DIMANA LETAK KESANTUNAN MINDA INTELEKTUAL ISLAM ?

بسم الله الر حمن الر حيم


Sampai Bila Anwar Mampu Tutup Ketakutan Lakukan Sumpah Mubahalah?

KUALA LUMPUR, 21 April – Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dicabar untuk  melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat bagi menjelaskan tuduhan trio ‘Datuk T’ ke atasnya, berhubung rakaman video aksi seks yang didedahkan baru-baru ini.
Memetik laporan dalam Utusan Malaysia hari ini bekas Mufti Perlis, MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN berkata, Anwar perlu bersumpah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang beberapa tahun lalu.
“Anwar hanya perlu lafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi di hadapan masyarakat umum seperti Najib bagi membersihkan namanya, jika betul dia tidak terlibat dalam video seks itu kerana ia (bersumpah) pasti dapat membantunya.
“Saya pun tidak tahu kenapa Anwar tidak melakukan sumpah itu walhal trio ‘Datuk T’ mahu bersumpah di hadapan Kaabah. Tidak perlu di Mekah sebenarnya, di tempat sendiri pun kita boleh bersumpah, tetapi di hadapan umum,” katanya.
Semalam, trio ‘Datuk T’ iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim bersedia didakwa di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam penayangan video itu.
Malah, mereka turut sanggup bersumpah laknat di hadapan Kaabah kerana yakin pelaku adegan seks dalam video itu merupakan Anwar.
Mohd. Asri sekali lagi menegaskan, Anwar patut memikirkan secara serius untuk segera berundur daripada arena politik negara kerana isu yang dikaitkan dengan dirinya adalah kompleks dan berulang-ulang.
“Pengunduran Anwar (sebagai pemimpin pembangkang) amat perlu bagi memberi nafas baru kepada senario politik tanah air, kerana sekarang kita terus disuap dengan berita ‘dalam kain’ yang amat tidak sihat,” katanya.
Sebelum ini beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mencabar Anwar agar segera membuat sumpah mubahalah bagi memperlihatkan kebenaran.
Namun Anwar sentiasa mengelak dan memberi pelbagai alasan.  Ini menimbulkan banyak persoalan kenapa Anwar takut dan tidak mahu melakukan sumpah mubahalah sedangkan ia sekurang-kurangnya dapat merungkai kekeliruan.SUMBER UMNO ONLINE


                         MOHAMMED KHUSRIN HJ MUNAWI


                                                 YDP YADIM




Dek kerana teruja  dengan kepelbagaian isu semasa yang terus mendominasi media perdana , tidak hairanlah jika Malaysia bakal menjadi medan perang dan perdebatan pemikiran intelektual Islam  .
UMNO Online memetik laporan dalam Utusan Malaysia hari ini bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Anwar perlu bersumpah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang beberapa tahun lalu.
Kenyataan ini telah sering ditimbulkan olih pelbagai  wajah wajah yang gundah dan gelisah , sedangkan keabsahan tentang keutuhan Iman itu perlu kenyakinan diri dan redha atas ketentuan Allah atas kada dan kadarnya tanpa keterpaksaan individu memalukan gong agar dinobatkan dengan keagungan keduniaan semata mata .
DSAI  adalah manusia biasa yang tak lari dari melakukan kealpaan dan keserkahan , dan ramai lagi kepemimpinan Melayu Islam yang terdampar dengan kekalutan dilingkungan kehidupannya , akan tetapi hak kebebasan terletak atas diri mereka sendiri tanpa dipaksakan  olih pihak lain . Keadilan dan kebenaran  masih ditegakan olih Badan kehakiman , jesteru  itu mereka mereka ini  tidak seharusnya  mengadili sesuatu  yang masih belum dibuktikan , biarkanlah pihak Mahkamah menentukan keputusannya .
Minda dan pemikiran intelektual kini semakin tajam  dan rencam dengan strategi dalam menampilkan  latar belakang  untuk menterbalikan sistem keadilan dan keluhuran Perlembagaan . Percaturan yang didasarkan keseimbangan politik dan kekuasaan ini  makin menjulang kerakusan dan merendahkan martabat dan ketamadunan Islam  .
Peranan  segolongan intelektual Islam ini mengintegrasikan ideology tersendiri  dan menutupi keegoan dalam memacukan keutamaan yang tersembunyi .  Media Baru ( IT ) kini telah membuka ruang untuk melihat  sempadan  modenisasi dan globalisasi , malah lebih dari itu menjanakan Ilmu pengetahuan yang dulu sukar dicapai  , kini mendominasikan minda menilai semua perlakuan untuk dipertimbangkan dengan kebijaksanaan demi memperkukuhkan daya fikir dan kesepaduan  ukhuwah minda umat Islam .



Islam adalah agama perdamaian dan menganjurkan kepada para pemeluknya untuk
menyelesaikan konflik secara damai. Jika cara-cara damai ini tidak membuahkan hasil, maka
baharulah perang boleh dilancarkan.

Melihat kepada sebab-sebab dan tujuan dilaksanakannya, jihad agak mirip dengan
konsep "Just War" yang berkembang di Barat, yang kemudian menjadi rujukan bagi undang undang perang antarabangsa.

Jihad hanya dilancarkan berdasarkan kepada sebab-sebab yang mustahak, dan dilaksanakan sesuai dengan kaedah serta etika perang yang adil. 

Maka dengan demikian, jihad adalah perang yang adil dan dibenarkan. Jihad bukanlah keganasan,
sama ada dalam sebab dan tujuan mahupun tata cara perlaksanaannya, di antara jihad dan keganasan terdapat perbezaan yang sangat signifikan. Oleh itu, tidak ada alasan untuk menghubung-kaitkan antara jihad dengan keganasan. 

Adakah pemikiran intelektual Islam akan terus memagari persekitaran yang tersembunyi dengan memanipulasikan jihad dan dakwah .





Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand