Penjarakan saja golongan yang mahu mencetuskan huruhara dalam negara

بسم الله الر حمن الر حيم

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan perhimpuan haram yang dirancang oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011  sebagai satu cubaan pihak pembangkang untuk menjadikannya sebagai jalan pintas untuk memenangi pilihanraya dan impian mereka ke Putrajaya.
Pembangkang sebenarnya berselindung di sebalik badan bukan kerajaan itu yang mempertikaikan sistem pilihan raya umum di negara ini bagi merealisasikan niat mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah  memberi penjelasan berkali-kali bahawa pilihan raya di Malaysia dijalankan secara teratur mengikut peraturan sedia ada.
“ Kalaulah mereka membangkitkan isu yang berkaitan pilihan raya kenapa sekarang mempertikaikan soal itu. Kenapa tidak mempertikainya pada pilihan raya lepas,”
“Saya fikir tujuan mereka tidak baik.  Ambiga (Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan) itu kepala saja. Saya tahu di belakangnya ialah pihak-pihak pembangkang apabila Mohamed Sabu diletakkan sebagai timbalan pengerusinya,”
“ Tujuan Bersih mengadakan perhimpunan itu bukan setakat mempersoalkan isu SPR atau perjalanan pilihan raya, tetapi  juga sebagai suatu platform untuk membangkit isu yang mungkin menjadi perhatian rakyat dan seterusnya membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan “
“Mereka dilihat  akan meneruskan momentum ini supaya apabila sampai pilihan raya nanti, kebencian rakyat akan mencapai ke tahap yang tinggi dan menolak kerajaan”
Demonstrasi jalanan bukan penyelesaian terbaik berkaitan dengan sistem pilihan raya negara, sebaliknya mereka boleh menggunakan demokrasi berparlimen untuk membetulkan keadaan.
Pihak polis tidak meluluskan permit perhimpunan kerana tidak mahu kejayaan, kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh negara selama ini akan terjejas hanya kerana segolongan kelompok kecil  yang hanya mementingkan kelompok tertentu sahaja .
Rakyat diingatkan  supaya tidak terpedaya dengan taktik pembangkang yang mengamalkan ‘doube standard’ yang mengunakan isu pilihan raya sebagai jalan pintas untuk memenangi pilihanraya .
“Bila BN menang mereka pertikaikan. Bila mereka (pembangkang ) menang, mereka tidak pertikaikan,”
( Mengenai ura-ura Pemuda UMNO yang mahu mengadakan perhimpuan pada hari yang sama, Muhyiddin menyatakan itu  adalah reaksi yang jelas bahawa banyak pihak tidak bersetuju dengan perhimpunan Bersih )
Kegilaan masyarakat madani ini hanya merendahkan adab dan akhlak rakyat Malaysia  melalui penerapan ideologi mereka secara halus yang jelas di ketuai segolongan telah putus asa dan kecewa dengan keamanan hidup serta persekitarannya . Sedang Rakyat Malaysia sejak kemerdekaaan telah mampu berdikari  dan hidup aman damai serta mengurus kemajuan negara dengan minda dan toleransi semua suku kaum .
( Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay and Arul Prakkash)  : Mereka mereka ini bukan golongan masyarakat madani sebenarnya , jesteru minda mereka tersekat dan diperalatkan bagi memanipulasikan liberalisme dan kesetaraan berselindung disebalik hak asasi kemanusiaan , tetapi sebenarnya mereka hanya mahu memporak perandakan kesejahteraan dan pencapaian serta kemajuan negara ini .
Keamanan serta kebebasan mengikut peraturan sedia ada masih mempunyai ruang untuk mereka mengajukan perbincangan dengan cara dan adab serta kesopanan tanpa membelakangkan keluhuran Perlembagaan Malaysia . Majoriti rakyat  Malaysia masih menyokong dasar dasar kerajaan sedia ada dan masih ada ruang bagi penambaikan dengan menghayati kebijakan pemikiran didalam mencari jalan penyelesaian .
Gagasan yang diuar uarkan golongan itu semata mata untuk mengaburi minda rakyat dan tuntutan reformasi pilihan raya hanya dijadikan sandaran untuk mencari populariti segolongan manusia yang mementingkan kepentingan diri dan kelompoknya , sedang majoriti rakyat masih bebas untuk menyuarakan pandangan dan  mempunyai hak kebebasan untuk mengundi mana mana parti politik yang mereka dokong . Kemenangan pembangkang  yang  mampu memerintah beberapa negeri jelas menunjukkan ada kebebasan dan keadilan dalam sistem pilihanraya yang dijalankan di Malaysia .
Sistem pilihanraya ini menjadi tanggungjawab pihak SPR untuk terus menerus memperbaiki perlaksanaan  serta peraturan pemilih agar sejajar dengan perkembangan persekitaran di Malaysia dan tidak perlu diganggu gugat . Apajua bentuk ketidakpuasan mana mana pihak tentang pilihanraya , masih ada ruang untuk mereka membawa nya kemuka pengadilan dibicarakan dengan secara yang telus .  Tindakan “ Bersih “ jelas tidak menghormati peraturan perundangan sedia ada dan hanya mahu isu ini diperbesar besarkan . Nyata sekali pemikiran golongan liberalisme ini sedikit demi sedikit mengancam keamanan dan ketenteraman awam . Kedaulatan negera langsung tidak dijadikan sandaran bagi mereka untuk menyelami kepayahan  penguatkuasaan mengekalkan persekitaran yang aman damai agar rakyat terus mampu hidup dengan tenteram .
Sejak 53 tahun lalu pembentukan kerajaan dilakukan dengan  mendapatkan sokongan rakyat  melalui Pilihanraya Umum . Walaupun Pilihanraya Umum yang diadakan telah mampu  menegakan keutuhan serta kedaulatan negara ini , tetapi kemunculan “ Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil / Coalition for Clean and Fair Elections “ yang dikatakan diwakili olih segolongan  masyarakat madani hanya memanipulasikan keupayaan minda serta pemikiran orang awam yang memang mudah serta ghairah dengan bentuk  dan gugahan  keterlanjuran yang meminggirkan adab serta kesopanan serta akhlak yang sepatutnya ditunjuki olih golongan yang mendabik dada konon memperjuangkan hak asasi serta kemanusiaan , tetapi natijahnya kehalusan  cara golongan ini hanya untuk  mengundang kerusakan dan  melebarluaskan kepincangan serta kestabilan serta  keamanan dalam  negara .
Keamanan  dan ketenteraman negara ini yang telah dikecapi dan dikekalkan sejak 53 tahun lalu gagal diambil ikhtibar , betapa  keutamaan  hidup  dalam suasana yang tenteram  membolihkan rakyat yang berbilang kaum hidup aman .Keegoan segolongan manusia yang  hanya menunjukkan keegoan diri dengan kecerdikan minda memanipulasikan kedangkalan  dan keghairahan rakyat yang majoritinya masih hidup dalam kesusahan tanpa melihat keutamaan untuk sama sama membantu mencari jalan penyelesaian bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka , jelas nyata konsep liberalisme yang dibawa golongan ini sedikit sebanyak telah mula menular dan memecahbelahkan perpaduan suku kaum dinegara ini .
Kepentingan golongan ini hanya untuk mendapatkan dokongan kekuasaan , sedangkan kebijakan dan pemikiran mereka menjerumuskan rakyat  kekancah kecelaruan dan kemusnahan dalam jangka masa panjang jika pihak berkuasa tidak membenteras pergerakan mereka demi untuk menenangkan kegilaan yang  nyata  sedikit demi sedikit menjurus kearah kemusnahan sosio budaya bangsa .Pemikiran liberalisme  ini adalah senjata yang licik  , yang terang terang diungguli dan dicetuskan olih negara negara kuasa besar dunia . 
Idealogi mereka ini jelas hanya mementingkan  keunggulan pemikiran minda mereka sahaja tanpa melihat keupayaan orang lain serta ruang  lingkup kehidupan  dan  budaya masyarakat Malaysia yang rata rata mengungguli adab ,budi pekerti  dan kesopanan yang tinggi ,  hidup dalam aman dengan kepelbagaian suku kaum yang sekian lama dipelopori  pemerintah negara ini .
Anasir ini mula  bergerak mengikuti  slogan hak asasi dan kemanusiaan , sedangkan halatuju mereka ini hanya memusnahkan entiti kemanusiaan  yang gagal mendepani keamanan persekitaran . Kecelaruan minda golongan liberalisme ini makin menjadi jadi dan kita sedia maklum kuasa kuasa barat memang  mencetuskan minda mereka yang keliru akan keberadaan masyakarat madani yang sebenarnya .  kepentingan mereka hanya untuk memenangkan kekuasaan dan jelas  mereka mereka ini diperalatkan untuk merusak keharmonian yang sedia ada dinegara ini .
Suara rakyat yang diwakili pihak pembangkang  telah sekian lama  mampu mempermudahkan ruang kebijakan dalam menyelesaikan permasaalahan  , akan tetapi golongan liberalisme  yang  mengaku golongan madani ini ,   mereka mengaku sebagai juara suara rakyat , tetapi jelas tindakan mereka ini hanya membawa kearah perubahan yang mengkucar kacirkan persekitaran dan membina jurang  dan menjarakan ruang perpaduan yang sekian lama telah dipupuk oleh pemerintah demi mengujudkan kedaulatan dalam kuasa pemerintahan  negera dari diterobosi keangkuhan  dasar perluasan penjajahan  cara baru melalui liberalisasi minda , ekonomi  dan sosio budaya .Kaedah liberalisme  dijadikan  sebagai alat  mencari kesetaraan dan ketelusan , sedangkan tindakan mereka ini hanya memecahbelahkan kejituan wadah serta peradaban  dalam persekaitaran sosio budaya masyarakat dinegara ini .
Kebebasan serta keberadaan mereka sebagai warganegara sebenarnya dilindungi sepenuhnya oleh pemerintah sedia ada , keamanan dan ketenteraman  mereka dibentangkan untuk membolehkan mereka bergerak bebas dengan kehidupan mereka , tetapi jalan serta tindakan mereka  mengatakan seolah olah mereka terkongkong dan dikongkong  .
Natijahnya sistem kehakiman negara ini mengungguli keadilan semua suku kaum dan mereka mengakui ketelusan badan kehakiman , tetapi golongan ini mengatakan tiada ketelusan dan perlu ditegakan dengan jalan melaungkan suara suara dijalanan yang  pasti mengundang keghairahan dan menghilangkan adab serta kesopanan yang akan bertukar kepada bentuk kekerasan  lalu menarik  pengelibatan lebih ramai orang dan bolih mengakibatkan keamanan serta ketenteraman persekitaran negara terancam .
Jesteru itu pihak berkuasa mesti tegas untuk mengkurantinkan golongan yang sengaja mencari ruang  kedurjanaan , tidak kira ianya dari NGO , parti parti politik pembangkang atau pihak pemerintah . Tindakan awal untuk mencegah perlakuan dan keserakahan minda segelintir golongan yang mahu menjadi petualang dan merosakan kedamaian ini perlu dihentikan dengan segera .
mereka bukan masyarakat madani
 

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand