DS NAJIB RAZAK KEKAL SEBAGAI PEMIMPIN PILIHAN RAKYAT

DS NAJIB RAZAK KEKAL SEBAGAI PEMIMPIN PILIHAN RAKYAT.

Umum sudah tahu pertuduhan keatas DSN adalah komplot politik dendam kesumat Mahathir dan sekutuNya.

Propaganda pihak sebelah sana ialah Najib hanya lantang mengkritik dan serang kerajaan PN sekarang sebab PM8 tak setuju gugurkan kes-kes Najib.

Ini tidak betul sebab saya tak pernah henti bersuara untuk kebaikan Rakyat dan Negara sejak permulaan kerajaan PN apabila langkah yang salah diambil.

Misalnya pada bulan Mac 2020, saya kecam kerajaan kenapa hanya beri diskaun elektrik 2% sahaja kepada pengguna domestik untuk menghadapi PKP 1.0.

3 minggu kemudian, kerajaan PN pun perbetulkan ini dengan memberi diskaun sehingga 50%.

Satu lagi contoh ialah saya kecam kerajaan untuk beberapa hari berturut-turut sebab ambil langkah yang amat salah dengan alasan mahu jimat kos sebanyak RM114 juta untuk tukar syarat mereka yang datang dari luar negara tidak lagi wajib menjalankan kuarantin di pusat-pusat kerajaan tetapi boleh kuarantin di rumah.

Masa itu, lebih 1,000 orang pulang dari luar negara tiap-tiap hari dan dibenarkan terus pulang dari lapangan terbang untuk kuarantin kendiri di rumah.

Saya berpendapat ini adalah langkah yang amat salah dan akan membawa kepada PKP musim kedua.

Akhirnya saya terbukti betul apabila beberapa kluster termasuk kluster Sivagangga dan kluster Tembok Kedah tercetus akibat orang yang langgar kuarantin kendiri.

Lepas itu, kerajaan PN hanya perbetulkannya kemudian dengan tidak lagi membenarkan kuarantin kendiri di rumah.

Dan di sinilah tercetusnya gelombang ketiga Covid yang berlanjut sehingga kini - bukan sebab PRN Sabah sahaja.

PM8 akan kata dan ramai orang percaya PRN Sabah adalah punca utama tetapi realitinya ialah gelombang sekarang sebenarnya bermula di Kedah akibat kesilapan kerajaan tukar dasar ke kuarantin kendiri di rumah sebab kluster-kluster tersebut tercetus di negeri-negeri utara sebelum tempoh berkempen bermula di Sabah.

Lain-lain kesilapan yang dibuat termasuk tidak memerlukan mereka yang pulang dari Sabah untuk kuarantin sebelum PRN berakhir dan hanya perlukan kuarantin kendiri 3 hari sahaja selepas berakhirnya PRN dan kemudian bertukar lagi dasar untuk mewajibkan kuarantin 14 hari seminggu kemudian.

Termasuk juga kerajaan lambat untuk sekat rentas negeri di semenanjung pada awal bulan Oktober selepas PRN Sabah seperti disaran saya tetapi hanya melakukannya sebulan kemudian.

Lebih lanjut tentang PRN Sabah: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157631412945952

Sebab itu, ianya adalah fitnah bahawa saya hanya mengkritik kerajaan PN sebab kes-kes saya tidak digugurkan sebab saya tak pernah minta sesiapa termasuk PM8 untuk gugurkan kes saya.

Malah dari jatuhnya kerajaan PH dan wujudnya kerajaan PN pada bulan Februari 2020 lalu, saya dah terang-terang kata saya tak mahu kes-kes saya digugurkan dan peluang untuk membersihkan nama saya tidak dinafi.

Sebab saya tahu inilah satu-satunya cara untuk tidak lagi terkait dengan tuduhan-tuduhan terhadap saya pada masa depan.

Cuma saya minta bahawa liputan media tentang kes saya adalah adil dan tidak ada campur tangan politik termasuk tidak berlakunya  benda-benda pelik seperti hakim kes saya ditukar selepas perbicaraan bermula dan diganti dengah hakim baru yang tiada pengalaman kes jenayah.

Dengan proses perbicaraan di mahkamah ini, banyak kebenaran telah terbukti termasuk:

1. Dana yang disebut RM2.6b itu telah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan selepas diterima. Bukan digunakan Najib untuk beli cincin atau berjoli.

2. Najib tak pernah arahkan sesiapa untuk pindah dana dari 1MDB atau SRC kepada akaun saya.

3. Dana sekurang-kurangnya RM642 juta dipindah dari akaun bank Kementerian Kewangan Arab Saudi ke akaun atas saya dan keseluruhan dana itu juga digunakan untuk kerja CSR secara terus atau melalui program-program parti politik termasuk membantu Masjid seluruh negara dan bantuan banjir besar negara untuk 4 tahun berturut - bukan untuk kegunaan peribadi Najib walaupun diberi hak penuh oleh penyumbang untuk menggunakannya sesuka hati.

4. Hanya sekali sahaja yang Najib gunakan kad kredit untuk perbelanjaan peribadi tetapi itupun sebab terdesak untuk pulang ke Malaysia dari Hawaii sebaik sahaja sesi golf dengan presiden Obama berakhir untuk ambil alih tanggung jawab semula dari Timbalan yang kurang berprestasi dan uruskan banjir besar di negeri-negeri timur.

Bayangkan hanya sekali sahaja wujudnya perbelanjaan peribadi selepas tempoh 6 tahun walaupun dana RM642 juta dari Arab Saudi itu sebenarnya diberi kepada saya dan boleh saya gunakan sebagaimana saya mahu.

5. Perbelanjaan membeli barang kemas di Italy yang dulunya dituduhkan bertahun-tahun kononnya kita berbelanja mewah untuk peribadi sebenarnya ialah hadiah kepada keluarga dan rombongan pemerintah diRaja sebuah negara timur tengah yang mempunyai hubungan baik serta pelaburan di Malaysia.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156209913925952

6. Dana RM4 bilion KWAP yang dipinjam kepada SRC tidak hilang atau dicuri Najib tetapi telah dibeku kerajaan Switzerland selepas orang kuat Mahathir pergi ke sana untuk membuat laporan dan Najib sudah ambil langkah untuk kembalikannya sebelum PRU14.

7. Najib dijatuhkan hukuman bukan sebab Najib curi RM42 juta tetapi ianya bukan hak Najib untuk sedekahkan RM42 juta tersebut biarpun bayaran dari SRC sebenarnya juga untuk tujuan CSR.

"Duit RM42 juta bukan hak Najib untuk sedekah, kata hakim"
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/271571

8. Dana RM114 juta bersama barang-barang rumah yang dirampas kerajaan PH dahulu bukan berhasil dari 1MDB atau jenayah tetapi adalah dana politik PRU14 serta hadiah-hadiah peribadi yang diterima sejak berpuluh tahun lalu.

9. Najib atau Rosmah tak pernah beli atau diberi cincin pink seperti difitnah bertahun-tahun lamanya.

"Timbalan menteri sahkan isteri VVIP tidak beli berlian merah jambu"
https://www.malaysiakini.com/news/471381

9. Kematian Altantuya, Kevin Morais, pengasas Ambank dan Teoh Beng Hock tiada kaitan dengan Najib walaupun saya telah difitnah lebih 10 tahun.

10. Najib tak pernah lari dari membayar cukai LHDN tiap-tiap tahun seperti didedahkan dalam kes lucut hak aset apabila pendakwa raya kemukan statement-statement LHDN saya untuk tuduh pendapatan rasmi saya tidak padan dengan nilai-nilai aset yang disita.

Namun, Najib tak akan bayar tuntutan cukai tambahan LHDN sebanyak RM1.7 bilion itu sebab ianya adalah tidak sah dan tidak dibenarkan sesiapa untuk pertikaikan pengiraan LHDN.

Cuma disuruh bayar dulu, bincang kemudan dan sekiranya taksiran LHDN adalah salah dan tidak sah, LHDN akan refund kepada saya kemudian.

Tak pernah dijawab sesiapa pun kenapa wang yang dipulangkan kepada penghantar 4 bulan kemudian perlu dicukai, pindahan dana antara akaun atas nama saya kepada akaun lain atas nama saya perlu dicukai, hasil dari sumber luar negara yang sebenarnya sudah bebas cukai sejak tahun 2004 perlu dicukai, kenapa perbelanjaan untuk kerja CSR perlu dicukai dan kenapa dana yang dituduh hasil rompakan juga perlu dicukai.

Cuba fikir secara logik: sekiranya Najib ada baki akaun atau aset bernilai berbilion-bilion untuk bayar RM1.7 bilion dah lama kerajaan PH dan PN keluarkan propaganda ini dengan senaraikan aset Najib.

Tidak. Wang dalam akaun tersebut sudahpun dipulangkan dan bakinya sudah dibelanja untuk kerja CSR - bukan untuk peribadi.

Patutkah saya tuntut masjid-masjid seluruh negara, ribuan mangsa-banjir serta sesiapa yang saya pernah bantu untuk pulangkan duit kepada saya untuk bayar tuntutan mengarut LHDN?

Jika perbicaraan mahkamah tidak berjalan dan kes tergugur seperti kes Guan Eng dan lain-lain pemimpin PH dan PN, kesemua kebenaran-kebenaran di atas tidak akan muncul.

Sebab itu, jangan fitnah saya lagi. 

Jika saya mahu kes digugurkan, cara terbaik ialah untuk membisu dan membodek kerajaan - bukan lawan atau kritik kerajaan.

Tak percaya, boleh tanya Tok Pa atau Zahid Mohd Arip atau Mas Ermieyati kenapa mereka tidak pernah didakwa menerima dana.

Boleh juga tanya Menteri Kanan kenapa seluruh dunia kenal wajah siapa dalam video itu tapi hanya kerajaan sahaja yang tak dapat cam muka.

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand