Posts

Showing posts from June, 2018

Memahami Undang Undang Jenayah Islam

MEMAHAMI UNDANG2 JENAYAH ISLAM. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Islam adalah agama yang paling lengkap meliputi soal yang berhubung kait dengan ibadah, muamalat, munakahat dan jenayah. Para Fuqaha telah menyusun secara terperinci berdasarkan dalil dan hujjah mengikut 4 bahagian sebagaimana yang telah dinyatakan di atas. UNDANG-UNDANG JENAYAH SYAR'IYAH Undang-undang jenayah syar'iyah atau Kanun Jinayah Syar'iyah ialah undang-undang syarak yang bersabit dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang boleh didakwa di bawah kes jinayah syar'iyah. PENGERTIAN JENAYAH Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehnya. PENGERTIAN JENAYAH MENURUT FUQAHA Jenayah menurut fuqaha ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa  atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja. HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM Hukum-hukum jenaya

Dakyah Tipu Rakyat Kerajaan PH

Ibrahim Yahaya: KENYATAAN MEDIA Pertama sekali, hutang negara kita (kerajaan) sentiasa dilaporkan mengikut piawaian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) iaitu Standard Penyebaran Data Khas (SDDS) - panduan kepada negara anggota IMF dalam penyebaran statistik negara kepada orang ramai. Dengan menggunapakai piawaian pelaporan antarabangsa ini, Malaysia melaporkan hutang kerajaan (sekuriti yang diterbitkan oleh kerajaan - bon) dan hutang yang dijamin oleh kerajaan atau lebih dikenali sebagai liabiliti kontingen secara berasingan. Hutang Kerajaan Malaysia pada 31hb Disember 2017 adalah sebanyak RM686.8 bilion dan liabiliti luar jangka ialah RM238 bilion. Angka-angka ini tersedia kepada umum di laman web Bank Negara. Di samping itu, kerajaan Pakatan Harapan kini menambah komitmen seperti pembayaran pajakan dan bayaran penyelenggaraan kepada hutang kerajaan dan liabiliti luar jangka berjumlah RM201.4 bilion. Dan itulah sebab bagaimana mereka mencecah ke angka hutang RM1 trilion. Namun se

Usul Lantik Peguam Negara Bukan Melayu.

PEGUAM CHING PENG HENDAK DILANTIK SEBAGAI PEGUAM NEGARA - Lokman Adam 2 Jun, 2018 Satu demi satu tindakan Tun Mahathir kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa Tun Mahathir sudah tidak lagi dapat menolak permintaan DAP yang semakin melampau.  Apa boleh buat, bila hanya ada 12 kerusi, pasti terpaksa tunduk dengan permintaan DAP yang mempunyai 42 kerusi. Sebelum ini rakyat dikejutkan dengan perlantikan YB Mohamad Sabu menjadi Menteri Pertahanan, iaitu insan yang mengiktiraf perjuangan Komunis sebagai Pejuang Kemerdekaan.  Belumpun pulih, kekecewaan ahli keluarga mangsa kekejaman komunis, kini sekali lagi mereka dikecewakan dengan cadangan Kerajaan Pakatan Harapan untuk melantik Tommy Thomas, Peguam Ketua Komunis Malaya, Ching Peng, sebagai Peguam Negara pula. Walaupun baru 22 hari Pakatan Harapan memerintah, pelbagai perkara yang telah dibangkitkan cukup menguris hati orang Melayu dan penganut agama Islam. Adakah tidak cukup dengan cadangan menutup JAKIM, membuka UITM kepada Bukan B

[ HSR ] High Speed Rail Malaysia - Singapore

ALLAH. ALLAH. ALLAH. ALLAHUAKBAR. SUBHANALLAH. ALHAMDULILLAH. [ Bismillah ]. [ SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri]. (Al-Baqarah 2:222) [ Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu