Kelembutan DAP mengaburi mata orang Melayu

بسم الله الر حمن الر حيم


DAP  adalah parti politik yang sanggup mempergunakan apa sahaja cara khusus untuk memecahkan perpaduan bangsa Melayu  yang menjadi rakyat majoriti dan mempunyai kuasa pemerintahan di Negara  ini dengan kesepakatan dan kerjasama kaum kaum lain ,  selaras dengan  dasar  yang  telah digubal  sebagaimana  termaktub dalam Perlembagaan Malaysia .



Dasar DAP jelas mempengaruhi  minda segolongan Melayu yang terkeliru  dengan  keutamaan bangsanya  dalam menegakan  keadilan untuk semua kaum dengan  kesepakatan minda dalam menjayakan halatuju  dan wawasan Negara  , melalui  perpaduan kaum yang selama ini disemai oleh kerajaan , DAP tidak memikiran perselisihan kaum asal saja mereka mendapat kuasa sebagaimana PRK di Sarawak .

Strategi  Dap yang mahu mempergunakan orang Melayu sebagai calon dalam mewakili parti mereka menunjukkan bagaimana sifat parti  DAP mahu mewujudkan permusuhan dan perpecahan orang Melayu  , lantas memastikan perpecahan dari dalam kelompok bangsa  Melayu  itu dijadikan taruhan dan  dijadikan sebagai batu loncatan untuk mendapatkan sokongan dan kekuasaan.

Jesteru Dap  akan membuat apa saja cara atas tujuan untuk mengurangkan  kuasa  orang  Melayu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan mempergunakan orang Melayu  dan  dalam masa yang sama mereka menyalakan api perkauman kepada kaum-kaum lain  serta menanamkan kebencian  antara kaum .

Percaturan Dap dalam politik memang sangat licik , mereka membuat tuduhan secara terbuka terhadap  UMNO dengan melaungkan Umno adalah parti yang rasis dan kepemimpinan  termasuk  Perdana Menteri dan menteri-menteri  Melayu lain sebagai individu yang mementingkan bangsa Melayu semata-mata.

DAP jelas  mahu menanamkan sikap kebencian bangsa lain terhadap UMNO dan secara perlahan-lahan mahu  menghakis kepercayaan orang Melayu kepada parti  Umno yang selama ini berjuang demi bangsa Melayu, agama Islam dan kedaulatan dan ketenteraman  Malaysia .

Parrti DAP sejak dari dahulu  memang mahu  menerapkan dan melaksanakan konsep keadilan berdasarkan kesamarataan yang berpaksikan ‘Malaysian Malaysia’ sedangkan apa yang diperjuangkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan adalah kesaksamaan berlandaskan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Jesteru itu  pembangkang yang didominasi  Dap terus menerus   mencabar hal-hal berkaitan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, agama Islam sebagai agama rasmi selain mempersendakan agama Islam serta  kedudukan Raja-raja Melayu, kerana mereka mahukan orang Melayu sendiri turut bersuara dan mempertikaikan apa yang termaktub dalam hak keistimewaan orang Melayu.

DAP akan terus  meracuni pemikiran  rakyat dengan tujuan untuk  meningkatkan rasa kebencian kepada pemerintah dan terus mempertahankan bangsa lain dengan pelbagai spekulasi dan provokasi kononnya UMNO rasis dan kerajaan tidak berlaku adil dalam pelbagai hal terhadap kaum kaum lain .

Melalui  elemen-elemen kebencian yang ditanamkan DAP  telah  mengundang pertelingkahan termasuklah perselisihan kaum dan mereka akan terus memperjuangkan sosio-demokrat yang telah dibawa sejak dari awal perjuangan mereka.

Sebenarnya parti politik yang benar-benar rasis ialah DAP ,  tetapi mereka berjaya membawakan watak dengan menutup wajah  mereka yang sebenar .

Strategi untuk meletakkan calon Melayu adalah antara salah satu cara yang dirancangkan supaya dilihat parti DAP  bukan parti berteraskan satu kaum sahaja.

Tindakan DAP ini  dilakukan kerana ingin memperluaskan kekuasaan mereka kepada kaum lain  kerana  mereka sedar bahawa kebanyakan negeri-negeri  di Malaysia  tidak membenarkan bangsa selain orang Melayu  menjadi Menteri Besar sebagaimana  termaktub dalam undang-undang tubuh negeri.

DAP sebenarnya telah membuat  perancangan dan  perkiraan yang teliti untuk  memperalatkan bangsa Melayu selain mahu menimbulkan huru-hara berteraskan kaum dan tentunya untuk   mendapatkan kuasa pada PRU-ke13 yang akan datang .

Bangsa Melayu mesti sedar bahawa mereka  sepatutnya  telah matang dan mampu menilai perjuangan DAP s ,  corak kelembutan yang ditonjolkan  DAP  itu sebenarnya hanya untuk mengaburi minda orang orang  Melayu saja . Sedangkan kerajaan sedia ada bertungkus lumus memajukan Negara ini untuk manfaat semua kaum . Malah perpaduan kaum dan ketenteraman negara dijadikan keutamaan dipersekitaran  dan dalam waktu yang sama kejayaan memajukan Negara terus dapat dikecapi semua kaum di Negara ini .

Peristiwa  13 Mei harus dijadikan iktibar oleh orang Melayu dan semua kaum dinegara ini , bagaimana kepayahan masyarakat awam  mengharungi   ruang hidup mereka yang sentiasa  dalam ketakutan tentang ancaman perkauman  yang dicetuskan oleh DAP dan sejarah  perbalahan kepentingan kaum ini  mesti dijauhi , kesepakatan  kaum  sepertimana  digubal dalam Perlembagaan  mesti terus ditegakan demi  ketenteraman dan keamanan Negara .




Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand