1,000,000 umat Islam sokong JAIS & Hasan Ali cegah MURTAD

1,000,000 umat Islam sokong JAIS & Hasan Ali cegah MURTAD

بسم الله الر حمن الر حيم




Dilancarkan pada 6/8/2011. Semoga terus dapat sokongan !!!

Isu kontroversi serbuan oleh JAIS dan polis terhadap Gereja di Damansara Utama yang dikatakan Hasan Ali ada agenda memurtadkan umat Islam memang ada asasnya .


Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Mereka menyertai kegiatan ke...agamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.

Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.

Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.

1740 - 09082011-11992

Comments

Popular posts from this blog

JUSTLY SHARING

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

ASAS BERTIKTOK