Tindakan pemuda UMNO(BN) hanya mengundang kebobrokan pemikiran

بسم الله الر حمن الر حيم

Tindakan pemuda UMNO(BN) mahu mengadakan perhimpunan bagi menyerahkan memorandum kepada DYMM Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 9 Julai 2011 bersamaan perhimpunan yang akan diadakan “ Demo BERSIH “ adalah suatu tindakan serta pemikiran yang sempit dan langsung tidak menghormati saranan pihak berkuasa agar mana mana pihak perlu menghormati undang undang dan tidak mengikut kebebasan golongan tertentu serta mematuhi  peraturan  hak kebebasan bersuara selaras dengan  peruntukkan  undang undang sebagaimana ketetapan  Perlembagaan Persekutuan .

Keghairahan  pemikiran  pemuda UMNO(BN) dan pendokong Bersih ini hanya memupuk kebencian dikalangan masyarakat awam . Demonstrasi awam adalah suatu kaedah yang dicetuskan oleh pemikiran orang orang YAHUDI , jesteru kaedah perhimpunan  awam ini hanya membawa kepada kecelaruan pemikiran , kerendahan akal dan melanggar adab serta budaya orang orang Melayu Islam yang menjadi majoriti warganegara Malaysia .

Pemuda UMNO(BN) mesti mampu mengawal sikap dan tingkahlaku dalam apajua tindakan ,bukan memprovokasi dan memanipulasikan  isu dipersekitaranya untuk menarik dokongan yang hanya memesongkan dan memusnahkan budaya serta minda masyarakat  kepada kerendahan akhlak .

Jika pemuda UMNO(BN) mahu menyokong tindakan penambakbaikan SPR  dengan menyerahkan memorandum kepada DYMM Agong , seharusnya kepemimpinan pemuda UMNO(BN) bertindak melalui jalan yang boleh mengangkatkan martabat serta kewibawaan dengan membuat sembah hormat dengan menghadap  DYMM Agong  secara bijaksana tanpa membawa gerombolan  pendokong seolah olah mahu  berperang .

Sikap dan kecetekan minda kepemimpinan pemuda UMNO(BN)  dengan kecenderungan memprovokasi dan memanipulasikan persekitaran mesti dihentikan segera dan tidak dijadikan jalan mencari publisiti murahan yang hanya memberikan impak dan merendahkan tingkahlaku pendokong yang mewakili pihak kerajaan.

Cukuplah dengan keterlanjuran pemikiran pendokong pendokong pembangkang  yang sesat dan diperalatkan semata mata untuk tidak menghormati kebebasan dan keamanan yang ditegakan sejak Negara mencapai Kemerdekaan. Rakyat Malaysia semestinya mampu berfikir dengan keterampilan jesteru apajua peraturan yang telah ditetapkan sekaras peruntukan Perlembagaan adalah untuk kemaslahatan dan ketenteraman  awam .

Biarkanlah pihak berkuasa menguatkuasakan  peraturan undang undang dan mana mana pihak yang bertindak diluar peraturan semestinya diambil tindakan yang sewajarnya bagi mengekalkan ketenteraman  sampai bila bila . Apajua pergerakan  dan kegilaaan yang mempelopori kerusakan minda dan persekitarannya mesti dihentikan tanpa mengira golongan mana sekalipun demi mengungguli keamanan dan hidup mematuhi peraturan peraturan yang telah ditetapkan . Sistem demokrasi yang mahu diliberalisasikan ini hanya mampu mengundang  perpecahan dan persengketaan serta membinasakan keutuhan dan kedaulatan Malaysia.

Jelas dan nyata kaedah demonstrasi ini adalah cetusan  orang orang YAHUDI yang tidak boleh ditauladani , sedangkan majoriti Melayu Islam mengungguli  aturan agama Islam yang mampu membuka ruang perbincangan dengan penuh adab serta tingkahlaku sejajar dengan sistem Islam yang perlu dikembangkan .

Kepemimpinan Ketuanan Melayu mesti bangkit dan menegaskan dengan jelas  bahawa cara serta kaedah Islam mesti ditegakan dalam apajua perbincangan dalam menyelesaikan segala permasaalahan yang timbul dinegara ini .

Kepemimpinan peringkat tinggi mesti mempelopori kebijakan  tindakan  sejajar dengan dasar dan penekanan Islam . Keberanian mesti ditonjolkan  semata mata untuk memenangkan serta mengagungkan agama Islam yang jelas dijadikan agama resmi dinegara ini . Setelah 53 tahun  Merdeka , seharusnya kemampuan mengungguli pemikiran Islam telah luas dan mampu diterapkan dengan kebijakan  akan suatu kenyakinan  dan ketentuan bahawa Islam adalah agama yang mesti dikembang dan diperjuangkan .


 
KUALA LUMPUR 16 Julai – Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN)  akan mengadakan perhimpunan bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 9 Julai ini  bagi menzahirkan sokongan terhadap sistem demokrasi sedia ada serta usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperberbaiki lagi sistem pilihan raya yang ada pada hari ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata memorandum berkenaan antara lain akan turut menyentuh beberapa cadangan ke arah penambahbaikan sistem sedia ada termasuk isu pemindahan pengundi khususnya oleh parti pembangkang. seterusnya
Sebelum terlanjur Pemuda UMNO(BN) , bukan tidak mampu menyerahkan memorandum melalui saluran yang betul dan tidak mengundang kegusaran awam serta kejelekan tindakan yang tidak memartabatkan adab serta budaya yang semestinya dijaga sebagaimana yang diperjuangkan selama ini . Usah terlalu emosi dalam sesuatu tindakan , apalagi tindakan perhimpunan jalanan ( demonstrasi jalanan ) adalah kaedah yang dicetuskan orang orang YAHUDI , yang hanya memberikan merugikan keberadaan kita disebuah negara yang merdeka tanpa ada kekacauan atau peperangan .  Bertindaklah dengan kebijakan selaras dengan peraturan yang tidak mengundang kecelaruan dan tidak merendahkan adab dan budaya orang orang Islam.




Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand