perpecahan umat Islam Malaysia disebabkan kuasa dan harta ?
بسم الله الر حمن الر حيم
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata : “ Kerana berpecah belah kita menjadi lemah. Kita mungkin lupa 55 tahun dulu,semua orang Islam dan Melayu di negara ini berjuang untuk kemerdekaan dan (menentang) Malayan Union.“Masa itu umat Islam memang lemah tetapi kita dapat tumpaskan Malayan Union kerana kita bersatu padu. Walaupun tiada wang ringgit dan kekuatan lain tetapi kerana bersatu kita boleh mengalah Malayan Union,” baca seterusnya
Tertarik dengan luahan dan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir , adalah sesuatu yang malang meletakan perpecahan umat Islam di Malaysia disebabkan kurangnya perpaduan dikalangan mereka .Natijahnya perpecahan Umat Islam di Malaysia atau dimana mana Negara kuasa mutlak ditangan orang Islam adalah disebabkan pemikiran yang tidak ikhlas , akal dan ihsan mereka hanya tertumpu pada kuasa dan harta , tanpa melihat betapa kuasa dan harta itu akan ditinggalkan apabila sampai masa dan ketika mereka meninggal dunia .
Serakah dengan kuasa dan harta ini adalah punca perpaduan Umat Islam gagal dimanfaatkan , jesteru teraju kepemimpinan mengabaikan keujudan dan kemutlakan Islam yang semestinya dicernakan dengan persekitaran hidup yang mampan dan ditabiri adab serta budi pekerti yang budiman melebarluaskan ekonomi umat Islam.
Kepemimpinan Islam terus menerus melebarkan cengkaman pengaruhnya tetapi gagal menebarkan akal yang budiman tentang keupayaan harta mereka untuk membangunkan persekitaran hidup dikalangan orang orang Islam .
Kepemimpinan terus berlumba lumba mencari ruang dan keberkahan dunia yang terbentang didepan mata mereka dengan kekuasaan yang ada , tetapi gagal menebarkan keberkahan itu dipersekitaranya . Mereka merasakan ujudnya akan kekal dan harta yang dikumpulkan itu hanya untuk tinggalan keluarga mereka saja , sedangkan perolehan itu sebaiknya dilemparkan pada saudara seIslam dengan apacara jua bagi mengembangkan ekonomi ( harta ) yang memang nyata dibutuhkan dalam kehidupan manusia .
Mereka berlumba lumba berkongsi kuasa dan pengaruh dikalangan mereka sahaja , tetapi meninggalkan majoriti umat Islam yang perlu ditatang persekitarannya dengan kekayaan yang mereka perolihi . Sikap kedermawanan dan panjang akal melebarkan wadah dijajaran Islam dengan persekitaran ekonomi menyaingi kemampuan bukan Islam semestinya diberikan keutamaan .
Merreka gah dengan kuasa sebagai pemerintah yang diperolehi sejak merdeka dari tangan penjajah , tetapi gagal mengembangkan wadah ekonomi untuk kepentingan jajaran umat Islam di Malaysia hingga hari ini . Walaupun pembangunan Malaysia sejajar kemajuan dunia , ekonomi dipersekitaran hidup umat Islam diMalaysia masih dipinggirkan untuk dikembangkan dikalangan umat setempat .
Ini bukan bermakna bukan Islam dibiarkan , tetapi keutamaan kepemimpinan Islam semestinya menjadi sinar dan harapan untuk menerangi persekitaran Umat Islam , lebeh lebeh lagi kekuasaan itu ditangan mereka , tetapi kegagalan mengembangkan ekonomi Islam dengan keupayaan sedia ada terus meneruskan ditatang semata mata untuk dilihat gagah dan gah , tetapi akibatnya majoriti umat Islam terus tersepit untuk bersaing dalam menjalani kehidupan mereka .
Persoalan keagamaan (Islam) memang telah nyata dan telah dikembangkan dipersekitaranya , tetapi ekonomi Islam terus ketinggalan , kerana kekuasaan dan kekayaan yang ada ditangan kepemimpinan Islam tidak dikembangkan untuk kemaslahatan Umat Islam , sedang kekayaan yang dikumpulan mereka semestinya mampu membangunkan wadah dijajaran saudara seIslam , apalagi kuasa perintah negera ditangan kuasa orang Islam.
Siapa pun mengakui kemajuan dan kemodenan dunia , ekonomi (harta ) terus menjadi rebutan dikalangan manusia samada orang Islam atau bukan Islam dan pemerintah pemerintah didunia .
Jika kepemimpinan Islam sedar bahawa keupayaan dan kuasa sedia ada itu memang bisa dikembangkan untuk kemaslahatan umat Islam , pasti pemikiran dan keserakahan umat untuk terus mendambakan harta demi meneruskan kehidupan akan beransur gugur jesteru persekitaran mereka didokongi dengan kekayaan dan kekuasaan mutlak pemerintah Islam .
Sekiranya kepemimpinan Islam sedia ada dengan kekuasaan pemerintahan ini dapat menggembelengkan kecerdikan akal dan ihsan mereka membantu umat Islam , pastinya perpecahan ini dapat dkurangkan dan pengembangan Islam akan terus mekar dan orang bukan Islam akan membuka mata betapa pemimpin Islam mampu berjiwa budiman dan teladan , mengongsikan hidup untuk melestarikan persekitaran , termasuk memayungi kebutuhan orang bukan Islam .
Pembangunan Negara itu memang perlu dan persekitaran ekonomi Islam itu lebeh lebeh lagi amat diperlukan dan memang mesti diutamakan , Daripada terus megah dan nampak gah dengan kemampuan mendirikan pembangunan pencakar langit hanya semata untuk diduduki dan ghairah serta serakah , bertelingkah membolot harta umpama hidup tiada penghujungnya , kebanggaan untuk menjadi muslim yang budiman hanya disisihkan sejak merdeka .
Di Malaysia Islam dapat mentadbirkan Negara dengan kekuasaan dan dokongan majoriti umat Islam , tetapi gagal memberikan persekitaran yang nyaman disisi ekonomi untuk umat Islam kecapi , majoriti mereka membanting tulang tanpa dokongan persekitarannya untuk tegak bersaing sama tinggi dengan mereka mereka yang memang telah serasi berada diruangan kemewahan hidup . Inilah natijah yang perlu di berikan tumpuan oleh kepemimpinan Islam sedia ada , jika tidak mahu melihat kekuaaan Islam itu terus pudar dan dipecahbelahkan .
Comments