Saturday, April 9, 2011

MEMILIKI VIDEO SEKS , INTERGRITI POLIS DIPERTIKAIKAN ,

بسم الله الر حمن الر حيم

Siasatan  isu video seks yang didedahkan Dato' T masih lagi dilakukan pihak PDRM , kini timbul lagi isu memiliki video seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pemuda Umno yang digembar gemburkan dan laporan polis pun dibuat tentang perkara itu , yang kini mungkin telah atau sedang diambil tindakan susulan olih PDRM . 
Pengakuan pemilikan video seks  kini semakin menjadi kebiasaan dan dianggap lumrah dan lebih dari itu ianya semacam dibiarkan terus memonopoli sosio budaya orang melayu tanpa tindakan penguatkuasa perundangan (PDRM) , walaupun disegi undang undang memiliki bahan lucah itu adalah satu kesalahan dan mereka yang  didapati memiliki bahan lucah itu bolih dituduh di Mahkamah untuk diadili dan dijatuhi hukuman .
Tetapi kegagalan pihak Polis untuk mengambil tindakan keatas mereka yang mengaku memilikinya  dan dibiarkan bebas walaupun laporan polis telah dibuat , menunjukkan kewibawaan pihak Polis kini semakin hilang dan jika ini berterusan ianya pasti mencemarkan imej dan integriti PDRM sebagai badan penguatkuasa undang undang .
Walaupun kesalahan itu dianggap kesalahan kecil bagi sesetengah pihak tetapi ianya adalah satu kesalahan yang termaktub dibawah peruntukan undang undang dan pihak PDRM mesti mengambil tindakan segera  agar PDRM dilihat lebih telus dalam menegakkan undang undang dan keluhuran Perlembangaan .
Persoalannya , Apakah PDRM kini hanya mengikut arahan pihak atasan dalam menangani sesuatu perkara yang menyalahi undang undang ??

Situasi ini amat memalukan masyarakat umum terutamanya orang orang  Melayu Islam jika tidak diberikan perhatian dan keutamaan dalam menanganinya. !!!

Berita yang sewaktu dengannya:-

KUALA LUMPUR, 7 April — Sementara negara masih berhadapan polemik video seks didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin pula muncul dengan “pendedahan” rakaman aksi seks Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar). Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai “Chegubard” berkata beliau pernah…baca seterusnya

KUALA LUMPUR, 8 April — Pemuda Umno Rembau mencabar bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin, membuktikan dakwaannya beliau pernah menerima rakaman aksi seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin ketika pilihan raya umum 2008. Semalam, Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai “Chegubard” berkata beliau pernah didampingi seseorang yang membekalkan…baca seterusnya

No comments:

Utamakan Perpaduan Rakyat Malaysia

Dlm negara yg berbilang kaum dan anutan agama , setiap rakyat Malaysia wajar ada pendirian untuk memperhalusi etika, adab dan sosio budaya y...

FOLLOW THIS