Usul Lantik Peguam Negara Bukan Melayu.

PEGUAM CHING PENG HENDAK DILANTIK SEBAGAI PEGUAM NEGARA - Lokman Adam
2 Jun, 2018

Satu demi satu tindakan Tun Mahathir kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa Tun Mahathir sudah tidak lagi dapat menolak permintaan DAP yang semakin melampau.  Apa boleh buat, bila hanya ada 12 kerusi, pasti terpaksa tunduk dengan permintaan DAP yang mempunyai 42 kerusi.

Sebelum ini rakyat dikejutkan dengan perlantikan YB Mohamad Sabu menjadi Menteri Pertahanan, iaitu insan yang mengiktiraf perjuangan Komunis sebagai Pejuang Kemerdekaan.  Belumpun pulih, kekecewaan ahli keluarga mangsa kekejaman komunis, kini sekali lagi mereka dikecewakan dengan cadangan Kerajaan Pakatan Harapan untuk melantik Tommy Thomas, Peguam Ketua Komunis Malaya, Ching Peng, sebagai Peguam Negara pula.

Walaupun baru 22 hari Pakatan Harapan memerintah, pelbagai perkara yang telah dibangkitkan cukup menguris hati orang Melayu dan penganut agama Islam. Adakah tidak cukup dengan cadangan menutup JAKIM, membuka UITM kepada Bukan Bumiputra dan membuka felda kepada bukan Bumiputra?  Apa yang cuba dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang majoritinya bukan Islam ini?  Adakah mereka tidak sedar bahawa satu demi satu provokasi yang dilakukan oleh mereka boleh mengundang kemarahan pribumi yang merupakan majoriti rakyat negara ini?

Pemantau Malaysia Baru menyeru DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu untuk bangkit menentang sebarang usaha untuk meletak Peguam Ching Peng ini sebagai Peguam Negara.  Peguam Negara sewajarnya dipilih dikalangan pengamal perundangan yang berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan sekaligus merupakan seorang yang berpegang teguh dengan ajaran Islam memandangkan agama Islam merupakan agama Persekutuan.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, ayuh kita bangkit untuk menegur mereka agar mereka tahu bahawa mereka tidak boleh memerintah negara ini sesuka hati mereka. Ayuh, mainkan peranan anda dengan sekurang-kurangnya bantu kami menyebarkan mesej kebenaran.

#TolakRegimMahathirDAP #KatakanTidakKepadaKomunis
#JanganJolokSarangTabuan

Untuk Dapatkan Info Semasa Melalui Telegram Channel : https://telegram.me/lokmanadam

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand