justly democracy , any parties can lead to govern

بسم الله الر حمن الر حيم

can lead a future goverment....pas real target of jais raid dumc...


Why not? If it gets enough support, it could. Whether it will do a good or a bad one is another issue altogether. In democracy, you don’t always choose the best to govern. In the 2008 general election, PAS came second to PKR among the three PR parties in terms of popular votes. The PKR won 1,529,265 votes that translated into 31 Parliamentary seats, PAS 1,140,598 (23 seats) and the DAP 1,097,752 (28 seats). Umno raked in 2,381,725 votes that translated in 79 seats, the MCA 840,489 (15 seats), the MIC 179,422 (3 seats) and Gerakan 184, 548 (2 seats).


Melayari  internet amat mudah untuk mendapatkan apajua maklumat samada ianya benar atau tidak bukan suatu masalah besar untuk digembar gemburkan . Natijahnya ianya suatu perkara yang jelas membuka minda pembaca untuk sama sama ghairah menilai pemberitaan dengan akalnya .

Jesteru itu , persoalan samada parti parti pembangkang  mampu memerintah dan mentadbirkan Negara ini jelas menunjukan betapa keghairahan tujahan kuasa politik itu amat sebati dikalangan kepemimpinan , jesteru ianya mengaut laba dan populariti bagi mana mana juga individu dengan cara yang tersendiri . Apapun yang melibatkan parti adalah suatu perkara yang mesti ditangani demi kekal teguh didokong dan disokong untuk memenangi pilihanraya yang mampu muncul mendominasi kerusi dan boleh memperolehi ruang kekuasaan untuk memerintah , semua nya bukan mustahil  jika situasi itu dapat dicernakan dengan kesungguhan dan kekuatan kepartian.

Persoalannya PAS yg telah mampu berkuasa di Kelantan sekian lama , masih diselubungi kecelaruan dalam mentadbir negeri , jesteru  untuk mentadbir sebuah Negara yang jauh lebeh mencabar mesti ditangani dengan keterampilan idea untuk mampu melaksanakannya .

Sebenarnya kekuatan PAS masih jauh lagi kearah itu , manakala parti parti pembangkang lainnya hanya akan menjarah wadah perpaduan suku kaum dan membawa kemusnahan dengan perbedaan kefahaman pemikiran mereka . Kekuatan itu mungkin jelas dengan kemenaangan menguasai sebehagian pemerintahan  5 negeri , tetapi jika diterjemahkan ianya gagal untuk mendepani keyakinan majoriti yang mendokong keutuhan perpaduan dalam sebuah Negara berbilang kaun seperti di Malaysia . Akhirnya Barisan Nasional terus unggul berkuasa walaupun tidak mempunyai suara dua pertiga , tapi mampu mendepangkan jangkauannya hanya semata menguasai satu satunya senjata berbisa iaitu keteguhan ekonomi dipersekitaranya .

Inilah natijah sebenarnya , kekuatan memonopoli ekonomi untuk membentangkan jajaran ruang dokongan awam mesti kukuh dan kental , sedang pembangkang masih jauh dan terkial kial untuk memanipulasikan persekitaranya kerana tidak mampu berkuasa dan menguasai persekitaranya . Tentu saja kemampuan itu akan muncul juga jika ada dokongan Negara luar yang mahu melihat kejatuhan kerajaan Barisan Nasional , dan bunga bunga itu semakin jelas dan mendekati persekitaranya.

Kuasa perintah terletak atas kuasa ekonomi yang menjadi tulang belakang menegakan kekuatan parti dan  misi perjuangannya . Oleh itu tidak akan tercapai kekuasaan itu jika mereka gagal untuk mengumpulkan kekuatan dan memonopolikan ekonomi Negara dikalangan dokongan mereka .

Jadi sampai bila agaknya ..senjata ekonomi ini akan terus mampu teguh mendampingi Barisan Nasional , sedang ruang keterbukaan itu terus digugah dan dirubah agar pembangkang gagah melangkah menuju tujahannya untuk mengambil alih kekuasaannya.

Pastinya , isu rasuah , kronisme  dan persaingan membangunkan ekonomi untuk mendapatkan ruang kekuatan dan dana yang mampu dilampiaskan dijajaran akan terus dijadikan perdebatan sampai bila bila pun. Disudut lain pasti akan berleluasa kepincangan disegi  perlaksanaan dan penguatkuasaan dasar dasar yang diketengahkan .Ianya terus mengimbangi kepentingan golongan kepemimpinan samada ianya pemerintah atau pembangkang .
tentu sekali jajaran media massa akan terus gagah membicarakan ulah kedua belah pihak semata mata untuk mengaut keuntungan pasaran yang semakin terbuka , samada ianya mendokong atau dikongkong , media massa ini akan kekal melingkari jatidiri  serta kudrat manusia sejagat.





Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand