Polis Tidak Lagi Menyorok Di Balik Tiang ? Igauan atau Agenda Politik !!

بسم الله الر حمن الر حيم


SHAH ALAM, 23 April – Polis tidak lagi menjalankan tugas secara bersembunyi dalam operasi melibatkan lalu lintas, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.
“Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar,” katanya ketika mengadakan sesi dialog dengan 1,000 belia India pada Majlis Sehari Bersama Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.baca berita selanjutnya


Adakah selama ini pihak Polis menyorok dibalik tiang dalam melaksanakan tugas mereka atau memang menjadi dasar PDRM menyembunyikan sesuatu dari masyarakat awam ?
Kehadiran T/KPN yang baru ini pasti akan mewarnai persekitaran dan agenda serat merubah dasar PDRM  dan pastinya akan memenuhi dada dada media akhbar utama negara .  Muga apa yang diberitakan itu  mampu  mengurangkan  perlakuan jenayah  dan lebih dari diharapkan PDRM akan lebih  telus dalam menguatkuasakan Undang Undang demi keadilan awam . Perangkap had laju dan saman mendatangkan pendapatan kepada kerajaan dan usahlah diputarbelitkan ?
Tetapi dibawah ini satu gejala yang mungkin tidak mendatang keuntungan dipihak kerajaan dan kegiatan nya masih berterusan , walaupun PDRM menguatkuasakan undang undang dan menjalankan tangkapan tetapi gagal membawa mereka kemuka pengadilan dan Tuan Tuan yang memperdagangkan orang ini  dibiarkan berkeliaran . 
Banyak tangkapan telah dilakukan PDRM atau Agensi yang sewaktu dengannya , tetapi kita jarang  lihat didada akhbar utama bahawa perancang utama  diheret kemuka pengadilan . Jawabannya mungkin kekurangan fakta untuk menyabitkan kesalahan  jika dibicarakan !! Jika




Media utama seperti TV3 dengan bangga mengadakan slot 999 dan paparan keterampilan PDRM membenteras pelbagai kesalahan tetapi malang  kurang memaparkan pesalah dibawa kemuka pengadilan juga merupakan satu kegagalan PDRM mengekang kegiatan itu dari terus berleluasa dinegara ini .

Majoriti masyarakat hanya memandang dengan keterujaan tetapi pihak berkuasa masih berlindung dibalik tiang agaknya dalam menyelesaikan gejala yang merosakkan sosio budaya dipersekitaranya . Ramai kepemimpinan dan orang awam yang terjerumus dalam kegiatan tak bermaruah ini tersenyum simpul dan mungkin gembira dengan keruntuhan bangsanya sendiri .


Bangunan ini tersergam indah , dan terus dimanipulasikan demi keuntungan dan kekuasaan petualang bangsa yang mengaut keuntungan berjuta juta ringgit setiap tahun . Adakah keterampilan dan kepakaran sedia ada masih belum mampu menggusurkan keaiban minda masyarakat disekitarnya ?

Kemajuan Negara membentur modenisasi dan globalisasi akan terus menggamit kerakusan segolongan kepemimpinan yang suka berselindung dibalik tiang tiang baru gergasi ini mesti dicantas . PDRM masih mampu melakukannya demi ketenteraman dan memulihkan sosio budaya nya . Sergahan T/KPN diharapkan akan menjadi kenyataan dan kemusnahan bangsa dinegara ini muga dapat dielakan . SELAMAT MENJALANKAN KHIDMAT UNTUK NEGARA . usah berlindung dibalik tiang , robohkan tiang tiang itu  supaya keadilan tidak terhalang dan petualang dapat dihapuskan . TV3 dan media utama lain berperanan menggugah penguatkuasa  memperlihatkan integriti mereka . Ketelusan mesti dinobatkan dan diberikan keutamaan , jika visi rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan ....elakan mempolitikan agenda yang penuh dengan kepalsuan . Tegakan keadilan demi Perlembagaan Persekutuan .

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand