Kajian Sabjek Mathematic , Sains terus dipolemikan , keutamaan sabjek agama Islam didiamkan .

بسم الله الر حمن الر حيم


Reformasi pendidikan terus dijadikan bahan kajian yang merugikan  wacana membangunkan insan sejajar dengan perkembangan  modenisasi dunia yang semakin tiada sempadannya . Jika bahasa pengantar terus di polemikan sekadar untuk kepentingan politk tanpa melihat  manfaat persekitaranya , jelas ianya hanya merugikan anak bangsa kita untuk menguasai  keterampilan minda dalam menguasai ilmu sejajar dengan perkembangan teknologi pendidikan  menyeberangi sempadan dan jajaran dunia masa kini .


Tidak salah jika sabjek Sains diajarkan dalam bahasa Inggeris  , sedangkan ianya telah lama dipraktikan dan kebingungan pemimpin meletakan dasar yang  teguh mengenainya jesteru hanya menjerumuskan minda  anak bangsa kepada kemunduran akalnya . Memertabatkan bahasa  kebangsaan ( Malaysia ) bukan alasan  untuk tidak teguh  mendepani  kesediaan  mengekalkan  dasar sedia ada  , kerana persekitaran dan perkembangan serta kepentingan global  mampu mendidik  anak bangsa terus maju dan mengadaptasikan  persekitaran  kemodenan  tanpa memesongkan jatidiri  untuk menguasai  dan memahirkan diri  dalam bahasa ibundanya .

Kegusaran itu seharusnya tidak dijadikan sandaran , sedang keutamaan mengembangkan  daya  persaingan itu mesti dilestarikan tanpa  melihat kebelakang hanya semata mata tunduk dengan  saranan yang langsung tidak membina kekuatan bangsa untuk terus maju  setanding kemajuan pembangunan dunia . Pengajaran sabjek Mathematic  dan  Sains  dalam bahasa Inggeris semestinya dikekalkan . Penggunaan dwibahasa hanya menambahkan kecelaruan pemikiran  pendidikan Negara , yang akhirnya  anak bangsa sendiri dibebankan dengan kecelaruan  hanya semata mata kepentingan segelintir golongan  yang memang telah berjaya dan berkuasa  tetapi rakus dan dayus menatang kebijakan untuk anak bangsanya muncul  dengan keterampilan dan kegemilangan dipersekitarannya.

Kajian demi kajian yang dijalankan Kementerian Pendidikan hanya suatu pembaziran , sedang yang nyata  bahasa pengantar Mathematic dan Sains  dalam bahasa Inggeris telah memberikan ruang  untuk anak bangsa menguasai keterampilan  sejajar pembangunan Negara dan mengadaptasikan persekitaran kemajuan antarabangsa di dunia nyata .



Lebeh memalukan pemerintah gagah mengarahkan kajian dilakukan tentang sabjek tersebut , sedangkan ianya hanya merugikan masa dan dana kerajaan , walhal  jelas  dengan akal sabjek Mathematic , Sains dan Inggeris  yang dilaksanakan sekian lama itu telah membuka ruang kebaikan bagi anak bangsa . Mengapa ianya mahu terus dinafikan persekitaranya . SEDANG sabjek agama ISLAM  dan tulisan JAWI ( ARAB)  yang mampu mendekatkan kerohanian dalam menentukan keteguhan tauhid dan kemutlakannya , didiamkan tanpa kajian untuk dikembangkan dan dijadikan sabjek wajib lulus dalam peperiksaan . Apakah keutamaan agama Islam itu hanya untuk hiasan tanpa ada kesungguhan kepemimpinan  untuk  teguh dan kekal menekankan betapa penting sabjek agama Islam dan kemahiran JAWI( ARAB )  itu dikembangkan , jesteru ianya amat memberikan manfaat dan kepanjangan akal untuk teguh dan kekal diagungkan .
Jika kepemimpinan tidak mempunyai rasa bangga untuk teguh mendaulatkan agama ISLAM dan kemahiran penggunaan JAWI(ARAB) , jelas dan nyata kepemimpinan Negara ini telah buta mata dan akal budinya telah musnah ditabiri kuasa dan hartanya . Menafikan keutamaan persekitaran dan kepentingan agama Islam itu menjauhkan wacana kebanggaan kita umat Islam yang sedia mempunyai kekuasaan dipersekitarannya , tetapi tidak gagah dan berani menguasai  dan menghiasi kemurniaan yang diagung agungkan . Inilah perbedaan yang jelas dipinggirkan  dikalangan pakar pakar pendidikan  majoriti umat Islam , mereka gagah mempolemikan sabjek Mathematic dan Sains melalui kajian kajian yang berpanjangan , tetapi tidak acuh dan teguh akal budinya memanipulasikan kemutlakan genggaman Iman untuk mendaulatkan keagungan Islam .

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand