MELAYU BUKAN LUPA ATAU BODOH , TETAPI KEDEKUT DAN PENAKUT !!

=بسم الله الر حمن الر حيم



Melayu itu orang yang bijaksana , Nakalnya bersulam jenaka, Budi bahasanya tidak terkira, Kurang ajarnya tetap santun, Jika menipu pun masih bersopan,  Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah, Kecut takut kerana benar, Janji simpan di perut,  Selalu pecah di mulut, Biar mati adat,  Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya: Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu,  Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu,  Mamak dan Malbari serap ke Melayu,  Malah mua´alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu).  Dalam sejarahnya,  Melayu itu pengembara lautan,  Melorongkan jalur sejarah zaman,  Begitu luas daerah sempadan,  Sayangnya kini segala kehilangan.

Melayu itu kaya falsafahnya,  Kias kata bidal pusaka,  Akar budi bersulamkan daya,  Gedung akal laut bicara,  Malangnya Melayu itu kuat bersorak,  Terlalu ghairah pesta temasya,  Sedangkan kampung telah tergadai,  Sawah sejalur tinggal sejengkal,  tanah sebidang mudah terjual.  Meski telah memiliki telaga,  Tangan masih memegang tali,  Sedang orang mencapai timba. Berbuahlah pisang tiga kali,  Melayu itu masih bermimpi,  Walaupun sudah mengenal universiti,  Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu,  Menikam dengan pantun,  Menyanggah dengan senyum,  Marahnya dengan diam,  Merendah bukan menyembah,  Meninggi bukan melonjak. Watak Melayu menolak permusuhan,  Setia dan sabar tiada sempadan,  Tapi jika marah tak nampak telinga,  Musuh dicari ke lubang cacing,  Tak dapat tanduk telinga dijinjing,  Maruah dan agama dihina jangan,  Hebat amuknya tak kenal lawan.
Berdamai cara Melayu indah sekali,  Silaturrahim hati yang murni,  Maaf diungkap senantiasa bersahut,  Tangan diulur sentiasa bersambut,  Luka pun tidak lagi berparut,  Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan. Selaga yang ada sanggup diberikan ,  Sehingga tercipta sebuah kiasan: "Dagang lalu nasi ditanakkan, Suami pulang lapar tak makan,  Kera di hutan disusu-susukan,  Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu,  Masihkan tunduk tersipu-sipu? Jangan takut melanggar pantang,  Jika pantang menghalang kemajuan; Jangan segan menentang larangan,  Jika yakin kepada kebenaran; Jangan malu mengucapkan keyakinan.  Jika percaya kepada keadilan.,  Jadilah bangsa yang bijaksana,  Memegang tali memegang timba,  Memiliki ekonomi mencipta budaya,  Menjadi tuan di negara Merdeka :  
(Usman Awang)



KEMAMPUAN ORANG MELAYU MEMANG TIDAK BOLIH DINAFIKAN DAN KEUTUHAN KEKUASAAN NYA AKAN TETAP KEKAL ......JIKA ADA KETEGUHAN JIWA DAN MINDA UNTUK MAJU BERSAMA  SERTA MEMAYUNGI JAJARAN DISEKITARNYA .

ANDAINYA KITA SELIDIKI MUTIARA KATA DIBAWAJH INI KITA MUNGKIN TERUJA , MUNGKIN HIBA , MUNGKIN RESAH GELISAH DAN MUNGKIN MARAH DIBUATNYA . JESTERU KETELITIAN MENYUSURINYA DAN MENILAI KATA , PASTINYA KITA AKAN TEGUH JIWA DAN BERANI MENDEPANINYA DENGAN KUDRAT YANG ADA . APAKAH SEORANG KITA MAMPU MENJEJAKINYA JIKA ...TUAN TUAN DISANA HANYA MELIHAT DAN KHIANAT TANPA TURUN MENGHULURKAN TANGAN UNTUK SAMA SAMA MERASAINYA .

INILAIKAN SENDIRI  KATA PUJANGGA DISISI MELAYU  YANG DITINGGALKANNYA !!

Orang orang kita Melayu ini pada hitungan am atau jumlahnya ialah suatu kaum yang tersangat miskin . Kemiskinan itilah sifatnya yang terlebih sangat lengkap dan nyata daripada lain lain sifat kebangsaannya dan ialah juga sebedar besar kekurangan yang menjadikan mereka kalah atau ketinggalan dibelakang dalam perlumbaaan kemajuan. Miskin pada wang ringgit dan hata benda , miskin pada hemat dan cita cita , miskin pada pelajaran dan latihan pengetahuan, miskin pada alat alat kelengkapan otak dan pada beberapa sifat sifat keperangaian yang tinggi dan mulia – jadilah mereka tak dapat tidak daripada tersangkut dan ketinggalan dalam perjalanan bangsa bangsa !!


= Pada pihak benih dan kebolehan yang tersimpan dalam tabiat kebangsaan mereka itu , adalah mereka mempunyai sifat sifat kebolehan otak dan ketinggian perangai …seperti yang dipunyai oleh orang orang bangsa lain juga .

= Orang orang dagang sentiasa keluar masuk dan pergi datang dalam negeri orang Melayu ini menghimpunkan kekayaan dan menjadikan diri mereka tuan tuan tanah yang lebar dengan banyak hasilnya , tuan tuan punya lombong yang tebekang dengan makmur pendapatannya , saudagar saudagar perniagaan yang hebat hebat toko gudangnya serta kaya kaya dan berlipat gana keuntungannya .

= Angan Angan Dengan Gurindam

Bangkit bangkit !
Mengapa tidur lama sangat ?
Dimana dapat mencari negeri yang kaya sekaya negeri kita !
Bangkitlah bangkit !
Timah dimasak sudahlah hangat
Mengapa dibiarkan bangsa lain mengambil bijih kita ?
Bangkit bangkit !

Tidakkah ingin menjadi kaya dengan bangat ?
Mengapakah dibiarkan bangsa lain bertanam getah ditanah kita ?
Bijih dan getah ! Bijih dan Getah !

Inilah jalan kekayaan yang tentu
Hasil negeri kita yang besar dapat disitu
Bijih dan getah ! Bijih dan getah !
Dari sebab itu bangkitlah bangkit !
Janganlah asyik dengan berjoget .

Lihatlah kekayaan Loke Yew Chow Kit !
Hartanya beribu bermilliun ringgit
SegerAlah tuan jangan lengah
Kerana tanah baik budinya
Lambat laut usaha dan penat kita dibalasnya .


= Didalam “ Teriak yang sebenar “ ayat perkataan perkataan menyebut yang kita diperhambakan oleh bangsa lain itu tentu sekali menyaraikan perasaan benci dan tiada setia kepada pemerintah kita . Hal kita jadi hamba orang itu tiada dsebut sebut pun kebanyakan kita tahu dan terasa . Sebab itu sebaik baiknya jangan disebut kerana kelak menumbuhkan perasaan sakit hati sahaja kepada pihak yang memperhambakan itu . Istimewa pula pada masa ini belum sekali kali layak kita memajukan perasaan demikian ….Jangan sekali kali disentuh bangsa pemerintah dan kekayaannya dan kekuatan diatas kita kerana itu semua semata mata bleh memarakkan api daripada bara yang sememangnya ada didalam hati tiap tiap bangsa yang kena perintah oleh bukan bangsanya . Dah tiada faedahnya !!

= Peraturan perintah British yang ada ini telah melepaskan mereka ( orang orang Melayu ) daripada kejahatan dan kebuasan tuan tuan penghulunya seperti yang telah lalu itu tetapi tiaa lah dapat ia melepaskan merek dengan serta merta daripada cengkaman kebiasaan yang telah tertempa bentuknya dalam ruangan perkelilingan tatkala zaman azab sangsara dahulu itu , jika sekiranya tidak dengan sebab kedatagan British ( yang dikatakan tentera Allah Taala itu ) mengambil akan perintah negeri itu daripada genggaman tuan tuan penghulu yang buas dan tidak berperasaan manusia itu , nescaya orang orang Melayu ini kesudahannya dalam sedikit kurun lagi tentulah kelak pupus , sekali tersapu wujudnya dari hitangan  jadi satu kaum diantara kaum kaum manusia di muka bumi ini dengan sebab kezaliman dan kekuasaan tuan tuan penghulunya yang buas dan liar itu . Orang orang Melayu zaman itu perlahan lahan , tetapi tentu sekali , semakin beransur ditelan dan dilulur oleh hantu rimba belantara dikelilingnya , dan nampaknya ada sangatlah tiap tiap tanda dan alamat yang mereka itu akan mengambil gilirannya jadi kaum Semang dan lain lainnya bangsa orang liar pula dalam hutannya itu ! Tetapi tangan masa Alhamdulillah ! 

= Syukurlah kita kerana orang orang Britsih datang – telah menahan akan gerak menggelungsur kebawah ini : dan pada masa sekarang hanyalah tinggal lagi kerja kita mesti menghapuskan segala kehasilan kerja kerja dan malang yang telah jadi daripada kesalahan kesalahan zaman dahulu itu dan bertobat ( Berpaling ) serta buat “ Kadha “ akan pemulih segala taksir yang telah sudah itu !!

= Untung seribu kali untaung bagi kita penduduk Straits dan Semenanjung (Tanah Melayu ) telah dimasuki oleh bangsa Eropa , bangsa yang sopan dan bangsa yang terpelajar . Kalau tidak , wallahua’lam , apakah jadinya negeri kita ini pun saya tak tahu , tetapi pada fikiran saya tentulah menjadi hamba rimba , semak belukar sahaja. Apatah lagi hal penduduknya ? Tentu barang kali tak ubah daripada bangsa bangsa yang masih jauh daripada pengetahuan dan auh daripada mata dan tilikan mereka yang sopan , iaitu seperti bangsa bangsa Sakai , Semang serta Jakun yang ada lagi skarang ini di Ulu ulu Negeri Perak !!!

(MIMPIKAH AKU ...DANGKAL  ILMU  MEMUPUK SENDUNYA KALBU TANPA MALU MERUNGKAIKAN SERIBU TITIPAN SYAHDU PUJANGGA YANG MENINGGALKANKU TANPA PAMIT DAN RAGU ...MASA TELAH BERLALU , DIDEPANKU BERIBU RIBU KELKATU MENGUSIK KEPILUAN , MEMANDANG DIKEJAUHAN  , TAK MAMPU  TERBANG SENDIRIAN )










PULANGKU TAK SIAPA YANG TAHU , MEMBAWA SERIBU PILU DAN SENDU ..KELKATU KAH AKU BERJALAN TAK TAHU TEMPAT YANG NAK DITUJU !!!
mERDEKAKAH AKU ,,,MAMPUKAH AKU ??
KALAU DULU AKU BERLENGGANG , LONGLAI MENDEKATIMU ..KINI SEMUA ITU TELAH PUN BERLALU ..MUNGKIN SUATU WAKTU ..KAU HULURKAN TANGAN UNTUK MEMBIMBINGKU KEMBALI !!!

                  MERDEKA ....1MALAYSIA ....BUKAN TERPAKSA MENGADAIKAN AGAMA ???
                  HAK ASASI ISLAM  PERLU DIJAGA PERSEKITARANNYA !!
                  PENYULUHAN DAN PETUALANG USAH KAU BIARKAN BERMAHARAJALELA !!!
                 MAJORITI KITA MASIH MAMPU MENJEJAKI KUASA TANPA MEREKA !!!
                 KENAPA SEMBUNYI DIBALIK KATA DAN KOTA ...JANJIMU BUKAN PADA MANUSIA
                 ISLAM MENGUNGGULI  APAJUA YANG ADA DIDUNIA !!
                MEMANG KITA YAKINKAN KADA DAN KADARNYA = JESTERU KITA KEKAL
                TEGUH  MENGAGUNGKAN ALLAH SELAMA LAMANYA .......///
                 

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand