ADAKAH IMEJ JAKIM DAN NEGARA LEBIH PENTING DARI IMEJ ISLAM ??

بسم الله الر حمن الر حيم

Kunjungan Imam Besar Masjidil Haram Syeikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As Sudais yang berfahaman Wahabi  telah memberikan tamparan hebat kepada ketenangan perpaduan Islam di Malaysia . Cendikiawan dan Ulama Islam saling menyalahkan antara satu sama lain dan kerencaman itu akan berterusan dan diperdebatkan olih orang awam .

Apa tidaknya , sebagaimana dilaporkan YDP Ulama Malaysia mengatakan tindakan dan kritik Zamihan seorang Peg Jakim itu dikatakan bolih menjejaskan Imej Jakim dan Negara .

Persoalannya ialah , kenapa sebagai Cendikiawan dan Ulama beliau tidak mengulas dengan panjang lebar tentang keunggulan ajaran Islam dan fahaman majoriti umat Islam didunia yang mengikut fahaman Ahlus Sunnah WalJamaah ?

Telah jelas Imam Besar itu berfahaman Wahabi dan kenapa ada segolongan cendikiawan sengaja menjenputnya datang Ke Malaysia . Tentu nya ada kepentingan untuk mendapatkan dokongan awam tentang kegiatan mereka memperluaskan fahaman wahabi di Malaysia . Hal sedemikian tentu lebih dimaklumi olih pihak berkuasa . Tiadakah lagi Ulama Islam Tersohor yang berfahaman Ahlus Sunnah WalJamaah yang bolih di jemput untuk apa jua acara berkaitan . Inilah kealpaan dan kewenangan pihak berkuasa yang dalam masa sama mengatakan mahu menjaga kepentingan Islam , tetapi dalam diam menyajikan wadah perpecahan dalam Islam .
Persoalannya ialah , Imej Jakim dan Negara itu lebih penting dari Imej Islam yang dijadikan pegangan mentauhidkan Allah . Kebenaran yang bagaimana yang mahu ditegakan olih Jakim ? Memang pemikiran orang Islam berlainan , tetapi pegangan dan kekentalan adalah keutamaan membenarkan perjuangan Islam yang maha benar !!

santapan awam : Imej Jakim dan Negara lebih penting dari Imej Islam !!




Nakhaie Imam Besar bukan isu tapi pengikut fanatik Wahabi di Malaysia

KUALA LUMPUR 28 April — Kehadiran Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais yang dikaitkan dengan Wahabi bukan isunya tetapi pegawai Jakim yang mengesyaki beliau hanya patut memberi tumpuan mengekang pengikut fahaman itu di negara ini kata bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia .

Menurut Datuk Nakhaie Ahmad walaupun Imam Besar itu berfahaman Wahabi namun sepanjang berada di Malaysia Sheikh Abdul Rahman menghormati amalan Ahli Sunah Waljamaah yang menjadi pegangan umat Islam Malaysia .

Justeru beliau menyifatkan dakwaan pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jakim Zamihan Mat Zain yang mengesyaki Sheikh Abdul Rahman cuba menyuntik fahaman Wahabi melalui platform kerajaan dengan kerajaan adalah tidak wajar “Beliau Sheikh Abdul Rahman ini datang hanya seminggu sahaja macam mana beliau nak suntik fahaman Wahabi lagipun saya tidak risau kerana beliau adalah Imam Besar Masjidil Haram dan ulama Arab Saudi menghormati kita punya pegangan dan mazhab Shafie walaupun beliau berpegang fahaman Wahabi .

“Kalau kita lihat sepanjang Sheikh Abdul Rahman berada di Malaysia beliau menghormati pegangan kita dan mengikut apa yang kita lakukan jadi kalau tuduh beliau cuba suntik fahaman Wahabi di Malaysia tidak wajar ” katanya kepada The Malaysian Insider

Kata beliau Sheikh Abdul Rahman adalah seorang tokoh agama yang berfikiran terbuka dan tidak akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan seperti menyuntik fahaman Wahabi “Beliau menghormati umat Islam di Malaysia malah turut mengatakan negara kita adalah contoh negara Islam “Saya percaya tujuan beliau datang ke Malaysia adalah baik iaitu untuk satukan umat Islam dan bukan nak suntik fahaman Wahabi yang bertentangan dengan pegangan kita ” katanya

Bagaimanapun tegas Nakhaie apa yang perlu dibimbangkan bukan kehadiran Sheikh Abdul Rahman namun pengikut fanatik Wahabi yang tidak menghormati pegangan Ahli Sunah Waljamaah “Tapi yang membimbangkan adalah pengikut Wahabi di Malaysia yang tidak menghormati mazhab Shafie dan amalan Ahli Sunnah Waljamaah yang kita amalkan .

“Kalau Sheikh Abdul Rahman datang ke Malaysia beliau akan menghormati mazhab Shafie yang menjadi mazhab rasmi di Malaysia tapi kalau pengikut fanatik Wahabi ini kalau kita ikut mazhab Shafie dikatakan bida’ah itu beza Imam Besar Masjidil Haram dengan pengikut Wahabi di sini “Jurang antara Imam Besar Masjidil Haram dan pengikut Wahabi di Malaysia berbeza imam ini menghormati mazhab kita tapi pengikut Wahabi tidak menghormati pegangan kita itu beza antara orang yang mempunyai ilmu luas dengan orang yang berfikiran sempit ” tegasnya

Justeru kata beliau Zamihan sepatutnya memberikan tumpuan atau menghalang pergerakan pengikut Wahabi di Malaysia bukan mengkritik Sheikh Abdul Rahman “Tindakan Zamihan itu tidak betul malah Sheikh Abdul Rahman tidak ada gerakan untuk melakukan perkara itu “Jadi saya minta supaya selepas ini kalau nak kata apa-apa berfikir dulu sebab walaupun imam ini berfahaman Wahabi tapi bukan semua pandangannya kita perlu tolak ada yang kita boleh terima dan ada yang kita tidak boleh terima ” katanya

Zamihan yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider berkata beliau mengesyaki Sheikh Abdul Rahman cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan

Justeru Zamihan meminta pihak berkuasa berhati-hati dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan penyebaran amalan Wahabi di negara ini Beliau berkata lawatan kerja lima hari Sheikh Abdul Rahman yang berakhir Ahad lalu kemungkinan membawa metodologi yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia .

Namun tindakan Zamihan itu dinafikan Ketua Pengarah Jakim Othman Mustapha Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya Jakim juga telah memanggil Zamihan berhubung perkara itu dan menjelaskan kunjungan Sheikh Abdul Rahman ke Malaysia.

Sementara itu Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia PUM Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata tindakan Zamihan itu tidak melambangkan individu yang berpegang kepada Ahli Sunah Waljamaah .

Selain itu kata beliau kritikan Zamihan terhadap Sheikh Abdul Rahman akan menjejaskan imej Jakim dan negara.

SEDUTAN BERITA THE MALAYSIAN INSIDER : OLIH SYED MU’AZ SYED PUTRA




Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia PUM Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir 






















PELIK TAPI BENAR ...DAH NYATA IMAM BESAR MAJIDIL HARAM NI BERFAHAMAN WAHABI TETAPI ADA SEEKOR DUA ILMUAN ISLAM  MALAYSIA,  YANG MAJORITINYA AHLUS SUNNAH WALJAMAAH  , MALAH MENJEMPUTNYA HADIR KEMALAYSIA ...AKHIRNYA IANYA MENJADIKAN KONFLIK PEMIKIRAN AWAM DAN MEMINGGIRKAN KEPENTINGAN  MAJORITI ISLAM DIMALAYSIA .....MACAM DAH TAK ADA ULAMA TERSOHOR  LAIN YANG MAMPU MENGGAMIT MINDA MEREKA . MEMANG TIDAK SALAH MENJALINKAN PERSAUDARAAN ISLAM , AKAN TETAPI JIKA MALAYSIA TERANG TERANG MENGHALANG PENYEBARAN FAHAMAN WAHABI , MENGAPA MALAH MENYEDIAKAN API UNTUK MEMBAKAR PERSEKITARANYA .

HANYA ALLAH SAJA YANG MAHA MENGETAHUI ...KETENTUAN ALLAH MELEBIHI SEGALANYA . MENYAKINKAN KADA DAN KADARNYA SETELAH BERUSAHA ..SEBELUM KEUJUDAN  YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA !! MENTAUHIDKAN ALLAH DENGAN KENYAKINAN DAN MENEGAKKAN KEBENARAN DENGAN KEUTAMAAN DAN KEPENTINGAN AKHLAK MAJORITI UMAT ISLAM .

ASSALLAMUALAIKUM.

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

JUSTLY SHARING

ASAS BERTIKTOK