Kuasa DYMM Yang DiPertuan Agong, pemayung Agama Resmi (ISLAM) dilucutkan.

بسم الله الر حمن الر حيم

Larangan tersebut dibuat atas alasan bahawa amalan bacaan al-Quran bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang bukan Islam ? Dimana letaknya HAK DAN KEBEBASAN ,KEMUTLAKAN  ISLAM DIDALAM WILAYAH DAN KEKUASAANNYA ?
Sedangkan  bacaan Al Quraan dengan menggunakan pembesar suara  sebelum subuh telah lama dipraktikan dan ianya selaras dengan kemajuan teknologi dan hak kemutlakan  serta  kebebasan Islam di Malaysia yang jelas nyata adalah Islam adalah agama resmi .

Jesteru tindakan ini ada kepentingan politik  dimana pemerintahan kerajaan Pulau Pinang ditadbir oleh DAP dan  kepemimpinan Islam ditekan supaya akur dengan keputusan kerajaan negeri , akan tetapi ianya jelas telah meceroboh hak kebebasan dan kemutlakan serta kesucian Islam .
Tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh , dilihat akur dan tunduk dengan kekuasaan orang bukan Islam . Tindakan ini amat memalukan dan mencemarkan kekuatan dan keteguhan umat Islam dalam menatang kemurnian Islam dinegara ini . Malah ianya jelas  merendahkan akal budi kepemimpinan  di Pulau Pinang dan langsung tidak menghormati payung ketuanan Melayu Islam ( DYMM yang DiPertuan Agong ) sebagai payung yang menjunjung kedaulatan Islam diseluruh Persekutuan Malaysia.
Inilah detik detik kemurnian Islam dicerobohi . Hak kebebasan dan kemutlakan Islam terus diremehkan dan digusur sedikit demi sedikit , tetapi umat Islam terutama kepemimpinan Islam gagal tegak dengan keyakinan tentang kemutlakan dan kekuasaan  Islam yang dinobatkan sebagai agama akhir zaman dan dijadikan agama resmi di seluruh Persekutuan Malaysia.
Kepemimpinan Islam dinegara ini mesti bangkit dengan  keberanian dan kekuatan yang ada demi menatang keunggulan Islam agar orang orang bukan islam tidak sesuka hati mencerobohi kewenangan Islam untuk diagungkan dengan kebebasan dan kemutlakan diwilayah dan persekitarannya.
Kegagalan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mempertahankan hak dan kebebasan serta kemutlakan Islam memang amat memalukan semua umat Islam di Malaysia . Umat Islam mesti teguh dan berani menegakan kebenaran . Pembacaan ayat ayat suci Al Quraan menggunakan  pembesar suara sebelum subuh adalah selaras dan sejajar dengan keutuhan yang mutlak dan kebebasan  Islam yang jelas nyata adalah agama resmi di negara ini .  JHEAIPP jelas bacul dan terikut ikut dengan saranan orang bukan Islam yang jelas memberikan tekanan , tetapi tindakan menerima saranan dari bukan Islam itu amat memalukan jatidiri orang Islam , semata mata mahu menghormati permintaan orang orang bukan Islam. Perlu dinyatakan bahawa orang bukan Islam diberikan kebebasan yang sama dan JHEAIPP sepatutnya tidak tundukan dengan tekanan pentadbiran kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir oleh bukan Islam yang jelas sengaja mahu menghalang kebebasan orang orang Islam .
DIMANAKAH KEKUATAN JATIDIRI UMAT ISLAM PULAU PINANG DALAM MENATANG HAK KEBEBASAN DAN KEMUTLAKAN ISLAM YG DITATANG SELAMA INI ? DIMANAKAN KEKUASAAN RAJA RAJA MELAYU ISLAM YG DIWAKILI DYMM YANG DIPERTUAN AGONG YANG BERTANGGUNGJAWAB MELINDUNGI KEPENTINGAN, HAK KEBEBASAN ISLAM UNTUK DINOBATKAN DISELURUH PERSEKUTUAN MALAYSIA .
ADAKAH MAJLIS FATWA ULAMA MALAYSIA JUGA SEJAJAR DENGAN MAJLIS FATWA ULAMA PULAU PINANG DAN FATWA ITU DISEMBAH BINCANGKAN PADA DYMM YG DIPERTUAN AGONG ( MAJLIS RAJA RAJA MELAYU – ISLAM ) ? DIMANAKAN LETAK KEWIBAWAAN ULAMA YANG MENATANG KETUANAN RAJA RAJA MELAYU ISLAM YG MENJADI PAYUNG AGAMA RESMI  DINEGARA INI . ADAKAH MINDA ULAMA ISLAM TELAH HILANG DAN KABUR SERTA  JUMUD AKALBUDINYA DALAM MENEGAKAN HAK KEMUTLAKAN DAN KEMURNIA ISLAM ..SEDANG HAK KEBEBASAN ISLAM ITU DIHALANG HALANGI OLEH ORANG BUKAN ISLAM . APAKAH ORANG ISLAM PERLU TUNDUK DENGAN KEMAHUAN BUKAN ISLAM YANG HANYA GOLONGAN MINORITI DIMALAYSIA , WALHAL ISLAM ADALAH AGAMA RESMI DIMALAYSIA YANG SEMESTINYA MEMPUNYAI HAK KEBEBASAN DAN KEMUTLAKAN KUASA DISELURUH PERSEKUTUAN DAN WILAYAH KEKUASAANNYA.


The Star  “Ramadan delights” Iklan daging khinzir

 
Friday August 12, 2011
Apology to Muslim readers
WITH reference to our Dining Out supplement on Wednesday titled “Ramadan delights”, we inadvertently included non-halal restaurants.
We sincerely apologise for causing any offence or distress to our Muslim readers for this regrettable oversight.
Setelah kelancangan mereka ( Bukan Islam ) terhadap wilayah dan kekuasaan Islam yg dicerobohi  dengan sewenang wenangnya dan sengaja mahu meremehkan kemurnian Islam , mereka  tanpa segan silu mengajukan maaf , hanya semata mata mahu mengabui dan umat Islam . Mereka sebenarnya telah tahu paparan iklan itu memang  akan mengundang kemarahan umat Islam , tetapi sengaja menyiarkannya . Inilah bibit bibit keceluparan mereka yang sengaja mahu  mencari publisiti murahan dengan memperjudikan kemurnian agama Islam .
Jelas dan nyata tindakan mereka ini adalah gerakan untuk melangkaui hak kebebasan dan kemutlakan Islam dibawah kekuasaan ketuanan Melayu Islam dinegara ini . Jesteru itu kepemimpinan Islam usah jadi bacul untuk menegakan kebenaran demi kuasa ISLAM YG MUTLAK di Malaysia .

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand