بسم الله الر حمن الر حيم

Daftar “Anak Malaysia” Sekadar Isu Politik Murahan
Tindakan wakil rakyat pembangkang ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya untuk mendaftarkan bangsa anak perempuan mereka sebagai ‘Anak Malaysia’ sebenarnya tidak lebih sekadar bermotifkan politik untuk mengelirukan rakyat.
ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh yang berkahwin dengan seorang bangsa India, M. Ramachandran ingin mendaftarkan anak perempuan mereka, Shay Adora Ram sebagai bangsa Malaysia.
Beliau menegaskan bahawa anak perempuan mereka bukan berbangsa Cina ataupun India.

" Saya bangga  didaftarkan bangsa   Anak Jawa “ asal saya warganegara Malaysia "
Merujuk kepada sikap wakil rakyat ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya untuk mendaftarkan bangsa anak perempuan mereka sebagai ‘Anak Malaysia’  , menunjukan  kedangkalan minda seorang Yang berhormat . Jika si ADUN itu Cina dan kahwin dengan si suami  India , anak perempuannya sepatutnya jadi anak kacukan Cina India , mana pulak datangnya  " Anak Malaysia". Bodoh dan bebal juga nampaknya seorang YB ni. Jika anak perempuan itu mahu dijadikan “  warganegara Malaysia “ lain lah ceritanya .
Sikap dan pemikiran sebegini hanya mementingkan populariti  dan langsung tidak menghormati  dasar yang telah digubal dan dipersetujui  dalam  Perlembagaan Malaysia . Prosedur JPN telah jelas dan majoriti rakyat negara ini memahaminya dan kebodohan yang ditonjolkan si YB ini hanya memalukan diri dan intergritinya sebagai seorang wakil rakyat .
Isu ini nampaknya hanya untuk memanipulasikan   kebencian dan menunjukan kebiadaban diri  YB pembangkang yang tidak henti henti memporakperandakan  emosi  rakyat dinegara ini . Sikap  dan kelantangan YB ini adalah suatu perkara yang jelas menunjukan kebiadaban  pembangkang dan memang sengaja disuluhi agar ianya menjadi isu perbincangan umum , tetapi yang jelas ianya hanya mengundang persepsi  bahawa pembangkang dinegara ini hanya mahu memutarbelitkan  keluhuran Perlembagaan . Keterlanjuran ini memang disengajakan , jesteru ia hanya untuk mencari sokongan dan dokongan  pihak berkepentingan saja .
Pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada setiap anak yang memang lahir dan dillahirkan dari baka dan keturunan salah seorang warganegara memang telah jelas  , tetapi kenapa yang tidak ada mahu diadakan .  Rakyat  Malaysia  dari semua kaum bebas melahirkan seberapa  ramai anak yang mereka suka dan kerajaan tidak pernah menafikan hak dan kebebasan mereka untuk mendapatkan status warganegara , tetapi bukan mendapatkan status anaknya  didaftarkan sebagai “ANAK MALAYSIA” jesteru  ia bukan dasar dan peraturan JPN .
Kecetekan dan kedangkalan segolongan warganegara Malaysia  akhir akhir ini , nampaknya hanya untuk meruntuhkan sistem dan meremehkan pemerintah sedia ada , sedangkan mereka sentiasa dilindungi dan diberkan kebebasan  sepanjang  kehidupannya di Malaysia .
Usahlah cuba cuba menjadi petualang negara , pihak berkuasa perlu terus menilai dan memerhatikan pergerakan halus segolongan manusia yang sengaja mahu mencari publisiti murahan , sedangkan tindakan mereka  sedikit demi sedikit merobek emosi  warganegara  yang setia untuk tinggal di Malaysia .

“ Saya sebagai anak keturunan jawa bangga JPN telah mendaftarkan anak saya semua sebagai anak keturunan Jawa , asal saja mereka semua layak menjadi warganegara Malaysia “

 

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand