NGO Melayu Minta Polis Dedah Identiti Pelaku Dalam Video Seks

بسم الله الر حمن الر حيم

Tertarik dengan pemberitaan tentang desakan NGO Melayu sepertimana sorotan Bernama dilaman Umno Online ini , dan rasa gelojak hati manusia tentu terpancar memikirkan hal hal kebejatan minda segolongan manusia yang juga Melayu turunannya dan sudah tentu Muslimlah dirinya , maka wacana dan isu yang ditimbulkan bisa dilihat sebagai suatu hal amat besar kerana ianya dikatakan melibatkan kepemimpinan Melayu yang berjiwa besar dan rakan rakan yang juga Melayu juga suku turunannya .
Persoalannya adakah suara dan saranan itu mewakili majoriti orang melayu juga bisa dipertikaikan , tapi media memang gah mendepani isu kebejatan ini , sedangkan keadilan dan peranan Badan Kehakiman seperti mahu dipinggirkan dengan desakan agar pelaku video itu didedahkan kepada umum . Kedangkalan minda sebahagian pemimpin Melayu nampaknya makin nyata dan tentunya membuka pekong dan aib orang lain itu memalingkan kemurnian  kemanusiaan dan keadilan sejagat .
Jesteru itu biarkanlah pihak penguatkuasa menjalankan siasatan dan mengumpulkan fakta fakta berkaitan isu tersebut , dan tentunya orang ramai juga tertarik apakah tindakan susulan Polis terhadap TIGA DATO ' T dan sekumpulan editor media yang terlibat sama menonton dan mengadili video hingga ianya menjadi isu yang sensasi dan pasti jualan indeks jualan mendadak tinggi .

Intergriti PDRM kini terpaksa melalui satu lagi penilaian dan persepsi umum tentang kebijakan dan ketelusan agensi yang memegang peranan menguatkuasakan Undang Undang dan membawa orang orang yang melakukan kesalahan kemuka pengadilan . Disitulah tegaknya suatu keadilan awam yang mesti dipatuhi . Hak asasi manusia dikatakan dicerobohi dan demi ketenteraman dan keamanan persekitaran,  kebebasan dan keadilan awam mesti diletakan didepan dalam menegakkan kebenaran , apalagi keadilan seluruh rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat .
PDRM tidak bolih diperkotak katikkan , kepemimpinan nya mesti telus dalam menangani apa jua hal yang berkaitan keadilan awam . Apajua kes adalah Kes yang menarik perhatian awam , dan PDRM mesti mampu menanganinya dengan kebijaksanaan dan tidak terpengaruh dengan desakan pelbagai pihak .

Tiga orang bergelar Dato' T dan beberapa Editor media juga tentunya tidak terlepas dari segi Undang Undang Negara atas keterlibatan mereka dengan isu yang ditimbulkan , kerana terdapat peruntukan Undang Undang untuk membawa mereka kemuka pengadilan . Walaupun kesalahan itu mungkin dianggap kecil , keutuhan Undang Undang mesti ditegakan . Usah biarkan mereka terus khayal dan meminggirkan keberadaan penguatkuasa sebagai landasan utama dalam menangani kemuliaan Perlembagaan Negara ini.
Jika PDRM telah selesai menjalankan siasatan , adalah lebih baik mereka mereka yang didapati melanggari  Undang Undang Persekutuan ini dihadapkan kemuka pengadilan. Biarkan Badan kehakiman yang membuat keputusan untuk mengadili kesalahan mereka . Tindakan ini mampu mengimbangi kebejatan dan salahlaku moral dan sosial rakyat negara ini disamping menjaga keutuhan dan keharmonian hidup semua orang dalam negara ini .

umno-online.com

KUALA LUMPUR, 1 April – Pihak polis yang sudah mengesahkan ketulenan sebuah rakaman video perlakuan seksual yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang perlu berterus-terang dan mendedahkan identiti orang terlibat.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) Datuk Dr Kamarudin Kachar berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telah mengesahkan ketulenan video tersebut menerusi siasatan pakar-pakar namun enggan mendedahkan identiti pelaku dalam video itu. “Persoalan siapakah pemilik identiti lelaki yang dalam video berkenaan hanya boleh dirungkai oleh pihak polis memandangkan polis terlibat dalam siasatan pita video tersebut dari A hingga Z.

“Kita sebagai orang awam meminta supaya pihak polis berbuat demikian bagi mengakhiri segala kekalutan yang berlaku akibat terlalu banyak sangat spekulasi yang timbul disebabkan orang masih berteka-teki siapa sebenarnya lelaki berkenaan,” katanya menurut Bernama.

Beliau mengulas mengenai pengumuman Ismail hari ini bahawa rakaman video seks, yang didedahkan oleh “Datuk  T” kepada sekumpulan editor media awal minggu lalu, bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.

Menjawab mengenai terdapat cadangan bagi meminta isteri pemimpin pembangkang yang dituduh melakukan seks dalam video tersebut supaya menonton rakaman itu, bagi mengesahkan sama ada benar suaminya atau pun tidak, beraksi dalam adegan tersebut,

Kamarudin berkata perkara itu tertakluk kepada arahan polis.
“Kita serahkan kepada pihak polis, biarlah mereka yang menjalankan kerja mereka sama ada mahu meminta beliau untuk tonton atau tidak,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar yang turut menyokong supaya polis mendedahkan identiti pelaku dalam video itu dan mahu pemimpin terbabit meletakkan jawatan sekiranya apa yang dituduh terbukti benar.

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand