Perangi lah dengan tegas sebelum kekuasaanmu di rampas .

بسم الله الر حمن الر حيم



“Lihat apa yang berlaku kepada PAS, kerana untuk mendapatkan sokongan dari bukan Melayu, sanggup membuang perjuangan negara Islam dan menganti dengan perjuangan negara berkebajikan kerana ingin duduk semeja dengan DAP dan PKR,” sumber : mediaUMNO


Persoalannya: Adakah Malaysia bukan sebuah Negara Islam?  Kepemimpinan UMNO sedia ada seharusnya boleh menjawab persoalan ini dengan matang serta minda yang terbuka .
Meneliti  luahan kepemimpinan UMNO samada peringkat kepemimpinan tinggi hinggalah kepemimpinan pelapis sedia ada , nampaknya kematangan untuk melaungkan ketegasan tentang dasar dan keutamaan UMNO telah gagal dilestarikan . Islam terus dilondehkan , kepemimpinan UMNO tidak berani tegas dan tegak mendokong keluhuran Perlembagaan .
Bukankah telah jelas  bahawa Islam adalah agama resmi Malaysia ?  Kenapa harus menempelak pembangkang ( PAS ) yang dikatakan gagal berdiri dengan prinsip perjuangan mereka  untuk mendirikan Negara Islam di Malaysia ?

Adakah prinsip perjuangan UMNO selama ini tidak memberikan  keutamaan dan penekanan yang jelas dan teguh terhadap semua  dasar  dan strategi perlaksanaan yang diterapkan diperingkat tertinggi hingga ke akar umbi sejajar dengan tuntutan Islam  ?
UMNO seharusnya teguh dan tegas dalam apajua dasar perjuangan  dan mestinya selaras  dan sejajar dengan tuntutan agama Islam , tetapi kepemimpinan UMNO sebaliknya hanya melaungkan perjuangan Bangsa Melayu (Islam), sedang diluar sana ramai yang memandang dan melihat serta terkujat kujat memapah keringat dan kudrat mendokong bahtera keramat umat .
Kepemimpinan UMNO yang mempunyai kuasa pemerintahan jelas telah meminggirkan keberanian mereka untuk melaungkan dengan tegas bahawa Islam adalah keutamaan  dalam apajua dasar dan strategi yang diadaptasikan bagi membangunkan Negara ini . Keutamaan dasar Islam hanya ditabiri dengan emosi dan ilusi mimpi sejak merdeka lagi .
Inilah natijah kealpaan sebahagian besar kepemimpinan UMNO yang membawa kegelapan dan memporak perandakan  segala usaha serta kudrat yang mendokong dan memayungi persekitaranya . Tak ada gunanya membangga diri melambung tinggi dengan menyelak dan membuka hamparan menyatakan PAS sudah lari dari prinsip perjuangan , tetapi  kepemimpinan UMNO layu dijajaran untuk melazimi keunggulan dan mewarnai laungan dengan keunggulan adab dan sopan santun yang bisa diteladani sejajar dengan konsep dan wacana yang terbeban sealiran dengan  roh dan nur Islam.
Biarkanlah PAS dan PKR melayani persekitarannya , jesteru majoriti mereka adalah saudara minoriti muslim yang masih perlu dibantu kebutuhannya agar kembali murni dijajaran yang sama . Sedang dibalik tabir yang  indah ini terserlah kejituan minda menggusurkan perpaduan Muslim yang majoritinya  hanya mampu melihat dan merasai beban dipinggirkan keberadaannya ditanah bertuah ini .
Mereka diadu dombakan dengan keserakahan dan kepayahan mengekalkan halaman yang sekangkang kera tanpa bantuan dek kerana kemiskinan dan terperosok dibalik batu batuan yang gagah mengepungi laluan dan impiannya .
Tiada apa yang nak dibanggakan , jika kepemimpinan asyik bertelagah dengan kekuasaan , sedang natijahnya mereka terus hanyut dan terdampar dek kealpaan mereka menatangi wadah yang sedia digenggam tapi gagal disandarkan untuk kemanfaatan dikalangan mereka bagi memupuk ukhuwah dan daulah Islamiah .
Tegakan lah kemutlakan , jagai  hak muslim dan non muslim disisi kekuasaan yang ditatang , jangan biarkan mereka terus menyesatkan pendirian . Keberanian tegas dan teguh nenegakan hak muslim dan non muslim mesti dilaungkan tanpa batas dan sempadannya agar kepaduan suara itu didengari . Sudah sampai masa kalimah ALLAH dibawa kemana mana jua jika benar UMNO telus dengan prinsipnya  .  Perangi lah dengan tegas sebelum kekuasaanmu  di rampas .
GENGGAM BARA API

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand