Taiko Melayu angkat parang

بسم الله الر حمن الر حيم

Saman fitnah RM200 juta oleh Taiko Melayu  terhadap editor  dan kuncu kuncunya ,  yang memfitnah dan mencemarkan intergriti  individu itu  akan terus dijadikan  perbualan umum . Keceluparan dan keteledoran  sesetengah editor  yang sengaja memaparkan berita tanpa fakta yang menyokongnya semata mata mahu mengaibkan atas  kepentingan golongan serta  memanipulasikan persekitaran politik serta ekonomi demi keuntungan jangka pendek atau panjang kini sudah mencapai penghujungnya , bila Taiko Melayu itu memanjangkan saman fitnah RM200 Juta Ringgit terhadap The Malaysian Insider  .
 



Sebelum ini Rais Yatim telah menyaman blogger yang memfitnahnya RM1 Juta . Memandangkan  ruang pemberitaan tanpa batasan ini menggamit orang awam untuk membacanya dan tentu  ramai yang percaya dan mengiyakan jesteru tidak mengetahui duduk perkara yang sebenarnya , malah ramai yang terikut ikut untuk  melebarluaskan jajaran fitnah atas perkongsian maklumat yang dipaparkan .
Trend politik Malaysia sejak kebangkitan reformasi  garapan DSAI telah merebak dan memungkinkan keterlibatan ramai orang untuk sama sama gagah melebarluaskan pengaruh dan kepentingannya , fitnah terus dijadikan sandaran , kini saman mahkamah  diambil  untuk membungkamkan keceluparan orang . Menang atau kalah bukan suatu persoalan untuk golongan yang kaya dan disokong dengan kekuatan  kuasa dan pengaruh ekonomi  dibelakang  mereka , semata mata untuk menjaga kepentingan mereka , apa saja jalan yang memungkinkan pasti diambil  untuk menegakan keadilan dan kebenaran , seterusnya meraih apajua ruang yang ada dihadapannya.
Tradisi  memohon maaf  tidak lagi mampu diterjemahkan , jesteru fitnah dan aib yang dipromosikan  memang menyakinkan ramai orang  , malah kadang kadang membuka ruang kepincangan yang boleh meruntuhkan kuasa dan pengaruh  serta kepentingan individu yang diaibkan . Lantaran itu tindakan Taiko Melayu ini mungkin akan membuka mata ramai editor media massa dan kelompoknya untuk lebeh waspada dalam menyiarkan berita  dengan fakta  yang benar , tanpa ada tujuan untuk mengaibkan individu atau golongan .
Tentu sekali trend ini akan menjadi  jambatan  bagi menjernihkan situasi dan persekitaran politik khususnya  pemberitaan yang bebas di media massa di Malaysia , serta mampu mengekang kebiadaban dan keceluparan segolongan manusia yang  rakus mengejar kekuasaan dan pengaruh ekonomi demi kepentingan kelompok mereka.
Apapun yang akan berlaku pasti akan merubah wajah peradaban dan budaya orang Melayu , kepincangan minda Melayu , atau lebeh dari itu membenamkan  jatidiri dan entiti orang  Melayu  itu sendiri  dalam menegakan amalan sistem demokrasi dan memayungi  hak serta kebebasan dalam jajaran hidup dan kemanusiaan .
                                                                                                                                            
(Bernama) - Former executive chairman of Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli has filed a RM200mil suit against a news portal over the publication of a article on the airline suffering losses of RM8bil.
He named The Malaysian Insider Sdn Bhd, its chief executive officer Jahabar Sadiq and journalist Shazwan Mustafa Kamal as defendants.
Tajudin, who was the MAS executive chairman between 1994 and 2001, filed the suit last Aug 18 at the Civil High Court registry here through the legal firm of Lim Kian Leong & Co.
The case has been set for case management before judge Harmindar Singh Dhaliwal on Sept 19.
In the statement of claims, Tajudin stated that the portal had published defamatory words in an article, with the title "MACC clear A-G of graft allegations", on May 31, 2011.
He claimed that the article was published after the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) revealed the outcome of its graft probe against Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail.
Tajudin claimed that the article was published with the intention of reflecting that he was implicated in the investigation against the Attorney-General.
Tajudin claimed that the portal also repeated the defamatory words in other articles, despite a letter sent to it to not do so.
He said The Malaysian Insider, when responding to his letter, stated that the words in the article were not defamatory and that they had obtained the information from multiple sources.
Besides general damages of RM200mil, Tajudin is also seeking aggravated damages and interests.

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand