BIAR BETUL !! PEMIMPIN MELAYU BANGGA TENGOK VIDEO LUCAH

بسم الله الر حمن الر حيم
Assalalamulaikum....jika kita lihat senario yang menyelubungi isu video lucah ini , nampaknya pemimpin Melayu terlalu teruja dan bangga untuk tengok video lucah atau sememangnya pemimpin pemimpin melayu tak ada rasa segan dan silu  meminggirkan akhlak sebagai seorang yang menganuti agama Islam . Kesanggupan pemimpin Melayu mendokong usul untuk memaparkan tayangan umum video lucah di parlimen sebagaimana disarankan pembangkang ( Karpal ) nampaknya memang mendapat sokong segelintir Ahli Ahli Yang berhormat . Jika ini menjadi kenyataan memang sudah jelas kepemimpinan Melayu telah hilang jatidiri dan naluri kemelayuannya hingga mereka sanggup bersengkokol mendokong dan menguar uarkan paparan video lucah secara umum . Bukan tindakan itu memang jelas menjadi satu kesalahan dan  menyalahi Undang Undang Persekutuan ??
Keterampilan kepemimpinan Melayu dan Intelektual mereka nampak sangat kebaculannya dan kerendahan martabatnya dalam menegakan keluhuran perlembagaan negara . Situasi ini amat memalukan semua pihak terutamanya majoriti umat Islam di negara ini . Jika memaparkan video lucah dibenarkan di Parlimen yang kononnya mempunyai imuniti , natijahnya pemimpin pemimpin ini semua telah mengadaikan kebebasan mutlak dan merusakan sistem dan meminggirkan Perlembagaan Malaysia .
Inilah yang memang dinanti nantikan olih pihak pihak yang ingin melihat Negara Malaysia ini terus mengikut telunjuk dan acuan mereka , konon untuk membangunkan sebuah Negara yang lebih demokrasi tetapi meminggirkan keluhuran undang undang . Badan Kehakiman telah ditelanjangkan . Metodologi meruntuhkan peradaban sebuah negara nampaknya semakin berjaya dan ini pasti akan memberi kesan yang lebih membahayakan kuasa pemerintahan negara .
Laungan Hak Asasi Manusia itu sebenarnya hanya menutupi tujahan mereka untuk terus menerus membawa minda masyarakat  untuk tegak sama mendominasikan keinginan dan kepentingan yang tersembunyi . Kini ianya mungkin berjaya jika usul menayangkan Video lucah ini benar benar terjadi ditempat yang dianggap paling tinggi ( Parlimen Malaysia ) . Tentu sekali ianya akan menjadi tontonan dunia luar dan kerendahan martabat Bangsa Melayu berjaya diganggu gugat hanya dengan Isu yang memang jelas merendahkan akhlak dan peradaban bangsa Melayu .
Diharapkan pemimpin pemimpin Melayu tidak menggadaikan maruah diri dan terlibat sama mengungguli kesukaan menonton aksi kelucahan ini . Mereka sepatutnya lebih tahu sebab mereka penuh dengan ilmu , tapi tak mampu menjawab dan menegakkan kebenaran demi keadilan sejagat .

ADAKAH PERADABAN MELAYU BOLIH DIGADAIKAN DAN KEMURNIAN ISLAM DITELANJANGKAN ??????  TINDAKAN YB INI MEMANG AMAT MEMALUKAN . KENYATAAN DAN DOKONGAN UNTUK VIDOE LUCAH DIPERTONTONKAN JELAS MENAMPAK KEJAHILAN DALAM MEMURNIKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN !!!!!!!

Speaker Ada Kuasa Benarkan Video Seks Ditayangkan Di Parlimen

LANGKAWI, 4 April – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini menyokong cadangan supaya rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin parti pembangkang ditayangkan di Parlimen.
Mohamed Nazri berkata ia bagaimanapun tertakluk kepada persetujuan speakerParlimen kerana hanya beliau mempunyai kuasa menentukan sesuatu keputusan dalamdewan.
“Tapi kita bimbang kalau benda ini ditayang, adakah ia akan melanggarundang-undang.
“Kalau nak tayang di Parlimen, di mana? Kalau di perkarangan Parlimen susah nak dapat imuniti, kena tanya speaker dulu sebab dia yang tentukan, tak payah buat usul, minta sahaja kepada speaker,” katanya selepas merasmikan Persidangan Tahunan Kali Ke-5 Jabatan Peguam Negara Malaysia, BruneiDarussalam dan Singapura di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Karpal Singh yang disiarkan akhbar mencadangkansupaya rakaman video berkenaan ditayangkan di Parlimen semalam
Karpal berkata video itu perlu ditayangkan bagi membolehkan Penasihat PartiKeadilan Rakyat,  Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk semua anggota Parlimen mengenal pasti identiti individu lelaki dalam rakaman terbabit.
Sementara itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ketika ditanyadaripada sudut undang-undang mengenai penayangan video itu berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana masih belum mendapat kertas siasatan daripada  KetuaPolis Negara.
“Ini sangat kontroversi, saya cadangkan baca Akta Penapisan Filem kerana ada dinyatakan betul-betul apa yang menjadi kesalahan… dalam akta itu memang ada tapi bergantung kepada jenis kes.
“Dalam kes ini tak boleh nak komen lagi sebab belum terima kertas siasatan,polis tak serahkan lagi sebab ada sedikit siasatan lagi,” katanya.

sumber : umno-online BIAR BETUL !!! MEMANG BODOH DAN BAHALUL !!!!!

JANGAN TENGOK VIDEO LUCAH

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand