JEBAT MUNCUL DI SARAWAK

بسم الله الر حمن الر حيم


Perjalanan Singkat seorang Pemulung


Pagi buta kau bersiap, berbekalkan karung dan pakaian compang camping.. Mengais Rezeki dibalik sampah tanpa kenal lelah... Peluh tak terasa menetes... Tak ada yang sia-sia...
Malang nasibmu..
Pagi sampai sore hanya bertemankan sampah, yang tidak ada artinya bagi petinggi, tak ada artinya bagi orang-orang diatasmu.. Siang hari , kau makan dari hasil sampah, yang tak seberapa.. Bertemankan sampah... Inikah jalan hidupmu?
Sore hari, kau hanya berhenti jika ada seruan suci... Tiap sujudmu... Kau selalu berdoa, "Tuhan.. Adakah yang mau peduli dengan keadaanku yang hina ini, orang-orang di atasku meludahiku, membuangku bagai sampah yang tak terpakai"

Malam hari... Kau tidur, dengan beralaskan lantai dari tanah.. Tanpa tikar, hanya berbantalkan lenganmu yang keriput dan rapuh... Tanpa selimut hanya berselimutkan dingin malam.. Nyamukpun menyapamu.. datang dengan dengungan dari sayapnya pertanda haus...

Tapi.. Semua ini kau jalani demi anak dan keluargamu
Yakinlah.. Dibalik semuanya.. Pasti Tuhan kan mengangkatmu..





Seorang sahabat beliau memberi ulasan. Saya jawap.
Jebat :"lebih baik free hair dari berlakon tapi not back stabbing, dulu kat unimas harap je tudung labuh tapi ada gak perangai cam lahanat..."
Hirwan : astagfirullah.... ucap semula syahadah takut2 tergelincir akidah Paling tidak untuk membaharukan iman.
Tutup aurat = PERINTAH ALLAH, WAJIB SETIAP MUKALLAF. NOKTAH! Jangan memandai bagi FATWA.

Jebat : "tudung hanyalah sehelai kain berharga lima ringgit bersepah jalan TAR, nak pakai boleh tak pakai boleh. nak letak kat kepala boleh nak wat lap bontot pon boleh. tapi yang membezakan manusia disisi Allah adalah integriti..."
Hirwan : "Tudung @ menutup aurat bukanlah berharga sehelai RM5. SALAH SAMA SEKALI Jebat! Harga sebenar Tudung @ menutup aurat adalah antara SYURGA dan NERAKA."
Kat mana Jebat belajar yang membezakan manusia di sisi Allah adalah integriti?
Kalau boleh tolong jelaskan maksud integriti.
Yang dipandang oleh Allah hanyalah orang yang ber-TAQWA.. Sila rujuk maksud TAQWA.

Jebat : " integriti untuk tidak rasuah, tidak mengampu dan tidak tikam orang lain dari belakang. lebih baik dilahirkan free hair tapi berjiwa telus dari dilahirkan bertudung kerana keluarga. dari Allah kita datang kepada allah kita kembali"

Hirwan : Jebat, nilai SEORANG YANG BERIMAN sangatlah besar di sisi ALLAH. Seorang yang memiliki iman walaupun hanya sebesar ZARAH, Allah berikan ganjaran Syurga sebesar 10 kali dunia! Iman macam ini, dia tak solat, tak puasa dan tak menutup aurat. Hanya percaya Allah itu wujud sahaja.
Kalau seorang itu paling berintegriti, paling banyak bersedekah, paling baik didunia, paling banyak menolong orang ataupun orang yang beramal dengan memberi makan/ rezeki SELURUH MAKHLUK DI DUNIA, tapi dalam dirinya Tidak ada iman,
Jangankan masuk syurga, CIUM BAU SYURGA pun takder peluang.

Jebat : "kalau bertudung tapi punya 100 sifat keji dibelakang lebih baik tak pakai tudung tapi ada 100 sifat terpuji dibelakang..."

Hirwan : "kalau taknak TUNAIKAN PERINTAH ALLAH, maka janganlah membenarkan kelakuan MELANGGAR PERINTAH ALLAH, jika benar Jebat orang Islam."
senang cerita :
PAKAI TUDUNG + ALIM dan SOLEHAH = boleh masuk neraka
PAKAI TUDUNG + BUAT DOSA = boleh masuk neraka
TAK PAKAI TUDUNG + Baik + berintegriti = boleh masuk neraka
TAK PAKAI TUDUNG + BUAT DOSA = boleh masuk neraka
Kenapa aku cakap orang yg PAKAI @ TAK PAKAI TUDUNG = boleh masuk neraka? Sebab syurga dan neraka di TANGAN ALLAH.
Oleh itu, kenapa kau persoalkan PERINTAH ALLAH utk tutup aurat dengan sempurna?
soal akhlak dan perangai terpulang pada diri individu masing-masing.


Jebat : "buat satu suruhan...99 yang kat belakang lagi ape citer? sebelum pakai tudung perangai kena ubah. pakai tudung kambing pon boleh. orang nasrani pon boleh. orang yahudi pon bole pakai tudungi. memang memaakai tudung memang ikut hati...bukan ikut orang lain..."
Hirwan : sebelum pakai tudung, perangai kena ubah? ... sampai bila Jebat?
kalau macam tu Jebat...
sebelum solat - perangai kena ubah
sebelum puasa - perangai kena ubah
sebelum menghormati orang tua - perangai kena ubah
sebelum pergi masjid - perangai kena ubah
sebelum pakai jubah, ketayap serban - perangai kena ubah
sampai bila Jebat???
memakai tudung bukan sebab ikut-ikut orang lain Jebat, mereka pakai tudung sebab TUNAIKAN PERINTAH ALLAH, IKUT SURUHAN RASULULLAH.

Jebat : ‎"kenallah hijab Allah sebelum memakai hijab"
Hirwan : aku syak ada SESUATU tak kena dengan engkau Jebat
by Hirwan Ab Rahaman on Thursday, April 7





KITA KINI

1. Berimanlah kepada Allah, Para Rasul dan Nabi, Para Malaikat, Kitabullah, Qada' dan Qadar, Qiamat.
2. Beriman dan yakinlah juga kepada ayat ini:-
"Katakanlah: Ya Tuhan yang memiliki segala kekuasaan. Engkau berikan kekuasaan kepada barang siapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari barang siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau muliakan barangsiapa yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau atas tiap-tiap sesuatu adalah Maha Kuasa" - Al-Imran-26.
3. Sesungguhnya Islam dan dunia ini luas. Tapak untuk berjuang itu banyak bukan satu.
4. Binalah barisan kepimpinan yang mempunyai MATA HATI YANG TAJAM.
5. Kedudukan Islam-Melayu hari ini seperti "Telur Di Hujung Tanduk".
6. Dahulukan apa yang patut. PRU13 perlu diutamakan!
7. Kita kini ibarat "Insan kehausan mencari seteguk air. Dapat seteguk air itu hiduplah kita, jika tidak ... Hanya Dia mengetahui hayat kita".
8. Jika kita dalam acara marathon, kita ibarat "berlari pada 100 m terakhir sebelum garis penamat". Maka tamatkanlah dengan pecutan terbaik dan terakhir dalam hayat kita sebagai seorang pelari / pejuang.
9. Elakkan perpecahan, cari persamaan dan bergabunglah kita sekalian. Kita bina, raih dan sepadukan kekuatan untuk Islam-Melayu.
10. Tidak kita ketahuan penghujung usia. Setiap pemikiran, keputusan, tindakan malah tulisan perlu dibuat seolah 'ibadah terakhir'.
11. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita kerana kita telahpun berserah kepadaNya.
by Feriz Omar on Saturday, April 9






MAMPUKAH KITA MEMBENTUR MODENISASI DAN TEKNOLOGI MEDIA BARU INI ??


Blogosfera akan lebih meluas menjelang 2011 apabila gajet-gajet saitek teknologi multimedia seperti iPod, iPhone, smartphone, iBook dan Notebook, EyeMove PC, Scarpar, 3D Video Game, iPhote Frame dan lain-lain akan berintegratif dengan Internet, dan semua sistem sibersfera termasuk blog.

Blog pula akan mempunyai fungsi-fungsi lebih meluas, iaitu selain penulisan, akan tersambung secara automatis bentuk Podcast, Videocast dan Photocast, di samping lintasraya akan beroperasi secara wikipedia, iaitu langsung ke sumber-sumber yang terkait berasaskan petikan popular dan isu popular. Lalu suasana atau environmen media telah berubah sama sekali, dengan informasi menjadi lebih plural dan pantas

Revolusi bentuk, sistem mahupun makna pada ciri-ciri politik, ekonomi, dan sosial di Malaysia adalah kesan dari peranan yang sudah pun bermula di sepanjang 2008 - 2011 . Dinamisme media baru akan mencipta kemungkinan-kemungkinan perubahan kepercayaan dan membentuk nilai, budaya dan kepercayaan baru dari aspek ekoposial tadi, yang juga kesan langsung dari keberadaan media tradisi yang bukan dominan lagi. Sistem politik dan organisasi kepolitikan di Malaysia akan turut berubah dan cara menguruskan kepolitikan misalnya adalah akan turut mengikuti pola-pola yang terbentuk oleh pengaruh media baru ini .

MARI KELUAR  MENGUNDI BERAMAI RAMAI ............

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand