Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand

بسم الله الر حمن الر حيم

Assallamualaikum wbt.

Pada 23/12/2012 bersamaan hari Ahad , secara kebetulan saya dapat meluangkan masa untuk melihat sendiri dari dekat Acara Pertandingan Suara Merbuk yang diadakan di Padang Awam/Futsal Taman Bukit Perdana Batu Pahat Johor .

Saya sebenarnya memang meminati suara Burung Merbuk Siam/Thailand , dan minat itu telah lama tertanam sejak saya masih kecil hinggalah dewasa. Perbedaan disisi aroma meminati keunikan suara merbuk siam ini pasti terletak pada halwa telinga seseorang/individu itu sendiri , walaupun jelas , telah ada merit yang tersendiri diletakan dalam menentukan kelunakan/kemerduan suara merbuk siam dalam pertandingan yang diadakan. Bagi penghobi awal dalam bidang ini mungkin ianya akan terlihat kejanggalan dalam menentukan nya , namun bagi mereka yang memang arif dan teliti dalam menentukan melodi suara merbuk , pasti sudah serasi tentang vokal yang disuguhkan burung kecil ini , yang mana mempunyai nilaian jual beli yg tersendiri , malah aksesori penjagaan yang pelbagai seperti  sangkar , pemakanan serta ubat ubatan bagi menentukan apa yang diingini mampu ditatang setiap waktu hingga mampu menguasai mana mana pertandingan dan menjadi juara atau sekadar terpilih sebagai burung yang terbaik dan untuk mendapatkan hadiah kemenangan yang pelbagai jenisnya.

Bagi mereka yang mahu berjinak jinak dengan hobi ini , diingatkan supaya mempunyai kesabaran yang tinggi untuk mendapatkan burung pilihannya , jesteru pelbagai kefahaman mengenainya mesti dicari dan dipelajari agar tidak terjebak , akibat kerenah pelbagai peminat dan penjual yang sudah lekat halwa telinga mereka dengan kelunakan suara burung dan mampu memanipulasikan situasi dan keadaan serta persekitarannya.
Olih itu dinasihatkan kepada yang masih mahu berjinak jinak , usahlah terburu buru untuk segera bersetuju dan membayar nilai harga ditawarkan , kerana belum tentu si kecil ini akan menjadi idaman dan pujaan peminat lain yang memang sedia menilai kehebatannya, malah masa dan waktu untuk mengangkat kehebatan sikecil ini memang memerlukan kesabaran dan emosi yang tersendiri .

Natijahnya , kehebatan suara merbuk siam ini memang digemari pelbagai suku kaum dinegara ini dan sudah tentu perkembangan seni suara merbuk siam ini akan lebih mekar dan berkembang seandainya keperihatian setiap penggemar mampu kekal dan menyuguhkan pendapat yang tidak berlawanan antara satu sama lain. Jika diamati monopoli jual beli ini dikuasai mereka yang datang dari selatan Siam dan segelintir saja dari Kelantan. Namun kebanyakan kedai jual burung yang sedia , pasti ada menjual burung merbuk siam samada secara aktif atau secara kecil kecilan dan tentu sekali bukan burung yang ada merit serta nilai harga yang tinggi amat tidak ketara , kecuali dikalangan peminat tegar , yang sememangnya mengoleksikan belasan ekor burung , tetapi belum tentu memberikan kepuasan yang sebenar kepada mereka, jesteru mereka sentiasa mencari dapatan anakan yang baru untuk menambah koleksi mereka dan sudah tentu ianya akan melibat perbelanjaan yang bukan sedikit nilainya , kerana seekor anak burung merbuk yang bagus mencapai ribuan ringgit , dan belum pasti ianya akan mengeluarkan suara yang diharapkan dan mampu memenangi pertandingan.


Sebagai peminat baru terjun untuk kembali aktif dalam seni suara merbuk siam ini , saya memang tidak heran dan telah sebati dengan pelbagai keletah dan kerenah penggemar/penjual dimana mana saja pertandingan merbuk diadakan.

Saya juga sudah mempunyai 4 ekor anakan merbuk siam yang sekadar lunak buat halwa telinga sendiri dan kemungkinan juga akan mampu lebih aktif dan memiliki kepakaran serta keterampilan , asal tidak saja kantung sendiri tidak membebankan. Sesungguhnya kelunakan melodi/vokal suara merbuk siam ini memang mudah untuk difahami , namun sukar untuk dirasai demi kepuasan diri sendiri . Jangan sampai kita rugi dan asyik termenung disetiap pagi menggilai si kecil jarang berbunyi , tapi hati sukar untuk melupakannya setiap hari.


Setakat ini buat permulaan ...sesungguhnya banyak pautan yang mampu digarap untuk mendapatkan sumber kefahaman mengenai elusi memiliki seekor burung merbuk siam yang unik buat diri anda..
Andainya anda seorang peminat /penggemar seni suara merbuk siam ..sila kongsikan pengalaman anda.

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga