BN MAMPU RAMPAS PULAU PINANG JIKA UMNO TEGUHKAN AKHLAK DAN BUDAYA KERJA

بسم الله الر حمن الر حيم

Mampukah Barisan Nasional kembali mentadbir Pulau Pinang ? Persoalan ini semakin mendebarkan kepemimpinan sedia ada terutama UMNO Malaysia . Jesteru wacana pembangkang di Pulau Pinang semakin Gah dipersekitaranya dan kekentalan pakatan pembangkang mentadbir Pulau Pinang menunjukkan kekuatan dan kemampuan untuk membangunkan persekitarannya mengikut acuan dan entiti kekuasaan dalam sistem pentadbiran negeri itu .

Seandainya Barisan Nasional melihat telah ada angin perubahan dan lebih dari itu dokongan rakyat Pulau Pinang itu sendiri dilihat makin menyebelahi BN adalah sesuatu yang mesti diterjemahkan melalui semua sudut dan keterampilan kepemimpinan BN dalam mendekati masyarakat sekitarnya . UMNO tidak bolih mengharapkan rakan BN dalam dasar kepartian bagi mengembalikan sokongan awam , Umno mesti maju tanpa mengharapkan ikhsan mereka , jesteru itu kepemimpinan Umno mesti bersatu dan memurnikan adab dan akhlak semua jajaran kepemimpinan nya agar teguh dan kekal dengan penampilan yang sederhana dan tidak mengaibkan dan merendahkan kekuatan pembangkang dalam mentadbir Pulau Pinang . Adalah lebih baik Umno menumpukan gerak kerja dengan menemui semua masyarakat sekitar dan menjelaskan kesungguhan Umno dalam menerajui BN adalah demi kebaikan semua pihak . Ciri ciri akhlak dan adab sopan yang tinggi perlu diterapkan dan kepemimpinan Umno Pulau Pinang mesti merubah sikap keangkuhan dan kembali mewarnai akhlak Islam .
Jika kepemimpinan Umno Pulau Pinang kembali mewarnai akhlak islam sudah tentu gerak kerja mereka akan dilihat selari dan mampu menarik kembali sokongan dengan dasar kerajaan Persekutuan . Persoalannya , mampukah kepemimpinan Umno merubah sikap dan tidak terdedah dengan adab yang tidak selaras dengan saranan Islam . Hanya kekuatan akhlak saja yang mampu mengembalikan peralihan gelombang perpaduan BN dan pasti impian itu akan menjadi kenyataan .
Keangkuhan sesetengah kepemimpinan Umno Pulau Pinang juga sering menenggelamkan kemurniaan Akhlak yang seharusnya didedahkan dan diteladani . Jika kepemimpinan Umno Pulau Pinang masih terus gah dengan kerenah dan telatah yang mengaibkan orang lain , pasti dokongan majoriti akan makin beralih kepada pembangkang. Olih itu tanyailah diri sendiri arah mana haluan peradaban dan akhlak yang mesti ditonjolkan dan hindarilah kebanggaan mencela keberadaan pembangkang. Buatlah kajian dengan keterampilan dan terapkan akhlak dan jauhi persengketaan .

sumber : Umno-online // Ada Tanda Angin Perubahan, PM Yakin BN Dapat Rampas Kembali Pulau Pinang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) dapat merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang ekoran terdapat tanda-tanda angin perubahan yang berlaku di negeri itu.
Katanya dalam tinjauan beliau ke Pulau Pinang hari ini banyak pihak meluahkan kekecewaan terhadap kerajaan negeri di bawah kepimpinan semasa, dan mereka mahukan perubahan.
“Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan,” katanya pada sdiang media selepas menghadiri Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir di sini, hari ini.
Najib berkata ketika beliau turun padang, ada rakyat yang membisik ke telinganya dan mengeluh bahawa golongan peniaga gerai di Pulau Pinang menghadapi tekanan dan sukar mencari rezeki sedangkan perkara seperti itu tidak pernah berlaku ketika negeri di bawah pentadbiran BN.
Katanya selain itu angin perubahan juga dapat dilihat dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini apabila BN bukan sahaja memenanginya, malah majoritinya melonjak.
“Ada juga pihak pembangkang yang mendakwa kononnya krisis kepimpinan yang berlaku di negara Timur Tengah akan berlaku di Malaysia, dan saya ingin beri jawapan, bahawa dalam keadaan krisis di sana, majoriti BN terus bertambah baik pada pilihan raya kecil sebelum ini,” katanya.
Perdana Menteri berkata pemimpin BN tidak harus kecewa dengan beberapa keputusan pilihan raya lepas, malah mereka perlu menganggapnya sebagai asam garam dalam politik.
“Ia asam garam dalam politik, ada masanya berada diatas dan ada masanya berada dibawah, kita harus bangun dan mencari faktor-faktor yang boleh mendorong kita naik diatas dan jangan begitu kecewa,” katanya.
Beliau berkata untuk bangkit semula, semua pemimpin dan anggota BN hendaklah menggunakan anologi semangat gotong royang iaitu bermuafakat dengan satu matlamat dan hanya dengan memberi fokus kepada usaha mencapai satu matlamat yang sama, dan ia menjadi asas kepada kejayaan untuk merampas kembali Pulau Pinang.
“Jangan ada masalah dalam keluarga BN, sepatutnya tolak perselisihan dan juruskan kerjasama, dan lakukan yang terbaik barulah kita boleh bangun,” katanya.
Perdana Menteri seterusnya menyelar pihak tertentu yang mendakwa kononnya kerajaan pusat menganaktirikan Pulau Pinang sedangkan hakikatnya pulau mutiara itu terus dimajukan oleh kerajaan BN sejak dahulu hingga sekarang, termasuk dalam usaha meningkatkan pelaburan asing.
“Bukan tidak mahu bekerjasama (dengan kerajaan negeri) tetapi ada pihak yang ingin bermain politik ibarat pepatah lembu punya susu sapi dapat nama,” katanya.
Sehubungan itu Najib menggesa rakyat Pulau Pinang supaya tidak memperjudikan masa depan mereka, dan mereka perlu memastikan BN kembali memerintah negeri

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand