KDN (PDRM) hanya memperjudikan kudrat ribuan anggotanya.

بسم الله الر حمن الر حيم

Perhimpunan Haram  anjuran  Gabongan Pilihanraya Bersih dan Adil ( Bersih ) yang dicanangkan pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur telah mengundang keresahan awam dan mengundang pelbagai tanggapan serta persepsi dikalangan warga kota serta seluruh rakyat Malaysia hingga ramai yang telah membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan jalanan tersebut , serta meminta pihak berkuasa mengambil tindakan keatas pendokong pendokong pertubuhan yang terlibat yang dilihat  terang terang mendatangkan hasutan demi kepentingan golongan masing masing hingga sanggup menyuarakan apajua kemungkinan ianya akan tetap diadakaan , walau tanpa kebenaran pihak berkuasa .
Tindakan Pemuda Umno (BN) serta pertubuhan Perkasa untuk sama sama terjun dijalanan dihari yang sama juga semakin mencemaskan persekitaran yang memungkinkan suatu kejadian perbalahan dan kekacauan awam lebih besar  ,  jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang tindakan drastik penguatkuasa undang undang untuk menangani dengan segera dan tegas mengikut peruntukan perundangan sedia ada .
KDN(PDRM) seakan akan talam dua muka dalam mencegah dan melindungi kepentingan awam , bertindak hanya untuk memperjudikan nasib ribuan anggotanya tanpa membela hak dan kesetiaan mereka melindungi nyawa dan harta orang awam.
 
KDN melalui PDRM dilihat terlalu lemah dan lambat untuk bertindak keatas segelintir kepemimpinan yang memang jelas dengan sengaja meniupkan  semangat kebencian , walaupun dikatakan dilindungi hak kebebasan , tetapi tindakan segelintir petualang negara ini  jelas memprovokasikan isu dan pihak PDRM masih gagal mengambil tindakan , walaupun ada peruntukkan undang undang untuk mencegah dan menghalang ianya terus menerus dicanangkan dan menghasut  , yang jelas tindakan dan keegoan mereka ini  langsung tidak menghormati adab dan akhlak dalam mematuhi peraturan hak hak yang diperuntukan mengikut lunas lunas perundangan.
Lebih dari itu mereka jelas dengan sengaja tidak mahu mematuhi dan makin bangga dan lantang bersuara akan tetap tidak berganjak dan kekalkan pendirian untuk menganjurkan himpunan jalanan secara haram tanpa kebenaran pihak berkuasa .
Tindakan segelintir kepeminpinan ini jelas langsung tidak menghormati  sistem dan peraturan , malah menelanjangkan keluhuran undang undang . Kedegilan ini hanya mengundang pelbagai tanggapan awam tentang kelemahan KDN (PDRM)  dan waktu nya semakin dekat tetapi PDRM lambat  mengambil tindakan. Sudah jelas dan nyata ianya mempunyai unsur unsur hasutan bagi meraih dokongan awam agar terlibat dan sudah pasti kekecohan dan huruhara akan berlaku . Kejadian kejadian lalu sepatutnya telah diambil ikhtibar olih pihak berkuasa  daripada  terus membiarkan mereka  terus lantang bersuara .
Adakah jika ianya telah berlaku , baru pihak berkuasa mahu mengambil tindakan . Sikap tunggu dan lihat PDRM ini jelas menghilangkan intergriti PDRM sebagai pihak yang diamanahkan mencegah apa jua kemungkinan kacau bilau dalam negara .  Sudah tiba masa bagi PDRM mengambil tindakan tegas dan drastik , daripada terus leka dan membiarkan bara api itu menyala dan merebak dan gagal untuk ditangani hingga mengundang huruhara diseluruh negara .
Nampaknya pihak berkuasa terlalu gentar , sedangkan dalam isu  lain yang kecil PDRM dilihat terlalu ghairah untuk membenterasnya walaupun ianya langsung tidak memungkinkan kacau bilau . Jika ini yang dijadikan keutamaan KDN(PDRM) jelas sekali badan penguatkuasa yang dikatakan  ulung dan unggul ini hanya memilih bulu dalam mengambil tindakan dan menegakan keadilan .
Usahlah  keutamaan itu diterbalikan hanya untuk memberikan perlindungan dan melindungi kepentingan segolongan individu , sedangkan kepayahan serta kudrat ribuan anggota keselamatan yang perlu hadir dijalanan hanya dipandang sebelah mata dan gagal dilindungi hak dan keselamatan mereka.

Himpunkan pemikiran  “ siyasah shariyyah “ membungkamkan kegelojohan segelintir golongan yang  angkuh dengan pemikiran sekularisme, liberalisme , pluralisme dan radikalisme ,demi  mengungguli  Islam sebagai agama yang mesti dipatuhi tanpa perselisihan  yang membawa kepada perpecahan umat . Sudah tiba waktunya golongan Ilmuan dan cerdik pandai Islam tampil mempelopori idea , gagasan serta sumbangan ilmu untuk  sama sama memanfaatkan keterampilan  dan keikhlasan jatidiri  dalam menerapkan keabsahan serta keyakinan tentang kesyumulan konsep serta teori  Islam untuk diadaptasikan dalam kehidupan seharian umat Islam dinegara ini . Yang pasti PDRM perlu ditarbiahkan untuk diterapkan perlaksanaan dasar dan strategi  teras dan nilai keperihatinan  dalam melestarikan keutamaan keamanan dalam  kehidupan kemasyarakatan  .



Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand