Sambut Merdeka Dengan Pendekatan Berbeza

Perdana Menteri Rakyat Sambut Merdeka Dengan Pendekatan Berbeza
بسم الله الر حمن الر حيم

Memang diakui selama ini rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia dengan cara yang berbeda beda diantara suku kaum di Malaysia . Mengibarkan bendera Malaysia semata mata pada mereka yang ada terlebeh dana untuk mendapatkan bendera tersebut , tetapi lain pula bagi mereka yg jelas tiada kemampuan untuk mendapatkannya . Inilah perbedaan yang ketara bagi rakyat Malaysia . Perbedaan itu bukan disebabkan sambutan Merdeka ke 54 jatuh sama tarikh HariRaya bagi umat Islam , nyata sekali kedaifan sesetengah warga Malaysia masih teraku dan terpancar diwajah wajah rakyat yang kekeringan kudrat untuk menyarakan keluarga mereka , bukan dalam perkara perkara makan minum saja tetapi lebeh dari itu tuntutan membesarkan zuriatnya semakin mencabar sedang perolehan pendapatan mereka tetap tidak mencukupi menanggung bebanan kekeluargaan.

Bukan tidak bangga dengan kebebasan yang ada , dijajah negara , dipecahbelahkan suku kaumnya , sedang ekonomi dan kekuatan persekitaranya terus dimonopoli si penjajah dengan kerabat kepemimpinan yang masih terus terjerat , walhal Islam dijadikan jajaran masih tidak mampu memberikan kesedaran pada kekuasaan dan hartabenda yang dikaut oleh rakan taulan yang berkuasa dengan pengaruhnya dan tunduk dengan dasar tinggalan penjajah dinegara ini .

Mampukah penguasa sedia ada mengorak langkahnya , memulangkan keadilan sosial dipersekitaranya setelah 54 tahun memerdekakan dirinya ?

Adakah gagah ketuanan kita dengan menduduki mahligai indah , sedang majoriti rakyatnya terus dibodohi agenda dan polemik  gergasi ekonomi yang meminggirkan sebahagian besar hak dan kemutlakan yang seharusnya diberikan keutamaan ?

Memang mudah untuk melaungkan perjuangan tetapi , kealpaan memagari kekuasaan dan serakah dikalangan hartawan yang terus mengumpulkan kekayaan tetapi kedekut untuk menyumbangkan sisihan harta yang dikumpulkan . Mungkin juga kehilangan dokongan akan membuka ruang keinsafan pada setiap insan yang dinobatkan memangku kekebalan memagari ekonomi kepunyaan hak semua orang . Globalisasi memanipulasikan demokrasi dan hak kebebasan . Swasta terus mencengkam dan memperhambakan persekitaranya , sedang penguasa gagal untuk mengimbangi kuasa dan pengaruhnya .


KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak seluruh rakyat Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ke-54 dengan pendekatan berbeza kerana ia jatuh sewaktu Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata setiap tahun pada 31 Ogos, rakyat mendapat cuti umum dan mengadakan sambutan hari kemerdekaan secara besar-besaran di Dataran Merdeka serta mengibarkan Jalur Gemilang dengan bangga di rumah dan tempat kerja.

“Ia merupakan hari yang diraikan dengan penuh kebanggaan dan kesyukuran dalam memperingati waktu negara kita menjadi bebas daripada cengkaman penjajahan Barat.

“Pada tahun ini, apa kata kita renungkan apakah signifikasi hari ini kepada kita dan bagaimana setiap daripada kita memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara kita ini,” katanya dalam entri terbaru blog beliau www.1malaysia.com.my bertajuk ‘Kita Rakyat Malaysia’.

Najib berkata ramai rakyat tidak menyedari bahawa mereka merupakan penyumbang penting terhadap pertumbuhan dan kemajuan negara.

“Anda mungkin merasakan bahawa pekerjaan anda adalah terlalu kecil dan remeh jika dibandingkan dengan ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin korporat negara.

“Tetapi pada hakikatnya, setiap orang di negara ini merupakan sebahagian daripada tenaga kerja ekonomi negara dan masing-masing mempunyai peranan yang sama dalam pembentukan dan pembangunan negara,” berita lanjut

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand