projek Lynas: Orang Asing kaut keuntungan berganda , rakyat terus merana

PAS , PKR  tetap tolak projek Lynas

بسم الله الر حمن الر حيم

Persoalan tentang projek Lynas bukan semata mata tentang pelupusan bahan tercemar toksid , tetapi ianya adalah pertarungan merebut hasil keuntungan melibatkan pihak swasta dinegara ini , yang jelas didokong pemerintah . Apalagi pelabur luar yang mendominasi persekitaranya semata mata kos yg rendah untuk mendirikan projek tersebut dinegara ini , hanyalah suatu jajaran untuk meluaskan pegangan ekonomi dipersekitaranya . Kepemimpinan pemerintah dan pembangkang terus gagah mendepangkan tangan dan menyingsing lengan untuk menegakan kebenaran , dalam waktu yang sama orang asing terus ketawa melihat gelagat mereka yang alpa dengan kebijakan serta keterampilan menatang laba dan keuntungan yang disuguhkan .

Tempias keuntungan pasti jatuh pada kelompok yang menyokong dan mereka yang melihatnya terus geram dan gagah untuk menggagalkan usaha tersebut . Inilah natijah minda kepemimpinan Melayu yang terus menerus buta mata untuk memupuk kerjasama antara mereka jesteru untuk merebut kuasa dan pengaruhnya . Masyarakat awam hanya melihat kehairanan dan pastinya terpaksa menelan apa saja yang disuguhkan dipersekitarannya .

Siapakah yang berkuasa sebenarnya ? Tentu sekali dana berjuta juta ringgit menjadi pertaruhannya . Rakyat hanya kepenatan menyuguhkan kudrat membangunkannya dengan laba yang tak seberapa , tetapi ditunggu dengan bala bencana yang pasti tiada siapa yang bisa menjawabnya ? Sisa sisa buangan  itu tetap mendatangkan masalah dan bebanan kepada negara kita . Pihak swasta terus membiarkan mereka bersengketa asal keuntungan tetap bergolek dan memenuhkan kantong mereka . Dijajah salah tak dijajah pun salah . Merdekakah Rakyat sebenarnya ? Barat dan sekutunya akan terus berada disini dan mendominasi minda rakyat Malaysia .


KUANTAN, 25 Ogos: PAS Pahang tetap menentang projek Lynas walaupun ada percanggahan dalam kenyataan pakar-pakar, yang sebilangan kecilnya dalam PAS yang mengatakan ia tidak mengundang bahaya kepada manusia dan alam sekitar.Dalam satu kenyataannya hari, Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata beliau tetap menghormati kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang anggota parlimen PAS, Dr Che Rosli Che Mat, walaupun pendapat beliau berbeza dengan pendirian parti dan Pakatan Rakyat dalam hal ini.

“Kenyataan beliau berupa hak dan kepakaran pandangan peribadi yang harus dihormati. Ini tidak menjadi masalah kepada parti, malah parti meraikan perbezaan pendapat ini dalam juzuk selaras dengan landasan demokrasi,” terang beliau.

Sebelum itu, Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS menjelaskan bahawa PAS Pusat akan turut mendapatkan keterangan berhubung kenyataan Che Rosli, ahli parlimen Hulu Langat yang mengatakan Lajnah Penerangan PAS Pusat melarang beliau mengeluarkan kenyataan tentang nuklear terutama mengenai Lynas.

Sehingga kini, terang Tuan Ibrahim, beliau yang baru menjawat jawatan Ketua Penerangan PAS Pusat selama 2.5 bulan ini tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan sebarang kenyataannya tentang nuklear termasuk berhubung dengan isu Lynas.

Dr Che Rosli dalam laporan Buletin Utama TV3 semalam mengatakan beliau sudah lama bersabar dalam perkara itu sebab Penerangan PAS Pusat melarang beliau membuat kenyataan berhubung nuklear termasuk mengenai isu Lynas. Selain itu, Che Rosli turut mengkritik akhbar rasmi PAS, Harakah kerana bersikap tidak adil terhadap beliau berbanding Ahli Parlimen Kuantan dari PKR, Fauziah Salleh yang sering disiarkan kenyataan-kenyataannya berhubung nuklear dan isu Lynas yang bertentangan dengan pendiriannya.

Mengenai kenyataan Che Rosli yang mengenai bahawa kilang loji nadir bumi Lynas tidak membawa ancaman, Tuan Ibrahim berkata bagi pihak PAS, rakyat perlu didahulukan dalam hal ini.“Kebimbingan risiko akibat projek Lynas oleh orang ramai, terutamanya penduduk Kuantan tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Rakyat mempunyai hak terbesar yang mesti didengar semua.PAS tetap melihat projek ini tidak mendatangkan apa-apa manfaat selain peluang pekerjaan hanya cukup menampung beberapa kerat pekerja tempatan; berbanding dengan risiko yang sedang menanti,” tegas beliau.

Projek Lynas sebagaimana projek be-risiko tinggi yang lain, katanya sekiranya mengikut semua pakar nuklear, tidak akan mendatangkan ancaman dan bahaya dalam keadaan normal.“Bahkan loji nuklear pun dikatakan selamat, begitu juga loji tenaga dan seumpamanya. Namun, apabila berlaku sesuatu di luar kawalan manusia seperti yang terbesar kecuaian manusia sendiri, gempa bumi, banjir, tsunami dan lain-lain – apakah pada waktu itu baru kita hendak mengakui bahawa ia telah menjadi satu ancaman?” soal beliau.

Menurut Tuan Ibrahim, penduduk di sekitar Gebeng dan Kuantan masih teringat projek nadir bumi di Bukit Merah pada 1980an – semasa ia diluluskan, ia juga dikatakan tidak bahaya dan tidak mengancam manusia dan alam sekitar.“Akan kini setelah terbukti ancamannya, ke mana semua pakar yang berhujah pada masa itu bahawa ia selamat? Semuanya senyap menyepi – yang menanggung bala adalah penduduk di sekitar kawasan loji tersebut, bahkan sisa toksiknya masih belum diselenggara sepenuhnya dengan baik sehingga kini.

Percayalah, bila loji di Gebeng bertukar menjadi ancaman, orang asing dan tempatan beserta pakar yang menyokong loji ini akan mencari mangsa untuk dipersalahkan, lebih teruk lagi senyap menyepi tanpa sesiapa yang sanggup berdiri keluar untuk bertanggungjawab kepada akibat yang berlaku,” selarnya.Rakyat Pahang rata-ratanya sehingga kini ingin tahu ke mana sisa radioaktif akan dilupuskan, kata Tuan Ibrahim, dan sekiranya ianya tidak bahaya seperti yang dinyatakan, pihak yang menyokong penubuhan kilang ini dicabar untuk menyatakanlah sebuah negara yang sudi terima sisa toksik ini.

“Apakah sisa ini akan ditanam dalam bumi kita – isi dan untung mereka yang dapat tapi sisa dan toksik rakyat kita yang tanggung?PAS Pahang berdiri teguh bersama rakyat Pahang yang menentang projek ini, dan bagi sesiapa yang menyokongnya, bolehlah usahakan agar projek ini dibawa ke kawasannya, dan tengoklah apa reaksi pengundinya di sana.

Carilah negeri lain yang rakyatnya sedia dan sanggup terima, itupun jika dapat cari,” bidas beliau.Mengenai tindakan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah menetapkan 11 syarat dikeluarkan untuk pertimbangan Lynas dan AELB (Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia) sebelum projek kilang tersebut diteruskan, Tuan Ibrahim mengingatkan rakyat bahawa badan ini merupakan badan yang juga menggalakan pengunaan tenaga nuklear di dunia.

“Menurut President Sahabat Alam Malaysia (SAM) S. M. Mohamed Idris, badan inilah yang membuat perakuan loji nadir bumi di Bukit Merah tidak membahayakan orang ramai. Tapi sekarang, apa yang sudah berlaku ?PAS Pahang tetap berpegang bahawa suara rakyat jadi penentu. Kita akan terus mendesak sehingga projek ini dibatalkan. Rakyat Pahang akan memberikan jawapan yang jelas menentang hal ini apabila datang PRU-13 nanti,” tegas beliau lagi.




The issue of LAMP is complex and multi-faceted. Thus the decision to be made on LAMP’s safety and consequently justifying LAMP’s presence in Gebeng must involve input from experts of various disciplines.

On that premise, we have consulted local experts (to say that we don’t trust local experts is not true and misleading) from the various disciplines in order to arrive to the conclusion on opposing the presence of LAMP in Gebeng.

Experts consulted from the various disciplines were:
1) Public Health Experts:
1.1) Toxicologists – Dr Jayabalan and Dr Dzulkifly Ahmad
1.2) Epidemiologist – Dr Chan Chee Khoon
2) Chemical Engineer with specialisation in environment – Prof Dr Tan Kah Kheng
3) Chemical Engineer with expertise and specialisation in metal and corrosion – Dr Lee Chee Hoon
4) Lawyer with expertise in international environmental law – Prof Dr Gurdial Singh
5) Nuclear Physicist – En Ahmad Bungsu

Rare Earth extraction and refinery is an area which is totally new in Malaysia and for that matter a totally new area everywhere else in the world outside China. We do not have a benchmark to look up to. Even though we have proposals of a few Best Practises, there are none Best Practise in operations as yet.

That is why journals and publications from other Parliaments needed to be sought before a responsible decision can be made. All these efforts were taken up in the interest of the Rakyat, Demi Rakyat! Which I must emphasise is what we have responsibly done and followed up with.
TV3 and Karam Singh Walia primetime appearance is just a concerted plot by the BN administration to continue with their agenda of protecting Lynas for their own benefits and not for the Rakyat.

By just engaging in expert from one discipline and omitting local experts from other relevant disciplines exposes BN’s selfish agenda in denying the interest and the well-being of the Rakyat contrary to their people first policy.

What is stopping TV3 and Karam Singh Walia from engaging with all these other experts? Why? Because these other experts do not concur with the stance of the BN government and they refused to be used as tools towards BN objectives and goals.

Why do TV3 and Karam Singh Walia not engage with MMA, SAM, CAP, Bar Council, all of whom have made very strong positions and statements citing very strong supporting arguments on why LAMP must not be given the license to operate?

TV3 and Karam Singh Walia’s continuous efforts to discredit me and personal attacks on me, go to strengthen my assertion that the whole exercise is a political ploy of the BN government who is so desperate and worried about their inability to continue staying in power. By discrediting me, BN is using its mouthpiece, TV3 to embark on an early campaign prior to the elections.

Defamatory efforts by TV3 and Karam Singh are not in the interest of the Rakyat but in the interest to serve their political masters which is clearly the BN administration.
Thus on that note, I hereby would like to serve my letter of demand prepared by my lawyers to TV3, Karam Singh Walia and Ti Lian Ker.

Going back to the issue of making the right decision on the presence of LAMP in Gebeng, the BN federal government as well the state government has totally ignored and turned their backs on the safety of the people of Balok, Gebeng as well as the greater community of Kuantan. No public consultation took place from the initial stage and the project would have gone totally unnoticed had we not raised the issue. Instead the government continued to be arrogant and dismissive ? and latest resorting to dirty defamatory tactics.

Listen to the concerns of the Rakyat and let the Rakyat decide what’s best in their interest.
Demi Rakyat
Fuziah Salleh
MP for Kuantan
On Behalf of the Kuantan Concerned Citizens
Fuziah Salleh
MP for Kuantan, Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

JUSTLY SHARING

ASAS BERTIKTOK