Usah gadaikan adab dan kesopanan orang Melayu dengan demonstrasi jalanan
بسم الله الر حمن الر حيم
UMNO online : Demonstrasi Bersih 9 Julai akan datang
UMNO online : Demonstrasi Bersih 9 Julai akan datang
Nampaknya pembangkang terutama Pas begitu bersungguh-sungguh mahu mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 9 Julai ini kononnya untuk menuntut satu pilihanraya bersih.
Walaupun sudah menang lima negeri dan berjaya menambah kerusi pada pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini mereka masih menganggap pilihanraya di negara ini masih tak bersih.
Usah gadaikan adab dan kesopanan orang Melayu dengan demonstrasi
Hebahan tentang demonstrasi “Bersih” yang akan diadakan pembangkang bagi menunjukkan protes tentang Pilihanraya yang telah diadakan selama ini dikatakan tidak bersih dan telus , adalah suatu perkara yang tidak masuk akal dan berupa provokasi kearah pemberontakan secara halus dengan memperhambakan segelintir orang Melayu.
Logika minda kepemimpinan pihak pembangkang yang menafikan ketelusan Pilihanraya yang diadakan dinegara ini hanya untuk menarik simpati dan sokongan umum . Tindakan pihak pembangkang hanya menggamit kegusaran awam dan menafikan keamanan dan ketenteraman negara yang sentiasa dijagai pihak berkuasa . Pihak berkuasa jangan sekali kali memberikan ruang dan sumbatkan saja segelintir kepemimpinan pembangkang yang bertindak keterlaluan dan menjadi petualang yang ingin menimbulkan kekacauan awam.
Pihak pembangkang seharusnya tidak mengikut dan mencontohi kebiadaban akhlak yang ditonjolkan pembangkang diluar negara . Keamanan dan ketenteraman negara ini jangan sekali kali digadaikan dengan memanipulasikan situasi yang hanya mengundang kejelekan adab dan menonjolkan kebiadaban dan memperlekehkan kesopanan orang orang Melayu Islam .
Orang orang Melayu Islam yang menyokong pembangkang seharusnya ingat bahawa kedamaian yang dikecapi sejak negara ini terlepas dari penjajahan British , telah mewarnai persekitaran negara ini dengan pelbagai pembangunan dan kebebasan membangunkan jatidiri orang orang Melayu untuk duduk sama tinggi dengan kaum kaum lain yang memang telah diunggulkan melalui dasar penjajah untuk memecahbelahkan keharmonian orang orang Melayu Islam . Orang orang Melayu Islam telah dipecahbelahkan kelompok dan keupayaan membangunkan ekonomi yang majoritinya dimonopoli kaum lain sejak merdeka lagi , jesteru propaganda untuk menyongsong dan meminggirkan ketidakupayaan pemerintah sedia ada perlu dilakukan dengan kebijakan minda , kerana pembangkang tidak dinafikan untuk bersuara melalui wakil wakil yang telah dipilih .
Apajua perkara yang tidak jelas seharusnya dibawa ke meja perundingan dan bukan menunjukan kelantangan suara segelintir manusia dijalanan , yang pasti akan mendatangkan kecelaruan dan keresahan awam. Pemikiran segelintir kepemimpinan pembangkang ini hanya menyongsangkan peradaban dan kesopanan kemanusian entiti bangsa Melayu yang menjadi majoriti dinegara ini.
Kepemimpinan pembangkang harus ingat , bahawa suara sokongan mereka hanya sebahagian kependudukan warganegara ini , sedang majoriti warganegara Malaysia menyokong dan mendokong dasar kerajaan dalam memberikan ruang keamanan dan ketenteraman serta kebebasan kemanusiaan di Malaysia .
Demonstrasi jalanan hanya mengundang keburukan dan kemungkinan pertelagahan berpanjangan , apalagi jika majoriti warganegara yang setia mendokong keamanan negara ini bertindak menempelak keserakahan pendemonstrasi , sudah pasti ianya akan menyebabkan kekacauan awam . Perlu diingatkan bahawa keamanan dan ketenteraman negara ini telah membolihkan pembangkang berkembang dan memenangi pilihanraya umum dan mengambil alih kuasa pemerintahan di 4 buah negeri , malah kebebasan pergerakan mereka tidak pernah dihalang dan pembangkang bebas mengadakan ceramah asal saja mendapatkan kebenaran pihak berkuasa .
Tindakan berdemonstrasi tidak akan mengubah dan mendatangkan apa apa kebaikan , malah jika diperhalusi ianya adalah pemberontakan secara halus demi kepentingan segelintir manusia yang terlalu angkuh kuasa dan tidak segan silu memperhambakan kudrat dan minda manusia yang dangkal fikiran . Kebebalan kepemimpinan pembangkang ini mesti dihentikan . Pihak berkuasa mesti bertindak dengan apacara sekalipun untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam . Budaya berdemonstrasi ini bukan budaya orang orang Melayu yang gah dengan budibahasa dan kesopanan .
Jika kaum bukan Melayu cuba cuba mahu menunjukan keegoan dengan memperalatkan ruang perpecahan orang orang Melayu , ianya adalah satu persepsi buta dan tuli yang nyata hanya mahu menderhaka kepada ketuanan Melayu yang sebelumnya rela memberikan mereka taraf kewarganegaraan dan hidup di negara ini .
Pihak berkuasa mesti bangkit dan bertindak tegas , jika pembangkang mahu terus mengadakan demonstrasi secara besar besaran ini , sebelum ianya menjadi api dalam sekam yang bisa menghancurkan keamanan dan ketenteraman , serta mengundang campurtangan orang luar .
Orang Orang Melayu mesti menghindari budaya demonstrasi jalanan ini , demi mengutamakan keamanan dan ketenteraman awam berkekalan dinegara ini . Pengelibatan dalam demonstrasi jalanan ini usah dijadikan budaya orang Melayu , jesteru ia hanya merugikan keberadaan mereka untuk memajukan bangsa dan negara Malaysia.
Comments