MAMPUKAH ANDA MEMILIKINYA ? RM13,170,997,600.00 @ RM212,000,000,000.00

بسم الله الر حمن الر حيم


Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Lebih RM13.1 Billion Diluluskan

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Persidangan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 setelah dibahaskan dalam peringkat jawatankuasa selama lima hari.


Rang Undang-undang itu memperuntukkan wang tambahan sebanyak RM13,170,997,600 kepada beberapa kementerian dan jabatan untuk membiayai perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan.
Ia diluluskan sebulat suara walaupun beberapa anggota parlimen pembangkang cuba mempertikaikan peruntukan perbelanjaan tambahan yang tiada dalam kertas Rang Undang-undang itu.


Kementerian dan jabatan yang terbabit ialah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.


Turut menerima peruntukan itu ialah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pelancongan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Parlimen, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kumpulan Wang Terkanun turut menerima peruntukan tambahan itu.


Bajet 2011 Lulus Tanpa Sebarang Drama

Persidangan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) berjumlah RM212 bilion tanpa sebarang masalah.
Berbeza dari tahun lepas, Bajet 2011 diluluskan kira-kira 7.25 malam apabila bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Husni Hanadzlah menyaksikan lebih suara menyokong berbanding membantah.


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut hadir dalam Dewan Rakyat.
Bajet 2010 melalui detik mencemaskan di mana bacaan kali ketiga rang undang-undang itu diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja pada pukul 11.15 malam, 14 Dis 2009.


Berdasarkan undian belah bahagian yang dilakukan, menyaksikan 66 undi, termasuk undian Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyokong daripada anggota Parlimen BN dan 63 undi membantah daripada anggota Parlimen pembangkang. Najib pada 15 Okt lepas membentangkan Bajet 2011 yang mencadangkan peruntukan RM212 bilion, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan untuk 2010.  Daripada jumlah itu RM162.8 bilion adalah untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk pembelanjaan pembangunan.


Terdahulu Kementerian Dalam Negeri teruk ‘diasak’ beberapa anggota Parlimen yang tidak puas hati dengan jawapan Timbalan Menterinya Datuk Wira Abu Seman Yusop berhubung isu saman ekor.  Jawapan Abu Seman bahawa kerajaan tetap dengan keputusan untuk mengekalkan tindakan saman ekor membangkitkan pelbagai reaksi daripada anggota dewan yang rata-rata menggesa kerajaan memansuhkan tindakan itu kerana ia disifatkan menyusahkan rakyat selain bertentangan dengan slogan ‘Rakyat didahulukan’. 
Abu Seman turut ‘diserang’ apabila mengakui tidak mempunyai maklumat berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak mengenai kes Leonard Lim Yaw Chiang lawan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak yang membabitkan isu saman ekor Ogos lepas.  Dalam kes itu, mahkamah memutuskan JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor.


Berdasarkan kes tersebut, Khalid Samad (Pas-Shah Alam) dan Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) serta Chong Chieng Jen (Dap-Bandar Kuching) mengasak Abu Seman mengenai isu kesahihan tindakan menyenarai hitam pesalah trafik itu dari segi undang-undang kerana pesalah tidak dipanggil untuk membela diri sebelum tindakan tersebut dikenakan.


Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pula berkata kerajaan harus berani membuat perubahan atau perlu menerima padah tindakan itu, sementara Datuk Muhamad Aziz (BN-Sri Gading) pula menyifatkan kerajaan boleh membuat perubahan itu sekiranya mahu.
Asakan-asakan itu bagaimanapun disambut dingin Abu Seman yang menjelaskan kebanyakan isu itu telah dijawab sebelum ini, lantas meneruskan penggulungannya bagi menjawab isu-isu lain.


Bajet RM212 Bilion Strategi Transformasi

Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Belanjawan 2011 berjumlah RM212 bilion yang menggariskan pelan strategi dan projek-projek utama ke arah mentransformasi Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.


Ketika berucap di Dewan Rakyat, beliau berkata, bajet ini memberi tumpuan kepada usaha “mentransformasi Malaysia, menjadi negara maju berpendapatan tinggi, berpembangunan inklusif dengan pertumbuhan mapan diterajui sektor swasta serta mendahulukan kesejahteraan rakyat.”


Beliau menyifatkan bajet ini sebagai meletakkan “bata-bata pengmuktamad serta memahat paku-paku pelengkap sekaligus menaikkan layar Bahtera Malaysia menuju ufuk negara maju,” yang tinggal sembilan tahun, dua bulan dan 17 hari lagi.


Bajet bertemakan “Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi” itu memberi tumpuan kepada empat strategi utama iaitu Mendaya Kembali Pelaburan Swasta; Membangunkan Modal Insan; Mensejahterakan Hidup Rakyat; dan Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam.  Bagi mendayakan kembali sektor pelaburan swasta, Najib berkata kerajaan akan mempergiatkan inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta (PPP) yang dikenal pasti dalam Rancangan Malaysia Ke-10 akan dilaksanakan tahun depan dengan kos pelaburan swasta RM12.5 bilion.


Kerajaan pula menyediakan RM1 bilion daripada Dana Mudahcara. Antara PPP ialah projek-projek lebuh raya baru Lebuh raya Bertingkat Ampang-Cheras-Pandan, Lebuh Raya Guthrie-Damansara, Lebuh Raya Damansara-Petaling Jaya, Lebuh Raya Pantai Barat Banting-Taiping, Lebuh Raya Sungai Dua-Juru dan Lebuh Raya Paroi-Senawang-KLIA, Pembinaan Loji Janakuasa Kitar Padu Gas 300 Megawatt di Kimanis, Sabah, untuk menambah kapasiti bekalan elektrik adalah untuk memenuhi permintaan semakin meningkat.


Hospital Pengajian Universiti Islam Antarabangsa di Kuantan, serta projek Academic Medical Centre dengan kerjasama John Hopkins Medicine International dan Royal College of Surgeons Ireland melibatkan pelaburan swasta RM2 bilion.


Kerajaan juga, kata Najib, akan menggalakkan sektor swasta kembali memainkan peranan dalam ekonomi melalui beberapa projek strategik berimpak tinggi. Ini termasuk projek Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) bernilai RM26 bilion yang akan mula dilaksanakan tahun depan oleh 1Malaysia Development Berhad (1(MDB) dengan kerjasama Mubadala Development Company (Mubadala).

 sumber //umno-online

Comments

Popular posts from this blog

JUSTLY SHARING

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

ASAS BERTIKTOK