus bertelagah dengan kepelbagaian tafsiran AlQuraan dan As Sunnah yang nyata dan jelas telah memporak perandakan  keberadaan Islam  untuk dinobatkan.
Kedua dua golongan ini terlalu asyik melaungkan kepincangan masing masing hingga lupa bahawa pegangan  yang diyakini adalah sama iaitu menuju  jalan keredhaan Allah . Akantetapi kepemimpinan Melayu islam ini terus saja melaung dan mempelopori  kedangkalan minda untuk memutarbelitkan suasana dipersekitaranya serta mengadu dombakan kepincangan masing masing .
Seharusnya kekuasaan yang telah sedia  diambil untuk memperkasakan keutamaan tuntutan Islam  dan bergandingan kekuatan bagi memperhalusi  dan mempertingkatkan kepentingan majoriti muslim  dan mengurusi kerukunan dan peradaban bukan muslim dinegara ini .
Seandainya adab dan akhlak yang ditunjuki kedua dua kepemimpinan tertinggi parti dominasi melayu Islam ini gagal  menerapkan  dasar dan kepentingan Muslim , adalah sesuatu yang amat memalukan jatidiri mereka yang terangkat sebagi muslim dan dikurniai kekuasaan untuk mengolah dan mengurusi pentadbiran kemasyarakatan  sebaik mungkin dan terarah untuk mengangkatkan darjat dan ketinggian suruhan Allah bagi memakmurkan bumi Malaysia yang bertuah  dan masih kekal mendapat naungan Allah .
Pendokong  kepada kedua dua kepemimpinan parti orang melayu ini juga terus menerus melontarkan keghairahan untuk menerbalikan kekuatan dan keberadaan ukhuwah Islamiah yang menjadi sandaran  bagi memertabatkan  perjalanan Islam supaya megah dan terus memancarkan sinar dipersekitaranya .
Suara suara fitnah memfitnah terus dicanangkan dan disemarakan demi pengaruh dan kekuatan politik masing masing , sedang mereka alpa dengan kebangkitan dan kekuatan yang dikumpulkan oleh  orang orang bukan Islam  untuk cuba mendapatkan kekuasaan pemerintahan  yang bukan tanah tumpah negara sendiri .

Kekalutan ini semakin rencam dan perlu ditangani . Ulama Ulama dan Cendikiawan Islam yang bebas pengaruh politik semestinya bangkit  mencari jalan untuk mempermudahkan musyawarah secara Islam untuk kedua dua parti Melayu Islam ini agar tidak terus meremehkan tanggungjawab mereka sebagai insan pilihan Allah untuk menguruskan  kepentingan dan mendaulatkan Islam , serta mengukuhkan perpaduan  masyarakat  Islam di Malaysia .
Hentikan lah semua perbalahan , tumpukan keutamaan  menggembelengkan kekuatan untuk membangunkan masyarakat Islam dan bukan Islam yang memang telah ditentukan untuk hidup memakmurkan alam ciptaan Allah di bumi  Malaysia . Ruang itu masih terbuka luas dan masih mampu menggamit sokongan dan dokongan demi perjuangan menobatkan keunggulan Islam untuk dilaksanakan secara menyeluruh di Malaaysia . Apa yang diperlukan hanya kekuatan dan ketegasan kepemimpinan dalam melaungkan dasar Islam dalam membangunkan persekitaranya , bukan bertelagah dan memfitnah serta  memanipulasikan  kedangkalan  serta kekeliruan yang telah lalu .
Kebangsawanan dan Ketuanan Melayu yang memayungi negara ini mesti sanggup turun padang untuk menjelaskan dan mengamankan  keserakahan kepemimpinan . Ulama Ulama dan Cendikiawan Islam semestinya berani tampil kehadapan untuk memupuk kesedaran dan seterusnya menyatupadukan keberadaan orang orang Islam supaya tidak terus menerus bertelagah dan menghancurkan  persekitaran lindungan dari kurniaan Allah yang menjadikan keujudan Malaysia.



 

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand