Felda gagal mengungguli ketelusan sebagai sebuah agensi kerajaan

بسم الله الر حمن الر حيم

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata terdapat  sejumlah 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di 317 tanah rancangan itu di seluruh negara .Daripada jumlah itu, seramai 108,322 peneroka terdiri dari kaum Melayu, 1,097 kaum Cina, 1,522 kaum India dan dan selebihnya kaum-kaum lain.
Pengambilan peneroka  dimulakan sejak pembukaan tanah secara besar-besaran oleh Felda pada tahun 1960 hingga akhir 1989 dan selepas itu kerajaan mengambil keputusan untuk tidak lagi mengambil peneroka mulai 1 Jan 1990. Pada 2006, dikatakan kerajaan ada membuat pengumuman bahawa Felda boleh dibuka semula untuk mengambil peneroka baru jika ada kerajaan negeri yang memberikan tanah, tetapi masih belum ada kerajaan negeri yang bersetuju dan bersedia memberikan tanah , manakala kerajaan negeri  Sarawak ada menyatakan hasrat mempelawa agensi-agensi pembangunan tanah termasuk Felda untuk membangunkan tanah adat, tetapi masih dalam peringkat perbincangan .
Menara Felda setinggi 50 tingkat berhampiran Menara Berkembar Petronas dikatakan begitu signifikan dengan kejayaan 50 tahun Felda sebagai organisasi pembangunan tanah paling berjaya di dunia.
Menara Felda itu merupakan satu-satunya bangunan tinggi di kawasan segi tiga emas yang mengaplikasikan Indeks Bangunan Hijau (GBI) berkonsepkan mesra alam sekitar dengan penggunaan tenaga pada kos yang efektif.Bangunan itu juga mempunyai status Koridor Raya Multimedia (MSC). Menara Felda mempunyai lingkungan kawasan lantai bersih seluas 689,000 kaki persegi dan mempunyai sebuah dewan serba guna yang mampu memuatkan 1,500 orang.

1.      Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada peneroka Felda Kemahang 1 dan 2, selepas gagal membayar semula wang caruman yang disimpan peneroka di bawah tabung wang tanam semula yang diurus agensi itu.
2.      Mahkamah Persekutuan mengarahkan Felda membayar 354 peneroka Kemahang 3, Kelantan sebanyak RM11 juta kerana menipu peneroka berhubung isu KPG.

3.      Felda Serting dan Gugusan Raja Alias di Negeri Sembilan juga memfailkan saman sebanyak RM200 juta ke atas lembaga tanah berkenaan dalam isu yang sama.

4.      654 peneroka Gugusan Felda Maokil, Labis memfailkan saman terhadap Felda bagi menuntut ganti rugi lebih RM80 juta.

5.      Terbaru seramai 711 peneroka dari kawasan Felda Jengka, Pahang akan memfailkan saman terhadap Felda, menuntut ganti rugi sebanyak RM344 juta berikutan penipuan dan pecah amanah yang dilakukan agensi itu. Peneroka terbabit diwakili peguam Sivarasa Rasiah menerusi Ms Daim & Gamany akan memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Temerloh  dengan menamakan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defenden.

The former deputy minister of land and cooperatives Tan Kee Kwong has accused Prime Minister Najib Tun Razak of “destroying” Felda.
Felda or the Federal Land Development Authority is a government agency tasked with handling the resettlement of rural poor into newly developed areas.
In his letter, first sighted on the popular blog “People's Parliament”, Tan said: “I publicly accuse Najib of single-handedly destroying Felda.”
According to Tan, Felda's cash reserve was around RM4.5 billion in 2004, but the amount has since declined by RM200 million. He blames Najib's “mismanagement” of the scheme for this.

Melihat kepada perkembangan Felda dengan  pelbagai dakwaan memanipulasikan sumber kewangan serta penyelewengan diperingkat pengurusan Felda dan kecelaruan perlaksanaan dasar serta  halatuju , Felda dilihat telah hilang kewibawaan untuk membantu pengembangan ekonomi khususnya orang orang Melayu yang menjadi majoriti peneroka disetiap tanah rancangan yang dimajukan. Walaupun dikatakan perolehan Felda amat memberangsangkan dengan pengembangan pasaran serta penerokaaan ekonomi diluar negara , kemampuan Felda kini terus menerus dijadikan perbincangan umum kerana dikatakan tidak mampu telus dalam semua perlaksanaan dasar serta strategi yang telah diambil , hingga menggunakan sumber dana KWSP untuk mengembangkan langkah nya yang dilihat tidak masuk akal serta kemungkinan menanggung beban hutang dan kebangkrapan.
Desas desus tentang kegagalan Felda sebagai sebuah agensi kerajaan yang dikatakan mengaut keuntungan berganda tetapi masih menggunakan dana KWSP ( 6 Billion) dan dikata terus kerugian dalam penerokaan diluar negara adalah sesuatu yang amat memalukan . 
Felda yang telah mengambil alih kilang gula tetapi harga pasaran gula tidak mampu dikawal dan ada kenaikan juga menunjukan kegagalan suatu agensi yang dikatakan kukuh tetapi tidak mampu memberikan kelegaan dan keselesaan pemikiran rakyat mengundang pelbagai persepsi nagetif dan pasti akan menghilangkan sokongan rakyat awam kepada kerajaan yang mengawasi dan mengawal pengurusan Felda .
Pelbagai pendedahan telah dibuat oleh banyak pihak akan kepincangan pengurusan Felda , seharusnya kerajaan mampu tegas dalam menangani kemelut yang berlaku dan tidak terus menerus melindungi segala kecacatan yang ada dalam Felda. 
Samada permasaalahan ini telah diambil tindakan atau masih dalam peringkat kajian , kerajaan seharusnya peka dengan desakan pelbagai pihak dan mengambil langkah drastik agar mampu lebih telus dan tidak menyembunyikan apajua salahlaku diperingkat pengurusan tinggi Felda demi untuk mendapatkan kembali  dokongan majoriti rakyat dalam PRU 13 akan datang .
 

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand