Sunday, June 3, 2018

Memahami Undang Undang Jenayah Islam

MEMAHAMI UNDANG2 JENAYAH ISLAM.

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Islam adalah agama yang paling lengkap meliputi soal yang berhubung kait dengan ibadah, muamalat, munakahat dan jenayah.

Para Fuqaha telah menyusun secara terperinci berdasarkan dalil dan hujjah mengikut 4 bahagian sebagaimana yang telah dinyatakan di atas.

UNDANG-UNDANG JENAYAH SYAR'IYAH

Undang-undang jenayah syar'iyah atau Kanun Jinayah Syar'iyah ialah undang-undang syarak yang bersabit dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang boleh didakwa di bawah kes jinayah syar'iyah.

PENGERTIAN JENAYAH

Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehnya.

PENGERTIAN JENAYAH MENURUT FUQAHA

Jenayah menurut fuqaha ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa  atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.

HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM

Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada tiga bahagian:
a.     Hukum Qisas
b.     Hukum Hudud
c.     Hukum Ta'zir

PENGERTIAN QISAS

Qisas dari sudut bahasa bermaksud memotong. Manakala dari sudut syara' ialah hukuman balas bagi kesalahan membunuh dibalas dengan bunuh, menghilangkan salah satu dari anggota orang lain atau melukakannya atau mencederakannya dibalas dengan hukuman mengikut jenis kesalahan yang dilakukannya.

Firman Allah S.W.T:
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas(balasan yang seimbang) dalam perkara orang mati dibunuh" ( Surah al-Baqarah :178)

"Dan di dalam hukuman qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertakwa" ( Surah al-Baqarah:179)

JENIS JENAYAH QISAS

Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah:

Membunuh dengan sengaja (Dengan niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh pada adatnya).

Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja seperti mata, hidung, telinga dan sebagainya.

Melukakan orang lain dengan sengaja.

HUKUMAN TERHADAP KESALAHAN QISAS.

Mengikut Hukum Islam, qisas hendaklah dilakukan terhadap penjenayah dengan hukuman yang sama seperti mana dia melakukan kepada mangsanya.

Membunuh dibalas dengan dibunuh, melukakan dibalas dengan dilukakan dan mencederakan dibalas dengan mencederakannya.

DIYAT

Diyat ialah denda yang wajib dibayar oleh orang yang melakukan jenayah kerana kesalahan jenayahnya sebagai ganti qisas.

Apabila keluarga orang yang dibunuh ( Pembunuhan sengaja) atau orang yang dihilangkan atau dicederakan anggota atau yang dicederakan memaafkan, maka diganti dengan diat.

Hanya waris sahaja yang boleh memaafkan tetapi bukan pemerintah ).

KADAR DIYAT

Diyat terbahagi kepada 2 jenis:

Diyat Mughallazah (ganti kerugian yang berat )

Diyat Mukhaffafah(ganti kerugian yang ringan )

Diyat Mughallazah adalah satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara terus (tanpa tangguh) sebagaimana yang berikut:
30 ekor  unta berumur 4 tahun
30 ekor unta berumur 3 tahun
40 ekor unta yang sedang bunting

Diyat Mughallazah juga boleh dibayar dengan bayaran-bayaran berikut:
33 ekor unta berumur 4 tahun
33 ekor unta berumur 3 tahun
34 ekor unta yang sedang bunting.

Diyat Mukhaffafh juga adalah satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara beransur-ansur (tangguh)selama 3 tahun dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyat  sebagaimana yang berikut:

20 ekor unta umur 4 tahun
20 ekor unta umur 3 tahun
20 ekor unta betina umur 2 tahun
20 ekor unta jantan umur 2 tahun
20 ekor unta betina umur 1 tahun

Kadar diyat adalah dikira mengikut bilangan unta dengan harga semasa  iaitu harta yang paling bernilai ketika itu.

Kadar penuh untuk satu diyat penuh ialah 100 ekor unta.
Walau bagaimanapun , para ulama' berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut.

Diantaranya ialah:
a.     Wang Emas         -           1,000 dinar
b.     Wang Perak         -           10,000 dirham
c.     Lembu                 -           200 ekor
d.     Kambing             -           2,000 ekor
e.     Persalinan         -           200 persalinan lengkap.

Kadar seekor unta misalnya RM4,000 maka jumlah satu diyat penuh ialah RM 400,000.

Manakala jika seekor lembu RM2,000 maka satu diyat penuh ialah RM400,000.

Begitulah nilai semasa satu diyat penuh.

Bagi pesalah perempuan diyat mereka adalah separuh dari diat lelaki dan diat hamba adalah separuh dari diyat orang merdeka.

Diyat Mughallazah di kenakan kepada orang yang membunuh secara sengaja (niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh ) dengan syarat dimaafkan dan dipersetujui oleh waris orang yang dibunuh.

Diyat tersebut hendaklah dibayar secara tunai tanpa bertangguh atau beransur.

Diyat Mukhaffafah pula ialah bagi pembunuhan tidak sengaja ( seperti tertembak rakan yang disangkanya binatang buruan ) atau pembunuhan yang seperti sengaja ( tidak niat membunuh dan dengan benda yang lazimnya tidak boleh membunuh ).

Boleh dibayar secara beransur-ansur selama 3 tahun.

DIYAT MENGHILANG ATAU MENCEDERAKAN ANGGOTA

Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja seperti mata, hidung, telinga dan lain-lain dikenakan qisas sebagaimana kehilangan dan kadar kecederaan anggota.

Tetapi jika orang yang terkena dengan jenayah tersebut memilih untuk mengganti dengan diyat maka kadarnya adalah seperti berikut:

100 ekor unta untuk anggota tunggal sepert terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh badan dan hilang keupayaan bersetubuh.

50 ekor unta untuk anggota berpasangan seperti dua mata dan lain-lain.

Jika kedua-duanya maka diyatnya 100 ekor unta.
33 ekor unta untuk luka yang sampai ke dalam bahagian otak.
33 ekor unta untuk luka yang sampai keselaput kepala.
25 ekor unta untuk anggota yang berpasang yang mempunyai kelopak seperti 4 kelopak mata.
15 ekor unta untuk luka yang sampai ketulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya.
10 ekor unta bagi luka yang memecah atau mematah tulang.
10 ekor unta untuk anggota yang mempunyai 10 sendi atau bahagian seperti jari tangan dan kaki.
5 ekor unta untuk luka yang menampakkan tulang

PENGERTIAN HUDUD

Hudud dari sudut bahasa membawa maksud menahan atau mencegah.
Manakala dari segi istilah ialah keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib dilaksanakan  sebagai hak Allah S.W.T atau merosakan kepentingan masyarakat umum dan ketenteraman orang ramai iaitu berzina, menuduh orang berzina, minum arak, memcuri, murtad, merompak dan memberontak .

Kadar hukumannya adalah mandatori dan tidak boleh dipinda samaada dikurang atau ditambah.

Firman Allah S.W.T:
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim"(Surah al-Baqarah:229)

JENIS-JENIS JENAYAH HUDUD DAN HUKUMANNYA

Kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam hukuman hudud ialah sebagaimana berikut:

a.   Zina
Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dan perempuan.
Hukumannya ialah direjam sampai mati jika telah berkahwin dan sebat 100 kali jika pesalah belum pernah berkahwin.

b.   Qazaf
( Menuduh berzina )Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik. Hukumannya ialah 80 kali sebatan.

c.    Minum Arak
Minum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan    akal. Hukumannya ialah 40 kali sebatan.

d.   Mencuri
Mengambil harta orang lain secara senyap atau bersembunyi. Hukumannya adalah potong tangan.

e.   Merompak
Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
Hukumannya ialah:
Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh.
Sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tanga dan kaki secara bersilang seperti tangan kanan dengan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan yang seterusnya.
Sekiranya hanya mengganggu ketenteraman awam dendaklah di ta'zir seperti dipenjara dan lain-lain lagi.

f.    Murtad
Keluar dari agama Islam samaada dengan perkataan atau perbuatan. Hukumannya ialah bunuh ( setelah diberi tempoh untuk bertaubat )

PENGERTIAN TA'ZIR

Ta'zir dari segi bahasa bererti menolak atau menghalang. Dari segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam al-quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaaannya tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.

KESALAHAN YANG TERMASUK DI BAWAH KATEGORI TA'ZIR.

Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta'zir ialah sebagaimana berikut:

Kesalahan-kesalahan hudud dan qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud dan qisas.

Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab, lesbian dan sebagainya.

Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat,berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.

HUKUMAN BAGI KESALAHAN TA'ZIR

Hukuman ta'zir diserahkan kepada budi bicara hakim supaya hukuman tersebut memberi pengajaran supaya penjenayah serik untuk melakukan semula.
Antara hukuman-hukuman yang boleh dikenakan kepada pesalah adalah sebagaimana berikut:

a.   Nasihat
Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.

b.   Teguran
Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha memperbaiki dirinya.

c.   Ancaman
Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.

d.   Pemulauan
Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersepit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.

e.   Pengisytiharan Umum
Membuat pengistiharan kepada umum terhadap kesalahan penjenayah supaya penjenayah berasa malu dan tertekan.

f.    Denda dan merampas harta
Mengenakan denda dalam bentuk wang dan sebagainya atau merampas harta bendanya.

g.   Penjara
Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut realiti semasa.

h.   Sebat
Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu.

i.     Buang daerah
Mengenakan hukuman buang daerah supaya pesalah rasa tertekan, mengalami kesukaran, kesusahan dan terpisah dari kaum keluarga

j.     Bunuh
Dibenarkan oleh syara' bagi menjaga kemaslahatan awam jika difikirkan sesuai

HIKMAH PERLAKSANAAN HUKUMAN JENAYAH ISLAM

Melindungi masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum berlaku

Memperbaiki penjenayah dan memperbetulkan penyelewengan.

Membersihkan dosa penjenayah, mendidiknya dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.

Disusun Oleh:
Hj. Khairuddin bin Haiyon
PP Bahagian Dakwah
(Unit Penerangan dan Penerbitan)
Jabatan Agama Islam Selangor.

Dakyah Tipu Rakyat Kerajaan PH

Ibrahim Yahaya:
KENYATAAN MEDIA

Pertama sekali, hutang negara kita (kerajaan) sentiasa dilaporkan mengikut piawaian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) iaitu Standard Penyebaran Data Khas (SDDS) - panduan kepada negara anggota IMF dalam penyebaran statistik negara kepada orang ramai.

Dengan menggunapakai piawaian pelaporan antarabangsa ini, Malaysia melaporkan hutang kerajaan (sekuriti yang diterbitkan oleh kerajaan - bon) dan hutang yang dijamin oleh kerajaan atau lebih dikenali sebagai liabiliti kontingen secara berasingan.

Hutang Kerajaan Malaysia pada 31hb Disember 2017 adalah sebanyak RM686.8 bilion dan liabiliti luar jangka ialah RM238 bilion. Angka-angka ini tersedia kepada umum di laman web Bank Negara.

Di samping itu, kerajaan Pakatan Harapan kini menambah komitmen seperti pembayaran pajakan dan bayaran penyelenggaraan kepada hutang kerajaan dan liabiliti luar jangka berjumlah RM201.4 bilion. Dan itulah sebab bagaimana mereka mencecah ke angka hutang RM1 trilion.

Namun sekarang, jika anda meneliti secara terperinci, mereka (Kerajaan PH) tidak lagi menggunakan hutang RM1 trilion, tetapi hutang dan liabiliti RM1 trilion. Yang mana ini adalah betul dari segi teknikal. Kerajaan Malaysia mempunyai liabiliti lebih daripada RM1 trilion, di mana RM686.8 bilion adalah dalam bentuk sekuriti hutang.

Kerajaan-kerajaan lain di dunia juga menggunakan SDDS dan melaporkan sekuriti hutang tertunggak mereka sebagai hutang negara, tidak termasuk tanggungan luar jangka. Tiada kerajaan di dunia memasukkan komitmen pajakan dalam laporan hutang negara mereka. Bayaran sewa adalah perbelanjaan barangan, bukan barang hutang. Jika kita memasukkannya, maka kita harus memasukkan semua perbelanjaan kerajaan seperti gaji pegawai kerajaan, pencen, subsidi dalam angka hutang negara.

Kita sentiasa mengikuti piawaian antarabangsa untuk melaporkan angka hutang negara. Semua angka tersedia kepada umum di laman web Jabatan Negara, Perbendaharaan, Jabatan Perakaunan dan Jabatan Audit Negara.

Agensi penarafan, komuniti pelaburan dan institusi kewangan menyedari angka-angka ini kerana ia tidak pernah disembunyikan.  Setiap tahun agensi penarafan mengadakan mesyuarat dengan pegawai EPU dan MOF dan sentiasa dikemas kini mengenai angka tersebut.

Semasa zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir, liabiliti luar jangkaan meningkat setiap tahun dan apabila dia bersara pada 2003, terdapat kira-kira RM52.7 bilion liabiliti luar jangkaan dan ia tidak pernah dimasukkan dalam angka hutang negara.

Apabila ekonomi kita berkembang, kerajaan memperolehi lebih banyak pendapatan dan kerajaan menjadi lebih berupaya untuk mengambil lebih banyak hutang. Negara kita tidak pernah memungkiri mana-mana hutang atau obligasi kita. Ia bukan mengenai jumlah hutang tetapi apa yang kita lakukan dengan hutang dan keupayaan untuk membayar/menjelaskan hutang.

Unit Komunikasi Strategik
Ibu Pejabat UMNO
Kuala Lumpur
2 Jun 2018

Usul Lantik Peguam Negara Bukan Melayu.

PEGUAM CHING PENG HENDAK DILANTIK SEBAGAI PEGUAM NEGARA - Lokman Adam
2 Jun, 2018

Satu demi satu tindakan Tun Mahathir kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa Tun Mahathir sudah tidak lagi dapat menolak permintaan DAP yang semakin melampau.  Apa boleh buat, bila hanya ada 12 kerusi, pasti terpaksa tunduk dengan permintaan DAP yang mempunyai 42 kerusi.

Sebelum ini rakyat dikejutkan dengan perlantikan YB Mohamad Sabu menjadi Menteri Pertahanan, iaitu insan yang mengiktiraf perjuangan Komunis sebagai Pejuang Kemerdekaan.  Belumpun pulih, kekecewaan ahli keluarga mangsa kekejaman komunis, kini sekali lagi mereka dikecewakan dengan cadangan Kerajaan Pakatan Harapan untuk melantik Tommy Thomas, Peguam Ketua Komunis Malaya, Ching Peng, sebagai Peguam Negara pula.

Walaupun baru 22 hari Pakatan Harapan memerintah, pelbagai perkara yang telah dibangkitkan cukup menguris hati orang Melayu dan penganut agama Islam. Adakah tidak cukup dengan cadangan menutup JAKIM, membuka UITM kepada Bukan Bumiputra dan membuka felda kepada bukan Bumiputra?  Apa yang cuba dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang majoritinya bukan Islam ini?  Adakah mereka tidak sedar bahawa satu demi satu provokasi yang dilakukan oleh mereka boleh mengundang kemarahan pribumi yang merupakan majoriti rakyat negara ini?

Pemantau Malaysia Baru menyeru DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu untuk bangkit menentang sebarang usaha untuk meletak Peguam Ching Peng ini sebagai Peguam Negara.  Peguam Negara sewajarnya dipilih dikalangan pengamal perundangan yang berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan sekaligus merupakan seorang yang berpegang teguh dengan ajaran Islam memandangkan agama Islam merupakan agama Persekutuan.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, ayuh kita bangkit untuk menegur mereka agar mereka tahu bahawa mereka tidak boleh memerintah negara ini sesuka hati mereka. Ayuh, mainkan peranan anda dengan sekurang-kurangnya bantu kami menyebarkan mesej kebenaran.

#TolakRegimMahathirDAP #KatakanTidakKepadaKomunis
#JanganJolokSarangTabuan

Untuk Dapatkan Info Semasa Melalui Telegram Channel : https://telegram.me/lokmanadam

[ HSR ] High Speed Rail Malaysia - Singapore

ALLAH.
ALLAH.
ALLAH.
ALLAHUAKBAR.
SUBHANALLAH.
ALHAMDULILLAH.

[ Bismillah ].

[ SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri].
(Al-Baqarah 2:222)

[ Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur ].
(Al-Maaidah 5:6)

[ HSR ]: Kerajaan digesa bersikap telus dalam keputusan untuk membatalkan projek tersebut.

1. Projek keretapi laju HSR Singapura – Kuala Lumpur bukan diilhamkan hanya berdasarkan kepada keputusan yang dibuat oleh satu negara sahaja. Keputusan untuk projek ini dibuat berdasarkan kepada kajian terperinci terhadap manfaat dari kos yang dibuat oleh kedua-dua pihak bertahun lamanya yang turut membuktikan wujud manfaat sosial dan ekonomi bagi kedua-dua negara.

2. Projek ini mempunyai potensi untuk membentuk masa depan dan bagaimana kita dapat bekerjasama bagi faedah bersama. Kajian turut menunjukkan Malaysia adalah penerima manfaat utama bagi projek ini memandangkan majoriti landasan adalah di negara ini. Menggabungkan secara integrasi dua bandar utama dan ekonomi di Asia Tenggara akan menghasilkan manfaat yang besar yang melangkaui jualan tiket dan kos bagi infrastruktur itu.

3. Ia adalah sebahagian daripada agenda transformasi dan visi kita untuk Malaysia baharu yang akan mewujudkan industri baharu, kaedah baharu untuk kerjasama antara dua negara, meningkatkan pekerjaan berpendapatan tinggi dan gaya serta taraf hidup lebih baik untuk semua rakyat.

Ia juga akan mewujudkan satu pusat pertumbuhan baharu dan memberi nafas baharu kepada bandar seperti Batu Pahat, Muar, Ayer Keroh, Melaka dan  Seremban di mana manfaat berganda daripada projek ini adalah sangat besar.

4. Pada ketika kita memahami bahawa ia adalah prerogatif kerajaan baharu Pakatan untuk membatalkan projek ini, saya kecewa dengan keputusan terburu-buru untuk membatalkan projek ini dan menggesa kerajaan untuk bersikap lebih telus dan mengadakan rundingan sebelum membuat apa-apa keputusan kerana ia akan memberi kesan kepada masa depan ekonomi, peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

Saya turut merasakan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memberi pencerahan bagaimana keputusan dibuat kerajaan BN terdahulu bersama kerajaan Singapura bagi projek ini.

5. Pertama, kerajaan baharu mendakwa kos projek ini adalah RM110 bilion. Jawatankuasa bersama Malaysia – Singapura, sehingga awal tahun ini telah mengunjurkan kos bagi projek ini adalah kira-kira RM72 bilion, termasuk pengambilan tanah dibayar kepada rakyat Malaysia, *berasaskan kepada* penilaian antarabangsa yang dilakukan dan dikemukakan sebelum ini.

6. Kos sebenar hanya diketahui apabila tender sepenuhnya bagi merekabentuk, membina, pembiayaan dan penyelenggaraan kesemua stok guling (rolling stock) dan aset keretapi HSR, yang dijangka ditutup sepenuhnya pada 28 Disember, 2018.

7. Sehubungan dengan itu, kerajaan seharusnya memberitahu kita bagaimana mereka memperolehi angka RM110 bilion? Adakah angka ini juga dinaikkan atas dasar politik sebagaimana dilakukan terhadap angka RM1 trilion bagi ‘hutang negara?’

8.  Saya juga terkejut dengan kenyataan Tun Mahathir yang menyatakan bahawa Malaysia tidak mendapat pulangan sesen pun daripada projek HSR.

9. Realitinya, projek infrastruktur seperti HSR ini, membawa pulangan dan manfaat dalam bentuk kenaikan nilai hartanah, kepesatan ekonomi setempat, pemindahan teknologi, peluang pekerjaan pendapatan tinggi, kemasukan tenaga pakar ke dalam negara dari Singapura serta pelancongan.

10. Saya mahu bertanya kepada Dr Mahathir apakah projek-projek Lebuhraya Pan Borneo dan Lebuhraya Central Spine Road yang tiada tol, projek LRT, MRT dan monorel mendapat pulangan dari hasil tiket sahaja? Sudah tentu tidak.

11. Projek-projek infrastruktur ini mendatangkan pulangan kepada negara dari segi kepesatan ekonomi. Kerajaan akan meraih pendapatan daripada cukai yang diperoleh daripada ekonomi yang lebih rancak. Manakala, rakyat pula mendapat kemudahan dan peluang pekerjaan kerana dapat berhubung dengan mudah.

12. Rasional yang sama digunakan dalam pembinaan HSR ini. Untuk pengetahuan rakyat Malaysia, *laluan penerbangan Kuala Lumpur Malaysia adalah yang tersibuk di dunia*. Terdapat permintaan yang luar biasa terhadap perjalanan Kuala Lumpur-Singapura ini. Kerana itulah HSR ini sebenarnya sangat menguntungkan negara.

13. Saya juga ingin bertanya adakah agensi terlibat dengan projek ini sudah diberi ruang untuk membentangkan kes mereka kepada kabinet dan Majlis Penasihat Kerajaan? Adakah kajian impak ekonomi dan penilaian impak alam sekitar sudah dibentangkan dan dipertimbangkan? Bolehkah kajian ini kini didedahkan kepada umum?

Unjuran yang terkandung dalam laporan berkenaan yang pernah saya lihat menunjukkan manfaat ekonomi sehingga RM650 bilion bagi GNI sehingga 2069. Manakala akan wujud 110,000 peluang pekerjaan dan ia diunjurkan akan meningkat sehingga 442,000 menjelang 2069. Untuk lebih telus, laporan ini seharusnya ditunjukkan kepada orang awam sebagaimana dilakukan kerajaan BN sebelum ini ketika laporan dipamerkan kepada orang ramai untuk maklum balas.

14. Adakah pembatalan ini adalah keputusan seorang sahaja? Saya difahamkan Menteri Pengangkutan baharu telah membuat kenyataan bahawa projek HSR ini tidak pernah dibincangkan dalam kabinet manakala Menteri Kewangan baharu enggan memberi ulasan tentang pembatalan projek HSR ini.

15. Projek HSR ini adalah projek jangka panjang dengan pelaburannya akan dapat diperolehi kembali pada dekad mendatang, dari pertumbuhan trafik selain kesan limpahan manfaat ekonomi berkaitan projek ini.

16. Impak ekonomi dari projek HSR ini juga turut mengambil kira analisa kewangan dan laporan Bank Dunia bagi unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia tahun ini dan beberapa tahun akan datang.

17. Dengan pembatalan projek ini, prospek pertumbuhan KDNK Malaysia akan menyusut dan pertumbuhan peluang pekerjaan akan terencat? Kerajaan baharu perlu mengambil kira faktor ini dan mempunyai langkah pilihan bagi mengisi jurang kekurangan ini.

18. Zaman kini sudah berubah dan ekonomi hari ini lebih sofistikated dari dulu dan adalah mengecewakan jika Perdana Menteri gagal melihat pulangan projek ini sebagai pemangkin ekonomi seperti HSR ini di luar skop hasil jualan tiket sahaja. Jangan membuat keputusan semata-mata kerana dendam kesumat terhadap individu ataupun Kerajaan Barisan Nasional. Keputusan yang dikaburi emosi hanya akan merugikan rakyat.

#Najib_Razak

Saturday, June 10, 2017

Building Malaysia as High Income Nation

Making Malaysians having high income and high basic salary has been the dream of our present Prime Minister and all Malaysian.

Our Prime Minister calls it as economic transformation.

In my opinion Malaysia will be able to achieve high income and high basic salary when all Malaysians become productive.

In order to become productive, Malaysians must have skills, good attitudes towards work and hardworking.

We must be productive and become a country that does business with many countries around the world.

We should not only buy from other countries but also sell our products to other countries.

We can make our products marketable when our products have the quality and price that they want.

When we become trading nations that sell products of high quality at competitive prices to other countries, we will become a rich country.

When we become a rich country, we can afford to pay high salary to all Malaysians and all Malaysians will enjoy high basic salary.

Currently we spend so much money buying goods including foods from foreign countries.

When we buy instead of sell, we will spend money instead of getting money.

When our country spends more instead of having huge earning, our peoples will not be able to have high income and high basic salary.

Our government must produce, manufacture and do business and trading with other countries and earns huge income before the government can pay the workers with high salary.

Malaysian government must own farms, supermarkets, manufacturing industries that produce high quality products at competitive price that are marketable to the world.

What is the action plan of our present Prime Minister to transform our economy to high income economy?

Instead of only talking about the idea of transforming the economy from low to high income, what is the action plan?

What the Prime Minister wants to do is not clear to most of the Malaysians.

Our Prime Minister has assigned Datuk Seri Idris Jala to head the think tank that will design and plan strategic actions to transform the country to become a high income nation.

Besides having many laboratories that costs so much money to think about the strategic actions to transform the economy, we have not heard a concrete plan as yet on how to transform the economy.

As a result of his research on Malaysian economy, he suggested to the Prime Minister to cut subsidies to the Malays and other subsidies to the Malaysians.

He further commented that if subsidies are not abolished, Malaysia will become a bankrupt nation in the near future.

The suggestion has caused uproar to the nation and Malays particularly.

Datuk Seri Idris Jala must have thought; in order to increase the amount of money that the country owns, it has to save money by cutting subsidies.

The government has already hinted that the cutting of subsidies on petrol will be done steadily over the years.

The idea of saving more money by cutting subsidies is not a positive forward action that will transform the economy to high income economy.

If it ever does, it will only occur over a temporary period of times and it is not lasting.

The more positive and forward action is not to cut subsidies but to increase income by increasing the peoples productivity and efficiency.

The question is how to increase the productivity of the peoples?

It is not easy to answer this question as it is related to attitudes and beliefs of the peoples.

In order to make this success, the government must take direct control of the peoples.

Unless the government has direct control on the peoples, the government will not be able to change their attitudes and beliefs and thus the productivity of the peoples will not increase.

Government must make the peoples to be productive by making them to work harder and more efficient.

Malaysia has fertile lands to grow crops and to rear domestic animals.

Malaysia has abundant fishes in her sea and rivers and has abundant natural resources such as oil and gas.

Malaysia must capitalize on her fertile lands to grow crops suitable to each area and also to breed domestic animals suitable to each area of her lands.

Every patches of Malaysian soil must be tilled to become productive and no patches of lands left unproductive.

Although Malaysian soils are fertile but so far no vigorous efforts are done by the government to make all patches of Malaysian soil to be productive.

Currently our government wants the people to be productive but that is not possible without the intervention of the government.

Government must turn and develop the fertile lands of Malaysia to become farms using high technologies that are able to yield high produces.

Government either employs the workers or on a sharing basis with them to turn and develop every patch of Malaysian fertile lands to become farms.

Attitude and beliefs of the peoples that work in the farms can be good by treating them with the self-talk therapy.

With the treatment of self-talk therapy the behaviors of the people that work in the farms can become hardworking, productive and efficient.

The produce from the farms, sea or the rivers are immediately pack and sell in all the government supermarkets.

In this way the government can control the prices of basic necessities and these basic necessities can be sold to the people at affordable prices.

Some of the produce that comes from the farms, sea or the rivers can be sent to factories to be turn into products of higher quality or better forms and sell either in the country or abroad.

In order to sell all the products either locally or abroad, continuous research on every product must be conducted continuously.

Government must set up many research centers in the country to conduct research on every product that the government farms produce.

With research, the quality of every product will continually improve and demand by the consumers.

In order to increase demand and increase the database of the consumers, Malaysia must continuously does marketing of her products within the country and to the world.

In order to achieve this, there should be a special ministry for marketing.

The marketing ministry must be headed by the Prime Minister himself and help by another minister.

The more products Malaysia can sell either locally or abroad, the more income the country will earn and the more able the country can pay her people with high income and high basic salary.

Malaysia will be able to sell her products at competitive price to the world when Malaysia can produce and manufacture quality products.

In order to be a country with high income, Malaysia must become agro industrial and trading nation.

Agro industrial and trading nation is a country that has abundant quality agricultural produce and products.

At the same time the country also manufactures non agricultural quality products including cars, airplanes, ships, weapons and artillery, motorcycles and other products including personal hygiene products, clothing, cosmetic, shoes, spectacles, medical equipments, optometry and dental equipments, industrial and agricultural machinery, science and optical laboratory equipments, research equipments, building and construction machinery and others.

Malaysia must manufacture all these products at the highest quality and sell it to the world at competitive price.

The more quality products Malaysia can manufacture and sell it to the world the higher will be the income of the country and her peoples.

Malaysia with high income will definitely able to set a higher basic salary to her people.

The amount of basic salary should be the amount of salary that enables all Malaysian with two children, one girl and one boy to live comfortably.

With the amount of basic salary that a Malaysian earn he or she is able to rent a comfortable house with three rooms, buying a car, money to save for their children education, money to buy medical insurance, money for paying water and electricity bills, and money for buying foods and drinks for family with two children in a month.

A single bachelor may need to save money for marriage and to help his or her parents.

All foreign workers in Malaysia must also be paid with the same minimum basic salary.

With the current costs of living in the city of Kuala Lumpur, in my opinion a basic salary of RM 2500 is adequate for a family with two children to live comfortably in Malaysia.

With additional children, there will be increase in basic salary. One child there will be an increase of two hundred ringgit.

Prof Dr Nasoha Saabin
March 2012.

Friday, May 19, 2017

Perpaduan Kaum dan Melayu Islam wajib berakhlak.

Insiden kekecohan majlis PM TN50@penggiat seni tanah air sepatutnya bolih dielakan , jika kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai sikap tolenransi satu sama lain.

Apalagi sebagai umat Islam wajar lebih berakal dan mampu kawal emosi bawaan syaitan.

Kerajaan dan Kabinet DS Najib berusaha tanpa jemu untuk memadukan kepercayaan utk saling berkompromi dan berimbang didalam apajua isu semasa dan giat mengadakan program2 kemasyarakatan bagi mengikat perpaduan nasional supaya perpaduan kaum yg pelbagai bangsa dan agama terus kukuh dan di kekalkan.

Namun , dikalangan kita masih muncul sosok individu yang tidak menghayati seruan kepemimpinan , malahan menebarkan sikap kebencian yang berterusan bila sesuatu insiden itu melibat bangsa melayu, cina , india dll.

Isu2 politik sebaiknya tidak dijembarkan didalam apajua program tentang dasar dan kepentingan nasional.

Jesteru itu , semua pihak tidak sewajarnya mengambil peluang drpd insiden2 yang berlaku bagi kepentingan politik dan pengaruh dengan terus menerus melaga2kan sikap perkauman dikalangan rakyat.

Ambillah ikhtibar dari kejadian yg sudah berlaku itu supaya kita terus teguh pendirian untuk sama2 membangun tamadun bangsa dan agama di Malaysia.

Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh yang demikian, perpaduan dan keharmonian adalah elemen yang sangat penting dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?

Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya”.

Anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau perayaan.

Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik.

Selain itu, ibu bapa juga boleh berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah.

Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.

Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan.

Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian sains, persembahan, dan sambutan-sambutan majlis di sekolah.

Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama satu kaum sahaja.

Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.

Di samping itu, golongan pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.

Langkah tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Mengetahui dan memahami peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara seperti tragedi berdarah 13 Mei 1969, sudah tentu golongan muda dan belia akan lebih menghargai perpaduan dan keharmonian yang dikecapi selama ini. Pemahaman rakyat Malaysia tentang sejarah tanah air dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri mereka.

#olahan semula sketsa perpaduan 1Malaysia

Kekalkan Dominasi Pemerintahan Islam Malaysia

(Ikhtibar dan Ikhtiar) Dominasi pemerintahan Islam wajib dikekalkan di Malaysia. UMNO@Barisan Nasional. Selagi kepemimpinan UMNO yg mendo...