DAERAH INI MILIK ISLAM

بسم الله الر حمن الر حيم



Permasaalahan umat Islam di Malaysia  perlu ditangani  kehadapan , dengan tekal menghimpunkan para intelektual Muslim  supaya  dapat disediakan asas kepada suatu program  yang menggariskan kerangka konseptual dan operasional  dan diikuti tindakan  untuk membentuk  dan membina semula sistem politik dan sosio ekonomi  masyarakat Islam di Negara ini tanpa menoleh kembali kebelakang dan meminggirkan sistem  tinggalan penjajah British .

Penghuraian  konseptual dan operasional  yang ditekankan untuk diintegrasikan  melalui sisi pemikiran Islam masa kini dengan kesepaduan kepentingan pemikiran  keterhadapan  Intelektual Muslim  adalah suatu alat untuk membangunkan paradigm dan metodologi baru  dalam mengimplementasikan  asas ajaran Islam  secara kontekstual  dan praktikal supaya dapat menjana kegemilangan sejarah ketamadunan Islam .

Membangunkan semula  tamadun Islam di Malaysia  memerlukan kejituan  pelan tindakan  untuk  diambil  oleh orang orang Islam dan terutamanya golongan intelektual  dengan menekan secara lebih khusus  matlamat dan keutamaan masa depan  ukhuwah ummah dan agama Islam  dalam menempa suatu pengiktirafan  bahwa Islam  yang dijadikan pegangan hidup mampu melengkapkan dan mewujudkan  kemajuan dalam semua cabang kehidupan  secara menyeluruh dan merupakan altenatif  yang bolih diambil dalam kebangkitan semula ketamadunan Islam  yang lebih dinamik dan maju . Membenturkan pemikiran  secara khusus perlukan keikhlasan dan kejujuran tindakan olih semua orang Islam , terutama nya  intelektual Islam di Malaysia .




Lembaga Urusan dan Tabung Haji sebagai sebuah institusi pengurusan dana Islam utama di Malaysia adalah tunggak kejayaan ekonomi Islam  selain tadbir urus haji  terbaik bagi masyarakat Islam , ianya perlulah mengambil inisiatif untuk  mengembangkan peranan dengan memperluaskan perlaburan dibidang peruncitan  dengan mengadakan perkongsian  dan kerjasama dengan syarikat milik masyarakat Islam dinegara ini supaya bidang peruncitan Islam , dapat dikembangkan dan memberikan persekitaran yang seimbang  agar monopoli peruncitan masyarakat bukan Islam tidak terus mengambil kesempatan terhadap kepentingan orang Islam.

Bidang peruncitan  pasti  memberikan pulangan pelaburan yang menguntungkan  jika diterokai dan tentunya akan memberikan  impak ekonomi  yang baik bagi  majoriti masyarakat Islam Negara ini . Sudah sampai  masa bagi tabung haji memberikan komitmen  demi kepentingan ummah  selain meneruskan dasar dan strategi pelaburan  sedia ada .

Tabung haji tidak akan mengalami apa apa kerugian malah akan membantu syarikat syarikat milik orang Islam mengembangkan  perniagaan peruncitan dan  persekitaran peruncitan yang lebih berdaya saing serta memberikan ruang bagi masyarakat Islam di Negara ini meraih kesimbangan ekonomi di Malaysia .
Sebagai satu entiti pengurus dana Islam  terbesar , penerokaan bidang peruncitan  ini tentu menjadikan peranan tabung haji akan lebih menonjol dalam membantu pengembangan ekonomi orang orang Islam dan masyarakat dipersekitarannya .

Tabung haji adalah tunggak kejayaan ekonomi ummah dan tentunya mampu memperkasakan ekonomi masyarakat Islam selain pelaburan stategik  global , bidang peruncitan local pasti akan menjana pertumbuhan ekonomi masyarakat Islam secara berterusan . Penerokaan bidang peruncitan lokal ini akan memberikan  kelebihan  dan  akan mengangkat martabat  dan sosiobudaya Islam di Malaysia .

Kejayaan Tabung Haji selama ini adalah dokongan masyarakat Islam Malaysia dan sudah tiba masa tabung haji  menerokai bidang peruncitan  agar semua masyarakat Islam terus sepadu minda dalam membangunkan ekonominya . Adalah amat dibanggakan , jika kemampuan tabung haji selama ini dijadikan  teladan olih pihak lain sebagai pemangkin kemajuan dan keterampilan Islam , penerokaan peruncitan ini tentu akan membuka ruang yang luas dalam mengembangkan sosiobudaya dan ekonomi Islam .

Pengembangan teknologi yang Islamik, pendekatan dalam ekonomi Islam adalah formulasi awal kepada suatu kerangka konseptual yang mengintegrasikan pemikiran Islam dan penyelesaian masalah ummah akan dapat dicapai melalui kesatuan yang sedia ada dalam negara ini yang majoriti menganuti agama Islam .

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand