Pemimpin Melayu Hilang Taring , Akidah Islam gagal diagungkan.

بسم الله الر حمن الر حيم


DAULAT TUANKU !!

Senario politik Malaysia semakin rencam dengan kepelbagaian pemikiran Intelektual pendemokrasi dan liberalisasi , malah perkauman terus dijadikan polemik dan gagal dibenturkan disebabkan kecerdikan kepemimpinan Melayu yang memegang tampuk pemerintahan Negara  .

Pemimpin pemimpin Melayu yang memegang tampuk pemerintahan yang membuat dasar dan strategi untuk dilaksanakan semua memang mempunyai kepakaran untuk  membangunkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang maju sejajar perkembangan modenisasi dan globalisasi , tetapi  kepemimpinan yang majoritinya Melayu itu telah hilang taringnya kerana dibutakan dengan kekuasaan mereka dan  gagal  melihat keutamaan Negara nya sendiri .

Dasar dan strategi  di laksanakan memang berjalan sepadan dengan persekitaranya tetapi  telah meminggirkan  kemampuan entity bangsa dan Negara mengikut acuan nya  .Sistem British ini terus digunapakai  dalam merangka dasar dan strategi pembangunan Negara ini , sedangkan sistem itu telah mengotori kedaulatan Negara , malah menjauhkan  keutamaan Islam sebagai agama resmi Persekutuan .

Agama Islam  sebagai agama resmi  , kemuliaan dan keagungan sistem yang digariskan sebagai tuntutan hidup   gagal  dijadikan asas  dalam merangka dasar dan strategi  pembangunan Negara . Jika Islam dijadikan pedoman dalam  merangka  dasar kerajaan pasti ianya memberikan kemaslahatan untuk semua orang kerana  kekuatan yang memang tersedia dalam sistem yang telah dianjurkan AlQuraan dan Al Sunnah . Malah contoh nya telah ditunjuki  olih junjungan besar Nabi Muhammad saw yang  terang dan jelas  diyakini sebagai nabi terakhir untuk  seluruh umat manusia mengikutinya dalam mentadbir  kehidupan dan pemerintahan .


Akibat kepemimpinan Melayu Islam serakah dengan corak hidup dan minda kebaratan ,walaupun  telah memegang tampuk pemerintahan Negara ini , jelas  telah gagal membawa Negara ini kearah sebuah Negara yang mengagungkan sosiobudaya Islam , ekonomi Islam dan  melestarikan hidup orang Melayu  dalam negaranya sendiri .
Jangka masa 53 tahun kemerdekaan  , sepatutnya kepemimpinan Melayu telah lebih matang dan nampak jelas tentang keutamaan membangunkan sistem Islam dalam apajua dasar dasar Negara dan lebih dari itu tentu berjaya mengukuhkan  bahasa Malaysia   .


Malangnya sistem dan dasar kebaratan itu terus  sebati meresap dalam diri pemimpin pemimpin Melayu yang memang  bangkit dari acuan sistem tersebut , jesteru itu Islam tidak diberikan keutamaan dan keutamaan Negara milik bangsa Melayu ini terus dicemoh dan dimalukan.
Sosio budaya bangsa dan  bahasa Malaysia   sepatutnya tidak lagi dijadikan pertikaian dan perdebatan kerana tampuk pemerintahan Negara ini dipegang olih orang Melayu manakala  sosio budaya dan bahasa bangsa lain juga memang tidak dihalang untuk dikembangkan sejak kemerdekaan .


Jika kepemimpinan Melayu yang memerintah semua teguh dan tegas dengan  wacana dan budaya Islam pasti Negara ini mampu menyatukan perpaduan kerana bangsa bangsa lain semua terpaksa mematuhi dasar dan ketuanan negara ini . 


Kedangkalan minda kepemimpinan Melayu  inilah   yang amat memalukan semua kepemimpinan melayu sekarang  , yang dilihat terus tertekan dan tiada keberanian untuk tampil kehadapan menegaskan bahawa Negara ini  mempunyai  acuannya yang tersendiri kerana  mereka adalah tuan dan berperanan  membangunkan Negara agar mampu maju dan setanding dengan Negara Negara lain didunia.


Bangsa bangsa lain yang memang telah menjadi warganegara ini tentu terpaksa akur kerana kehidupan mereka tidak diganggu gugat dan dihalang untuk dikembangkan . Islam terang terang telah jelas mengamankan persekitaran kehidupan   dari sejarahnya .
Ketakutan kepemimpinan Melayu untuk tegas dinegaranya sendiri adalah suatu bencana , malah lebih malang Islam sebagai agama resmi Negara ini  gagal dinobatkan .


Persoalannya , kenapa kepemimpinan Melayu takut untuk menegaskan pendirian ?
Ketegasan amat diperlukan , jika kepemimpinan Melayu tidak mahu tampuk pemerintahan Negara ini lepas ketangan bangsa lain . Ketegasan juga memang dituntut dalam Islam dalam melaksanakan apajua ruang lingkup kehidupan .


Jika bangsa bangsa lain mempertikaikan ketegasan kepemimpinan Melayu bermakna mereka juga mempertikaikan Islam . Pendirian  mereka itu memang jelas sejak mereka menjadi warganegara . Kenapa kepemimpinan Melayu  yang masih mampu mentadbir Negara sekarang ini terlalu lembik  dan berdolak dalik dalam menyatakan pendirian .


Walaupun banyak NGO NGO Melayu menyokong dibelakang  nya , mereka semua jelas nyata takut dan kecut perut menjelaskan pendirian, malah lebih memalukan sebagai orang yang menganuti Islam  takut menegakan kebenaran akidah Islam .


Yang jelas Malaysia bukan Negara Islam , bumi Malaysia ini milik  semua orang , ketuanan Melayu disamakan seperti kerbau yang dicucuk hidung .  


Serulah Islam tanpa ketakutan !! Bangkitlah Melayu !! Sudah sampai waktu untuk kepemimpinan Melayu kemunafikan dan menjauhi kekufuran . Berlindunglah dengan Islam , pasti bangsamu mampu kekal tanpa mereka mereka yang menjelek jelekan dan menunjukan kebiadaban . 


Keyakinan perlu di tunjukan dan ditegaskan dan dilaungkan tanpa ketakutan !!! Bacul sangatkan Melayu ? Hina sangatkan Islam ? Hingga mulutmu semua bungkam menyatakan pendirian !! Negara ini Negara Islam . 
Islam tetap  ku junjung …musuhmu akan aku pancung !!





































































RAJA MELAYU GUSAR



Trend politik semasa cabar kedaulatan Perlembagaan

Majlis Raja-Raja Melayu menyatakan kebimbangan dan memandang berat trend politik semasa di negara ini yang dilihat sedang meniup angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan negara.


Berikutan itu, Raja-Raja Melayu menitahkan seluruh rak-yat memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan yang diasaskan kepada kontrak sosial iaitu semangat permuafakatan dan persefahaman antara kaum dan persetujuan Raja-Raja Melayu.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah dalam kenyataannya semalam, berkata Raja-Raja Melayu berpegang bahawa kontrak sosial yang dipersetujui itu adalah watikah yang menjadi asas kepada keadilan sosial di negara ini yang merangkumi cita-cita bagi mencapai hasrat pembahagian ekonomi secara adil. “Sikap tolak ansur antara kaum menunjukkan kematangan rakyat pelbagai kaum di negara ini,” katanya dalam kenyataan hasil Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung di Istana Negara pada 13 dan 14 Oktober lalu.


“Mesyuarat Majlis Raja-Raja mengambil maklum akan perkembangan semasa serta kebimbangan yang disuarakan oleh individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung perkara menyentuh agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu,” katanya. Selain itu, katanya, Majlis Raja-Raja juga memandang serius kewujudan jenayah yang dikategorikan sebagai jenayah berat, yang boleh mengancam keselamatan, ketenteraman dan imej negara. “Raja-Raja Melayu bersama Yang di-Pertua negeri memahami serta menghargai usaha Kerajaan Persekutuan menyatupadukan rakyat berlandaskan semangat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya. Beliau berkata, Raja-Raja Melayu menitahkan setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama terus bersatu serta setia kepada negara demi memelihara kedaulatan dan kemakmuran negara kerana setiap rakyat mempunyai peranan dalam pembangunan negara.


“Setiap rakyat hendaklah terus menghormati dan akur kepada Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang dan mengelakkan tindak-tanduk yang membawa pertelingkahan, perselisihan faham dan syak wasangka antara kaum yang menjejaskan kemakmuran dan keharmonian negara. “Demi kedaulatan dan keharmonian negara yang kita kasihi ini, Raja-Raja Melayu berharap rakyat tidak akan memberi peluang untuk pembabitan dan campur tangan pihak luar dalam urusan negara,” katanya.


Raja-Raja Melayu turut menyeru orang Melayu bersatu dan tidak bertelingkah sesama sendiri berlandaskan semangat persaudaraan Islam, agar kedudukan orang Melayu tidak terpinggir dan terhakis dalam arus pembangunan negara. “Pemimpin pertubuhan Melayu wajib mencari persamaan, bermuafakat menggunakan hikmah dan kebijaksanaan, melindungi dan membela nasib orang Melayu,” katanya.


Raja-Raja Melayu menegaskan bahawa keutuhan bangsa Melayu serta nasib orang Melayu tidak akan terpelihara jika pemimpin pertubuhan Melayu lebih cenderung bertelagah dan memilih untuk berselisih faham. “Raja-Raja Melayu berdoa supaya Malaysia yang dikasihi ini sentiasa berada dalam keadaan aman damai dan rakyatnya yang berbilang kaum terus bersatu serta kekal makmur dan sejahtera. “Semoga Malaysia terus mendapat perlindungan dan rahmat Allah SWT,” katanya.


KALAU RAJA RAJA MELAYU GUSAR , KENAPA KEPEMIMPINAN MELAYU YANG MEMPUNYAI KUASA MENTADBIR NEGARA INI KECUT PERUT UNTUK MENEGASKAN KEBENARAN TENTANG KEDAULATAN MALAYSIA  ??


MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK KEPEMIMPINAN MELAYU BANGKIT , JANGAN TERUS BAGAI KERBAU YANG DICUCUK HIDUNG DAN BERTUANKAN ORANG LAIN !!


TEGAKAN KEBENARAN ISLAM ...LAUNGKAN KETEGASAN ...HINDARI KEMUNAFIKAN DAN JAUHI KEKUFURAN !!



Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand