Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

بسم الله الر حمن الر حيم

Assallamualaikum wbt...
Muga kalian sukses dan makin mampu bangkit menjadi penggemar elit seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam.

Bagi peminat /penggemar baru seni suara burung merbuk , mereka lebih suka membeli burung anak, berumur bawah setahun , kerana harganya yang lebih murah. Anak-anak baru yang baik mutunya dijual pada harga RM500 hingga ribuan ringgit. Pada majoriti pandangan penggemar suara merbuk  membeli burung anak  mempunyai risiko yang  sangat tinggi. Merujuk harga anak burung merbuk memang sesuatu yang abstrak  , hanya mereka yang pakar dan penggemar asli saja mampu mengangguk kepala dalam menggilai kehebatan suara merbuk  yang memungkinkan kemenangan dalam pertandingan dan bergelar juara.
Pengalaman seorang penggemar menyatakan beliau membeli seekor  burung anak berharga RM2500 , masih berlulu anak dan suara nya  "guarantee" Champion. Angkatan sentiasa ada, air suara cantik, jalan tengah 7, kong tolak . Setelah setahun dipelihara dan ditatang seperti  anak mas , training tak tinggal, tapi perangainya tak berubah, kurang berbunyi di padang. Di rumah di OK. Beberapa kali masuk pertandingan, tapi tak pernah dapat bendera.....pasti kecewa //.
Jesteru penggemar baru  elakkan beli burung anak, digalakkan beli burung yang telah terbukti semasa pertandingan  dan  bukan yang kita dengar serta obesiti para penjual burung yg hanya mencari keuntungan.
Belilah anak dari baka yang baik, agak susah untuk kita tentukan cara ini, kerana kebanyakan burung datang dari Thailand , malah kita memang tidak berpeluang untuk melihat secara dekat pembiakan dan keabsahan  DNA urutan merbuk yang dikembang biakkan. Jika kita berpeluang sekalipun , pastikan kita meneliti persekitaran pembiakan dan keutamaan pembiakannya , dan sudah tentu sekali meneliti dengar suara anak/merbuk yang memerlukan masa yang panjang bagi memastikan anak/merbuk tersebut memang mempunyai suara yang baik serta kekal , malah mampu dipertandingkan dan menghasilkan kemenangan dimana mana pertandingan yang akan kita sertai.
Pilih burung yang mempunyai kong terbaik yang anda boleh perolehi, kong memainkan peranan terpenting di dalam pertandingan. Tidak kira kong besar, kong tolak atau kong naik.
Dengar air suara yang cantik, jelas (boleh didengar dari jauh), kristal dan ada angkatan.
Cari jalan tengah 3-5. Selalunya burung A jalan 3 sudah memadai, C jalan 5 adalah terbaik. Jalan disini tidak termasuk angkatan dan kong, jika bolih cari yang mempunyai jalan tengah tidak kurang dari 5 ketukan .
Pilih anak burung yang rajin sahaja dan tidak liar , malah untuk kekal bertuah pastikan untuk memilih suara depan /tengah/hujung yang jelas serta teratur  mampu bersuara berterusan  , bagi memastikan ianya memang seekor merbuk yang sihat dan mampu duduk dibawah top ten dalam  mana mana pertandingan , malah kemungkinan antara 3 yang terbaik.
Mempunyai dada yang lebar, leher yang panjang seperti cobra.
Bentuk badan perlulah besar, tegap, dan berbulu kemas. Menurut petua semakin hitam lorek di tengkok burung menunjukkan burung itu berani/ lawan dan burung yang membongkok bila berbunyi menunjukkan burung tersebut rajin. Juga ekor yang meruncing menunjukkan kerajinan berbanding ekor yang berbentuk kipas atau rata dipenghujungnya.
Mata yang jernih/ bersinar.
Paruh yang besar dan pendek berserta lubang hidung yang besar.
Tidak ada kecacatan di anggota tubuh.
Akhir sekali tatangi  merbuk anda dengan ketelitian dlm apajua sisi pemakanan dan kesihatannya , serta sering kali dilatih gantung pada tiang dipadang latihan bagi memastikan ianya serasi situasi pertandingan dan tidak sekadar menggegar gilai telinga anda sendiri sewaktu tergantung dilaman rumah.
Utk mendalami ilmu seni suara merbuk .
Penggemar Merbuk Asean

Comments

ariza irsab said…
tumpang iklan ye. burung merbok siam utk dijual.gred A. area selangor. rm1500 call 0196785225

Popular posts from this blog

ASAS BERTIKTOK

Sifat Calon Ahli Surga