UMNO dan PAS terus bercakaran , bukan Islam ambil kesempatan

بسم الله الر حمن الر حيم

ISU negara Islam di Malaysia dijadikan pertelingkahan dan pertembungan minda dan pertengkaran mulut diantara kepemimpinan politik UMNO dan PAS .
Media utama tidak ketinggalan membuat  liputan yang meluas  dengan menyiarkan   berita , begitu juda wadah  media baru ( Internet )  terutama web/log (blog) saban hari ada saja pemaparan isu mengenai  pertembungan  istilah kedaulatan negara Islam ekoran Muktamar PAS yang diadakan baru baru ini. Isu ini memang sinonim dan telah lama ujud  serta dijadikan  isu persekongkolan  dan kedurjanaan orang orang Melayu yang memang majoritinya menganut agama Islam dalam menggugah minda dan kudrat mereka  untuk memperjuangkan daulah Islamiah dinegara  ini .
Umno(BN) sejak merdeka  yang memegang tampok kekuasaan negara ini  berpandukan klausa Perlembagaan Persekutuan  yang memang telah digazetkan bahawa Islam adalah agama resmi di Malaysia , namun UMNO(BN)  dilihat tidak mampu menegakkan sepenuhnya tanggungjawab  dalam memperkukuh dan melaksanakan hukum hakam Al Quran dan Al Sunnah mengikut ketentuan , kemurnian dan kesucian Islam didalam aspek pentadbiran  dan pengurusan negara  ini .
PAS sebagai  sebuah parti politik yang  dikatakan sebagai  wadah perjuangan orang orang Melayu Islam untuk menegakkan daulah Islamiah di Malaysia kini dilihat telah merubah halatuju mereka dengan memberikan keutamaan Negara Berkebajikan sebagai visi dan halatuju perjuangannya  ,  jelas  menambahkan kecelaruan dan persekongkolan  kedangkalan minda bangsa  yang bernama Melayu ini .
UMNO dan PAS memang mengharapkan sokongan dan dokongan orang orang Melayu sejak Merdeka  , sering  bertelingkah  kefahaman  tentang tafsiran daulah Islam dan kenyakinan mereka didalam memberikan penekanan dan kefahaman kepada masyarakat awam terutamanya  masyarakat Islam di Malaysia , bahawa kelompok mereka adalah pejuang yang memperjuangkan Islam , akan tetapi mereka terus hilang arah dan mendekati kedangkalan minda didalam memutarbelitkan isu isu kerencaman  dan kefahaman istilah daulah Islam di Malaysia .
Walaupun Perlembagaan Malaysia  jelas  menyatakan Islam adalah agama resmi dinegara ini , UMNO(BN) melalui kepemimpinan tinggi yang berkuasa masih gagal memperkukuhkan kemurniaan Islam  dalam hal hal pentadbiran melibatkan kepentingan Islam , masih gagal untuk melaksanakan  semaksimum mungkin keutuhan  dan kenyakinan sebagaimana ajaran Islam selaras dengan Aquraan dan Al sunnah , manakala PAS dilihat hanya memperalatkan agama Islam sebagai sandaran untuk merebutkan  kekuasaan dalam persaingan mereka  dengan UMNO  .
Kekalutan kedua dua kepemimpinan tinggi dua parti yang mewakili majoriti entiti bangsa Melayu ini , pasti memberikan kesan dan impak kepincangan yang berlanjutan jesteru Islam  sebagai agama suci yang diturunkan untuk diyakinkan dan diterapkan dalam ruang kehidupan telah gagal diterjemahkan melalui perlaksanaan pentadbiran kenegaraan dan kehidupan insan khususnya di Malaysia .
Pertelingkahan dua parti ini memperlihatkan kedangkalan minda  kepemimpinan peringkat tinggi dalam menjelaskan kejituan halatuju  yang perlu dijelaskan kepada masyarakat tentang makna dan kekentalan kenyakinan tentang agama Islam yang perlu ditegakan kemurniannya . Akan tetapi Islam terus digodam dan diperlekehkan  serta dijadikan isu isu yang terus menerus diterjemahkan persepsi  kefahaman yang berlainan  , walaupun keterampilan dan keahlian  memahamkan Al Quraan dan Al Sunnah telah didasari sekian lama dalam perseteruan  antara UMNO dan PAS.
Akibat dari persekongkolan minda UMNO yang  kekal dengan dasar tinggalan penjajah  dan PAS yang  ujud dek keserakahan  konon  untuk menegakan kemurnian Islam , tetapi kedua parti ini tidak mampu bangkit sendiri menegakan kekukuhan dan jatidiri mereka  didalam menerapkan nilai nilai kesucian Islam dimata masyarakat awam.
Pertelagahan kefahaman  ini amat membimbangkan  jika berterusan mendominasi persekitaran kerana perpecahan dan perpaduan serta ukhuwah Islam pasti gagal ditegakan dan ianya amat dikesalkan kerana  majoriti Melayu Islam menjadi entiti yang menyokong perjuangan mereka tidak mampu disatukan minda demi kebenaran dan kenyakinan  Islam  sebagai cara hidup dan diterapkan perlaksanaan nya di Malaysia.
Kepincangan dan ketokohan kepemimpinan  politik  untuk mendabik dada dengan kelantangan mempersendakan ISU agama Islam ini , mesti dihentikan segera . Ulama dan \Cendikiawan Islam mesti bangkit bersama , memadukan minda mereka tanpa mengira pegangan kepartian , menjelaskan dengan kelantangan betapa kepentingan Islam itu mesti didasarkan dengan perincian yang jelas tanpa diselindungkan betapa inti keilmuan itu nyata berdasarkan AlQuraan dan Al Sunnah . Keberanian Ulama dan Cendikiawan Islam dinegara ini tanpa memihak kepada kepentingan diri dan politik pasti mampu menegaskan kejelasan kekurangan keupayaan perlaksanaan sistem yang disandarkan Islam untuk dilaksanakan .
Dengan penjelasan satu persatu tentang kepincangan dipihak UMNO dan PAS , pasti ianya akan membantu memperbaiki hubungan minda dan kefahaman serta keutamaan suara membentangkan natijah keunggulan Islam . Sebagai majoriti yang menganut Islam pasti suara suara keberanian Ulama dan Cendikiawan Islam ini akan mampu mengimbangi kedangkalan persepsi kepemimpinan UMNO dan PAS yang tanpa segan silu memanipulasikan Isu , malah lebih dari itu mereka yang tidak menganut Islam juga dilihat teruja ikut sama mendabik dada memikul tanggungjawab kononnya untuk membantu memperbaiki sistem yang lebih Islamik , bisa di diamkan mulut mereka supaya tidak telanjur kata yang mana perlakuan mereka itu bisa memusnahkan kedamaian dan dominasi minda orang orang Melayu .
Kebenaran tentang Islam mesti ditegakan dengan kejelasan tentang apajua bentuk Isu yang ditimbulkan dan juga semua aspek perlaksanaan yang dilaksanakan kerajaan yang tidak sejajar dengan sistem Islam perlu diperbetulkan . Manakala keceluparan kepemimpinan UMNO dan PAS mesti dibungkamkan dengan penjelasan dan kegagalan serta kekalutan mereka mesti dipimpin kearah kematangan tentang Ilmu Islam dan kebaikan untuk dilaksanakan .
Ulama dan cendikiawan Islam tidak perlu memberikan keikhsanan pada ketokohan mereka jika apa yang dilaungkan hanya memburukan lagi keadaan dan melemahkan minda dalam menegakan sistem dan dasar yang dituntut olih agama Islam. Pemikiran mereka perlu dibenteras dan dan diperbetulkan agar selaras dan seimbang dan menghormati kesucian dan kemurnian Islam .
Media utama semestinya menyeimbangkan pemberitaan dan mesti mendekati Ulama Ulama dan Cendikiawean Islam agar persepsi dan kejelasan isu mengenai Islam ini bukan hanya dimanipulasikan , sedangkan keilmuan dan ketokohan Ulama Ulama dan Cendikiawan Islam mampu ditonjolkan kepada masyarakat untuk memperlihatkan minda dan mendekati saranan dan dasar dasar yang ditentukan Islam selaras AlQuraan dan Al Sunnah . Kegagalan media utama memainkan peranan juga telah memberikan impak dan kepincangan ini tidak akan dapat diterjemahkan disisi keadilan dan kemurnian keagamaan yang jelas telah dipinggirkan dan didiamkan.
Majoriti umat Islam seharusnya berdiri dengan keberanian dan keikhlasan serta berpadu tenaga mengekang orang orang bukan Islam yang jelas memperlekehkan Islam . Perpecahan kesatuan majoriti orang orang Melayu telah dijadikan anjakan olih orang bukan Islam untuk terus  mengelusi minda dan kedangkalan mereka supaya kekal dengan cengkaman dan perseteruan kefahaman mengenai Islam dan kekal didebatkan jesteru ianya akan membawa kepada keuntungan jangka panjang bagi kelompok bukan Islam menidakan keunggulan Islam dinegara ini .
Kita sedia maklum bahawa orang bukan Islam memang tidak menghargai sumbangan Islam dalam memacukan kejayaan dan kehidupan  , jesteru kita semestinya mampu kembalikan natijah dan kebenaran bahawa Islam telah mampu memudahkan kehidupan semua golongan manusia dalam jejak jejak mereka menjalani kehidupan sejak azali lagi. Kenyakinan ini mesti diterapkan kerana kita memang jelas mengutamakan kemurnian dan kesuciannya .
Olih itu apa yang UMNO dan PAS bangkitkan sekian lama , telah memudaratkan persekitaran dan keunggulan Islam telah gagal dilaksanakan ,  kepemimpinan dua parti orang Melayu ini  saling menyalahkan pendekatan dan kefahaman masing masing . Keterampilan Ulama Islam tidak membantu mempelopori minda agar dapat diselami  , dengan menjelaskan kebenaran tanpa sebarang kekalutan dan kepentingan diri . Adakah memang takdir ketidakmampuan kita orang orang Melayu  sejak merdeka untuk memadukan kudrat dan terus menerus terjerat dengan laknat dan keparat dalam membaiah manfaat dan keutamaan Islam . Mungkinkah ketelanjuran ini akan berteruskan dan menguntungkan orang orang bukan Islam ? Adakah kita akan terus leka dan teruja dengan kuasa dan meminggirkan kemuliaan adab dan kesopanan budi mengikhlaskan kehidupan demi kesucian Islam ?
Dimanakan kebanggaan dan keunggulan bangsa Melayu serta  ketuanan mereka yang memayungi kesejahteraan Islam ?
Kuasa siapakah yang mampu menterjemahkan keujudan bangsa dan memerdekakannya demi Islam ?
Bukankah kada dan kadar Allah perlu diyakinkan , kekuasaan dan kemampuan kita masih kekal dan mampu berdiri tanpa dokongan , jesteru kekuasaan Allah masih melindungi ketentuannya  dinegara ini . Apa yang perlu adalah memperbaiki perlaksanaan dasar dan merincikan semua strategi kepemimpinan agar kekal selari dengan ajaran Islam .
 

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand