Melayu ditelanjangkan kebingungan dijalanan
بسم الله الر حمن الر حيم
Ambiga Sreenevasan seorang peguam , malah pernah dilantik sebagai Presiden Majlis Peguam tentunya memahami prosedur undang undang dan sepatutnya akur dan mematuhi aspek perundangan dinegara ini , tetapi tindakan beliau yang terang terang membelakangkan keluhuran undang undang dan Perlembagaan Persekutuan jelas menunjukan keegoan dan menanamkan kebencian minda awam , tetapi kebungkaman Majlis Peguam serta golongan peguam dinegara ini menunjukan kepincangan serta kedangkalan pemikiran golongan yang dikatakan cerdik tetapi tidak mampu dan ikhlas untuk mendaulatkan keluhuran undang undang dan keadilan sejagat .
Pemikiran dan kedangkalan mereka menjerumuskan intergriti profesion guaman ketahap yang paling kotor dan rendah serta menjijikan .Jesteru ianya jelas dan nyata kerana golongan ini terus bungkam untuk menegakan keadilan sejagat dan tidak menghiraukan keresahan di persekitaran yang jelas akan menjejaskan kehidupan mereka sendiri dan majoriti rakyat masyarakat dinegara ini .
Suatu perhimpunan bolih diadakan se telah memperolehi kebenaran untuk mengadakan himpunan seperti diperlukan di bawah Akta Polis tetapi sebagai seorang pengamal undang undang beliau malahan tidak membuat apa apa permohonan malah lantang mempertikaikan tindakan penguatkuasaan , sedangkan mereka jelas mengetahui akibat ketiadaan permit untuk perhimpunan itu pasti suatu perhimpunan haram . Selaku seorang peguam beliau telah bersubahat untuk melakukan kesalahan atau melakukan satu perbuatan jenayah disisi undang undang . Ini jelas telah menjatuhkan imej peguam peguam lain yang mendukung keluhuran undang undang dinegara ini .
Tindakan si ambiga ini jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan , malah beliau juga yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut perlaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001 selain menerima memorandum untuk menuntut perlaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan. Beliau juga malah bangga menganjurkan forum mengenai memeluk agama Islam yang membincangkan dan mempertikaikan secaa terbuka Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan . Beliau juga adalah peguam yang terang terang mempertikaikan perlaksanaan hukum syariah dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam dalam pembelaan kes Lina Joy yang murtad .
Jelas dan nyata , tindak tanduk si ambiga ini memang bertentangan dan membelakangkan Perlembagaan Persekutuan serta langsung tidak menghormati sensitiviti majoriti rakyat Islam , pihak berkuasa sepatutnya telah menahan beliau bagi memelihara kerukunan dan keharmonian hidup pelbagai suku kaum dinegara ini .
Tindak tanduk golongan ini memang sengaja mahu memperlekehkan sistem kehakiman yang ada dinegara ini dan menjerumuskan Negara kekancah kerusuhan yang tak terkawal dan mengancam kedaulatan dan ketuanan melayu yang memegang tampuk pemerintahan sejak merdeka .
Pehak berkuasa dilihat teragak agak untuk mengambil tindakan susulan , tetapi lain hal nya jika ianya melibatkan keterlanjuran yang dilakukan olih individu Islam . Jelas sekali ketempangan dan kecelaruan ini akan mengundang rasa hilang keyakinan majoriti masyarakat Islam yang masih kekal mendominasi populasi yang memertabatkan keluhuran Perlembagaan Persekutuan .
Pehak berkuasa seharusnya telah mengambil pertimbangan yang wajar agar keadilan benar benar tegak tanpa mengira kepentingan sesuatu golongan . Persoalannya apakah kewajaran pihak berkuasa untuk tidak bertindak keatas si ambiga ? Jangan tunggu hingga ada kerusuhan dan pembunuhan berlaku , baru mahu dan mampu bertindak . KDN(PDRM) jelas hanya berani bertindak keatas orang Melayu Islam yang mempunyai kepentingan majoriti , tetapi malang sekali takut dan tersipu sipu untuk bertindak keatas golongan minoriti yang bukan Melayu .
Persoalannya merdekakah Melayu dibuminya sendiri ?
Siapakah yang tegak membuang keringat dan kudrat menegakan ketuanan Melayu ini ?
Jelas sekali kebodohan orang melayu yang hanya mampu melihat kejelekan dan membiarkan kebiadaban petualang mengikis jatidiri , adab serta kesopanan , malah yang mahu melenyapkan ketuanan Melayu yang kini jelas telah tinggal kuasa pada namanya saja, nyata sekali orang Melayu telah ditelanjangkan kebingungan dijalanan ///.
Comments