MAMPUKAH KERBAU MENINGGALKAN TABIATNYA ?

بسم الله الر حمن الر حيم





Kesaksamaan merasai nikmat ekonomi dan pembangunan .

Adakah dasar dan strategi serta peranan Kerajaan dalam  pembangunan negara  ini telah benar benar mapan dan dilaksanakan dengan baik  selaras dengan ketentuan sebuah negara yang  Merdeka  sebagaimana yang termaktub didalam Perlembagaan Malaysia ?
 Adakah kajian secara telus  dibuat bagi menentukan  faktor faktor   pengembangan pertumbuhan ekonomi  yang diterapkan  selaras dengan timbang tara kependudukan dan persekitaranya  serta  selari dengan konsep Islam yang dijadikan agama resmi negara ini ?
Dua persoalan ini jika dirincikan  dengan telus , dasar dasar dan strategi kerajaan Malaysia dalam membangunkan ekonominya telah gagal meletakan asas keadilan  majoriti entiti bangsanya  yang merdeka  belum tercapai , apalagi sebagai tuan dinegaranya sendiri  yang telah kehilangan hak asasinya dalam merasai imbangan ekonomi disekitarnya , malah lebih dari itu ianya tidak sepenuhnya menepati  wadah ekonomi Islam  sebagai agama  Persekutuan , jesteru kedaifan hidup masyarakat masih jelas dipersekitaran entiti bangsanya yang majoriti menganut Islam sebagai pegangan hidup .
Tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan satu sistem pendidikan yang membolehkan setiap seorang rakyat  mendapat ilmu dengan mudah  dan selaras dengan hujatan kemerdekaan dan kemampuan masyarakatnya  masih belum mantap kerana  kebebasan yang sebenar daripada pelbagai sudut  dilihat makin menjerakkan perpaduan entiti bangsa yang ada dinegara ini . Usaha kerajaan memupuk perpaduan bangsa Malaysia masih gagal dicernakan dan mengalami kepelbagaian tekanan , lebih dari itu kerajaan tidak mampu menyelaraskan sistem pendidikan negara  didalam menerapkan kesatuan sosiobudaya dipersekitarannya. Kepelbagaian sistem pendidikan meruncingkan lagi pendominasian dan ketidakseimbangan  pendidikan di bandar dan diluarbandar .
 Kemudahan peluang peluang ekonomi bagi membolihkan setiap rakyat mencapai dan mengekalkan kebahagian maruah diri disisi entiti bangsanya  masih celaru dengan dibayangi manipulasi dan monopoli  bukan bangsa majoriti di negara ini .
Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan  setiap rakyat  menikmati faedah dan mempastikan  setiap dari mereka  mampu bersaing  dan tiada diantara mereka yang taraf hidupnya dibawah tahap miskin atau lebih dari itu kedaifan  dan ketinggalan disegi ekonomi dan kebahagian  hidup serta  kesejahteraan kebendaan secara mininum  untuk mereka mengekalkan maruah diri didalam menikmati kebebasan yang sebenar dan membangunkan sisi kerohanian  masing masing . Jesteru  untuk memastikan setiap rakyat supaya dapat menikmati faedah pembangunan secara saksama itu masih terabaikan . Jurang pembangunan di bandar dan luar bandar masih belum setara dan diluar keupayaan perlaksanaan dan menidakan  ketepatan  kajian dasar untuk  diterapkan ,  gagal dijelmakaan.

Seandainya kajian yang dirincikan didalam bancian kependudukan adalah tepat , tentunya maklumat itu dijadikan sumber rujukan untuk  nmerangkakan dasar dasar dan strategi yang seimbang dan tentunya jurang pembangunan dibandar dan diluar bandar dapat dilaksanakan dengan seimbang bagi memenuhi kebutuhan kesaksamaan setiap rakyat menikmati  semua  asas asas pembangunan yang dijalankan . Keutamaan bukan terletak pada ketinggian, keluasan  dan mercu tanda bangunan dibandar bandar besar kerana kesetaraan menyeluruh tidak  menyeimbangkan taraf hidup setiap orang .
Dalam Islam konsep keutamaan  ekonomi  terletak pada anak anak yatim , mereka mereka yang berjuang dan menegakan kepentingan Islam , orang orang cacat , sakit dan orang orang tua , malah lebih dari itu setiap seorang diluar bandar yang jauh ketinggalan dan tak terjangkau dengan  prasarana pembangunan  ifrastruktur  perlu diberikan sumbangan agar semua mereka ini dapat menikmati sebahagian daripada kekayaan negara .
Mereka mereka yang tidak berkemampuan perlu  diberikan bantuan secara langsung , jesteru  itu  Islam sangat prihatin dengan pembangunan ekonomi  untuk setiap seorang itu merasai nikmat tinggal didalam sebuah negara yang merdeka . Selain itu pembangunan insani mesti diterapkan secara menyeluruh  samada dibandar atau diluar bandar . Jika asas arah tuju itu betul selaras dengan dasar Islam sudah tentu mereka yang  bukan Islam akan merasa nikmat kebersamaan hidup dikalangan orang orang Islam didalam sebuah negara yang memang  majoriti entiti bangsanya menganuti agama Islam dan Islam dijadikan wadah sebagai agama Persekutuan .
Pembangunan yang komprehensif yang meliputi semua aspek moral , rohani dan kebendaan itu mesti  diberikan keutamaan dengan jelas , agar aktiviti menjurus kepada matlamat dan nilai dapat dioptimumkan demi kemaslahatan setiap seorang rakyat yang telah Merdeka , lebih lebih lagi bagi majoriti Islam itu sendiri . Membangunkan suatu peradaban kemanusiaan dan sosio budaya mesti selaras dengan keutuhan dan kekukuhan suara majoriti , lebih dari itu konsep murni Islam dijadikan landasan kajian dalam merangka semua dasar dasar  dan strategi kerajaan  demi mengunggulkan kemurnian Islam  tanpa menidakan nikmat yang perlu dirasai orang orang yang bukan Islam .
Olih itu Kerajaan semestinya telah lama meninggalkan dan tidak lagi menggunapakai   dasar dasar yang dilaksanakan  dan diterapkan olih penjajah barat ( British) . Fungsi utama  Kerajaan memang  memperuntukkan dana  , mengagihkan dan menstabilkan  alirannya  dalam semua bentuk khusus bagi menyediakan kemudahan awam  bagi keperluan setiap orang dinegara ini tanpa jurang antara yang hidup dibandar dan diluar bandar . Jika ini dapat di pelopori , pasti agihan itu menepati asas kesamarataan setiap orang menikmati  kekayaan negara . lebih dari itu setiap orang mampu untuk bekerja dan diberikan peluang pekerjaan  yang sama rata agar kestabilan dapat diimbangi , manakala paras harga  barangan tetap stabil tanpa ada manipulasi dan monopoli  dalam pembahagian ruang lingkup dipersekitarannya .
Kerajaan mesti  merubah dasar dasar dan strategi pembangunannya  dari pendekatan tradisi tinggalan penjajah , tanpa menggusur keberadaan ekonomi sedia ada . Peruntukan dana baru pembangunan mesti selaras dengan dasar  dan strategi yang telah dijalankan kajian , mengikut konsep ekonomi Islam supaya kesamarataan ini dapat diseimbangkan dalam jangka pendek dan mampu membentur kerakusan segolongan orang yang  sentiasa mahu memonopoli ekonomi dalam negara ini . Kemampuan ekonomi yang dimiliki mereka itu pasti masih mampu digerakkan dengan dasar kesaksamaan menikmati kekayaan negara dalam sebuah negara yang telah Merdeka 53 tahun lalu dalam mengjangkau wawasan 2020 .

Perubahan dari segi kuantitatif dan kualitatif yang diterapkan  demi kesaksamaan nikamt kekayaan sebuah negara bisa dioptimumkan  dengan sumber sumber sedia  ada dalam negara . Jika sumber sumber itu disalurkan untuk kesaksamaan , peningkatan hubungan kemanusian dan jurang ekonomi setiap seorang rakyat pasti akan dapat ditegakan  selaras dengan hak dan keadilan Islam . Islam menuntut nilai nilai murni , kesyukuran  dan melarang keras sifat keji , kekufuran dan kezaliman . 
Kedudukan ekonomi yang terbuka mesti selari dengan kepentingan Islam dan keadilan setiap seorang rakyat . Sistem ekonomi campuran antara halal dan haram mesti diteliti dengan cermat dan kajian mesti dijalankan dengan keikhlasan demi memurnikan Islam bukan keuntungan semata mata . Masyarakat berbilang kaum di negara ini mampu dipupuk jika wadah ekonomi Islam diterapkan dan meninggalkan dasar dasar ekonomi kebaratan .  Kerajaan Persekutuan perlu merangka dasar jangka pendek untuk  kekal  menyeimbangkan ekonomi dipersekitaran antarabangsa , sektor swasta masih mampu digerakan  untuk menggalakan perdagangan dalam negara dan antarabangsa . Ini sebahagian coretan  untuk membentur  rasa duka dan kepayahan menerjah jendela dunia  keserakahan .



Adakah program pembangunan yang di laksanakan selama ini adalah selaras dengan ajaran Islam dan menepati apa yang disarankan oleh Al-Quran dan As-Sunnah ?
 .
1.   Adakah taraf pendidikan dan kualiti hidup rakyat supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang harmoni daripada segi kebendaan dan kerohanian serta kesaksamaan merasai kekayaan negara telah mapan dan memuaskan setiap orang rakyat dibandar dan diluar bandar ?
2.   Adakah proses pendemokrasian melalui pilihanraya mampu menterjemahkan sokongan setiap rakyat yang tidak mengundi , betapa pun ianya adalah majoriti insan hanya melihat dan hanya mampu tunduk demi mengabdikan keluhuran perlembagaan atas nama sebuah kemerdekaan ?
Tentunya kelu dan gusar untuk menjawab semua persoalan , jika ianya tidak disandarkan kepada petikan Al Quraan dan As Sunnah ! kemunafiqan mampu dibentrur kembali kejalan kebenaran , tetapi kemurtadan diancam dengan .....,//// setiap kejadian mesti dinobatkan dengan keagungan Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand