Melayu Tak Tolong Melayu pecahbelahkan Melayu
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
Isu perbalahan politik orang Melayu , kini semakin berpecahbelah dengan keujudan parti baru yang diasaskan dan didaftarkan olih golongan pimpinan Melayu majoritinya dari wadah perjuangan parti UMNO dan bukan UMNO ; dimana khendak mereka itu adalah berasaskan gerakan untuk memegang jawatan tinggi parti dan mahukan kuasa urustadbir kerajaan dan meraih sokongan rakyat dalam merebut kerusi ADUN dan Ahli Parlimen didalan sistem PRU di Malaysia.
Rata rata pimpinan Melayu ini sudahpun berkuasa dan punyai pengaruh politik dan ada yang memang tengah cari pengaruh politik tetapi sudah tidak lagi jadi ahli mana2 parti atau memang disingkirkan dan juga kerana kepentingan diri dan kumpulan mereka semata mata untuk mendapatkan jawatan dan kuasa pada hiraki politik negara.
Jesteru ; kecelaruan dalam perpaduan dikalangan orang Melayu semakin tenat untuk dipulihkan dan perlukan sesuatu keajaiban bagi mereka yang terlibat menyedari kepentingan kesatusn Melayu itu lebih utama daripada kepentingan diri dalam arus kehidupan dan politik ; apalagi dalam kesatuan kepercayaan dan pegangan agama Islam yang memang amat penting dunia akhirat.
Namun ; pemain politik Veteran Melayu yang tidak pernah rasa bersyukur terus menabuh pelbagai rekayasa dan agenda memburukan pimpinan orang lain sedangkan mereka pun gagal memimpin kekuatan politik Melayu ; apalagi kepentingan agamanya.
Sepatutnya mereka mereka itu memberikan solusi dan saranan atas teladan sikap pimpinan bagi merubah landskap kehidupan orang Melayu bukan terus berebut jawatan kuasa politik. Idea2 mereka untuk memperkukuhkan pelbagai isu didepaninorang Melayu patut digerakan dan diberikan keutamaan dan bukan membuat agenda bagi kepentingan diri sebagai orang Melayu.
Disegi ekonomi dll bentuk keperluan hidup orang Melayu memang masih jauh ketinggalan daripada penguasaan bukan Melayu . Amat menyedihkan mereka berbicara tentang kepentingan Melayu tetapi tidak mampu kedepan menggerakkan saranan yang bolih merubah kedudukan orang Melayu dalam pelbagai Isu yang tidak mampu dibangunkan dan hidup orang Melayu lebih baik dan setanding pencapaian orang Melayu di negara ini.
Selagi orang Melayu tidak insaf diri ; lebihkan kepentingan diri dan tidak hormati peran pimpinan yang memang tidak terlibat dengan perbuatan mungkar dan haram , mereka tidak akan bertaubat dan terus buat onar dan dakyah memecahbelahkan orang Melayu .
Golongan orang orang Melayu seperti ini mesti dikekang dan tidak didokong biarpun mereka punya pengaruh politik tetapi tidak membantu untuk perkuatkan pegangan orang Melayu dlm ekonomi dll isu kepentingan Melayu.
Mereka bercakap tentang kepentingan orang Melayu ; tetapi tidak usul saran dan solusi bagaimana untuk orang Melayu sepakat untuk maju dan capai kejayaan dlm pelbagai bidang hidup di negara dikuasai majoriti Melayu.
Mereka mereka itu sebenar nya adalah pemimpin pemimpin yang terus memperbodohkan pola fikir orang Melayu dan tidak mampu membantu orang Melayu bersatu dan kukuhkan kepentingan Melayu dlm Negara Umat Melayu.
Comments