Percanggahan Fatwa , Arahan Pentadbiran boleh mengaibkan kemurnian Islam

بسم الله الر حمن الر حيم

Apa sebenarnya yang telah berlaku ?
Adakah Jabatan Mufti Pulau Pinang tidak teguh pendirian dan gagal menjalankan fungsi nya ?
Apakah beza memasang pita rakaman kaset bacaan al-quran dengan individu membaca Al-Quran melalui pembesar suara sebelum sembahyang ?

( Rujuk Fatwa dan hukum tentang  memasang pita rakaman bacaan ayat-ayat suci Al-Quran melalui pembesar suara sebelum sembahyang )
TAG:    Sosial/Syariah
Tarikh Keputusan: 9 Mar, 1982
Huraian Tajuk/Isu:
Hukum memasang pita rakaman bacaan ayat-ayat suci Al-Quran melalui pembesar suara sebelum sembahyang.
Keputusan:
Tidak dilarang untuk memasang pita rakaman bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, sehingga ia tidak mengganggu orang-orang yang sedang melakukan ibadah.
Status Penwartaan: Tidak Diwartakan 
Negeri: Pulau Pinang
PERSOALANNYA : SIAPAKAH YG DIMAKSUDKAN SEDANG MELAKUKAN IBADAH SEBELUM SOLAT SUBUH ?




Pada 6 Jun 2011 .dikatakan  Majlis Fatwa Pulau Pinang telah  memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum solat subuh  adalah dilarang menurut hukum syarak :
Isu Fatwa larangan ini jelas menafikan hak kebebasan dan kemutlakan Islam  ( Al-Quran ) , keujudan Al-Quran adalah ketentuan Allah dan ianya bebas untuk diperdengarkan dimana mana sahaja dengan apacara sekalipun demi mengagungkan kesucian dan kebesarannya . Malah kemajuan teknologi semestinya dilestarikan . Bacaan Al-Quran bukan suatu gangguan jika diperdengarkan didunia ini , jesteru kehebatan Al=Quran itu sendiri yang dijadikan sumber ajaran dan tuntutan Islam .
Persoalannya adakah memperdengarkan bacaan Al-Quran dengan menggunakan pembesar suara  itu akan mendatangkan gangguan kepada orang lain , apalagi jika ianya dilaksanakan didalam kekuasaan dan wilayah jajahan pentadbiran kepemimpinan Islam ?
Jelas percanggahan fatwa dan isu larangan ini hanya membuka ruang kejelekan minda umat Islam .  
Adakah larangan ini sejajar dengan kemurnian Al Quran dan pengembanganya dijajaran dan kekuasan orang Islam ?
---- TARHIM SUBUH --- USAH DIPERLEKEHKAN DEMI MEMURNIKAN AJARAN ISLAM !!!!!!

Comments

Popular posts from this blog

The History of Al Aqsa Mosque

TerkuburnyaTulisan Jawi dan Tamadun Melayu Islam

The destinies of Islam to Malaysia