Penangguhan kes liwat DSAI , orang politik tak perlu melatah

بسم الله الر حمن الر حيم

KUALA LUMPUR, 8 Jun 2011 - Sampai bila kes perbicaraan liwat yang membabitkan  Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari akan selesai kalau tertangguh dan terus tertangguh.
Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shohaimi Shahadan berkata apa yang dilakukan Anwar Ibrahim merupakan satu strategi untuk melewatkan-lewatkan kes perbicaraan liwatnya terhadap Saiful Bukhari.baca selanjutnya
Kepatuhan , Keadilan dan Intergriti Badan kehakiman usah dimanipulasikan untuk kepentingan individu , kelompok atau kepartian .
Isu perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditangguhkan dan terus ditangguhkan memperlihatkan  timbang tara kebijakan badan kehakiman  adalah suatu manifestasi  keintergritian yang memerlukan kebebasan untuk menyakinkan bahawa suatu keadilan yang ditegakan berjalan dengan penuh ketertiban mengikut dasar dan lunas lunas  perundangan . 

Akan tetapi persepsi  masyarakat merasakan  sebaliknya , jetseru perlakuan  Datuk Seri Anwar melalui peguambelanya yang sinonim  dengan kekuatan minda memperhalusi  prosedur undang undang  dalam membela  anakguam  , dilihat seakan akan penangguhan itu sengaja  mempermainkan ketelusan badan kehakiman , walhal pihak hakim yang lagi arif dan bijaksana yang memutuskan dan meluluskan  permohonan penangguhan tersebut , menunjukkan  sistem keadilan negara ini berjalan dengan teratur dan memberikan ruang kepada tertuduh untuk membuat pembelaan yang sewajarnya .
Isu penangguhan kes ini sepatutnya tidak mengheret  kecelaruan kepemimpinan politik  yang tidak ada kena mengena dengan perjalanan kes tersebut dan sebaiknya membiarkan kebijakan peguambela dan pendakwa menangani  segala isu dan dasar  bersangkutan  dalam  perlaksanaan perbicaraan itu dan biarkan Sang Hakim yang lagi arif dan bijaksana itu menelaah segala keperluan yang berkaitan sebelum memutuskan  suatu perbicaraan dijalankan .
“ Paparan laman media umno : 8/6/2001 : Tajuk berita : Kes Liwat Tangguh Anwar Bakal Jadi Ikutan Pelaku Jenayah Lain:  Pernyataan  Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shohaimi Shahadan berkata apa yang dilakukan Anwar Ibrahim merupakan satu strategi untuk melewatkan-lewatkan kes perbicaraan liwatnya terhadap Saiful Bukhari dan sampai bila kes perbicaraan liwat yang membabitkan  Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari akan selesai kalau tertangguh dan terus tertangguh. “
Biarkanlah keadilan itu ditegakan dengan ketertiban dan keunggulan prosedur yang telah termaktub dalam perundangan negara , apapun tafsiran perundangan , ianya memerlukan kebijakan dan ketelusan pendakwa serta peguambela dengan pengantara keterampilan dan intergriti Tuan Hakim .
Pihak lain mesti akur dan melihat dengan tenang jesteru kes itu telahpun dikemukakan untuk pendakwaan di mahkamah .
Sikap yang ditunjukan Exco pemuda Umno ini hanya mengundang persepsi tentang kepentingan peribadi dan mempengaruhi minda awam yang tak pasti akan ruang kebijakan yang bisa diperolihi jika mereka mempunyai kepakaran menelusuri skop perundangan , itupun jika mereka mempunyai kemampuan untuk membayar harga yang tinggi kepada pihak pembelaan yang pastinya menagih bayaran setimpal untuk membela dan menafikan pertuduhan yang dikenakan kepada mereka .
Persoalan Elit atau tidak bukan penyebab penangguhan kes  , keupayaan membiayai barisan peguambela menyebabkan semua ruang dan sudut kejanggalan diketengahkan bagi menentukan keadilan perbicaraan dijalankan dengan penuh ketelusan . Inilah kebebasan demokrasi dan tiada sebab orang lain mahu menafikan dan memperlekehkan sistem yang tersedia , jesteru usah sesekali membuat kenyataan yang menunjukan percanggahan dasar kepemimpinan demi kepentingan peribadi dan mempengaruhi minda awam .
Kejelekan orang lain akan nampak dan dilihat begitu gah , sedangkan kita meletakan nilai keraguan minda dan memanipulasikan bicara kata menidakan keadilan  , walhal keadilan itu telah diangkat dan sedang dijalankan untuk suatu perbicaraan .
Apakah yang tersirat dan keutamaan orang lain mahu menafikan hak pendemokrasian keadilan dalam negara ini . Biarkan lah badan kehakiman menjalankan fungsinya , orang politik seharusnya menjauhi dan tidak mencampuri urusan pendakwaan dan kehakiman jesteru mereka bukan tertuduh dan tidak mempunyai apa apa kepentingan , selain mendokong keujudan intergriti badan kehakiman itu sendiri supaya gagah dan berseri mendepani apajua perlaksanaan dan dasar yang telah termaktub disisi undang undang negara ini .

 

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

ASAS BERTIKTOK

Sifat Calon Ahli Surga