Kekalutan Akidah Melayu Islam

بسم الله الر حمن الر حيم

Masyarakat Melayu merupakan golongan terpenting di Malaysia, jika dirujuk kepada penguasaan politik dan pelbagai dasar yang lebih memihak kepada bumiputera, masih banyak lagi kelemahan yang dimiliki oleh masyarakat Melayu.
Hal ini boleh dilihat dari sektor sosiopolitik dan ekonomi. Beberapa contoh boleh diberikan, seperti kadar kemiskinan masyarakat Melayu di bandar dan luar bandar yang masih tinggi sehingga menuntut pihak kerajaan menjalankan dasar pembasmian kemiskinan golongan miskin yang berterusan, di samping itu, pihak berkuasa agama juga perlu sentiasa mengambil kira unsur kemiskinan ini di dalam program pengagihan zakat setiap tahun.
Nisbah masyarakat majmuk di Malaysia sangat rendah dari segi integrasi kaum. Dalam realiti ini, api perpecahan agak mudah timbul, khususnya yang membabitkan kepentingan sosiopolitik dan keagamaan semua kaum di Malaysia.
Kita boleh merujuk kepada usaha yang dijalankan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan tertentu yang memperjuangkan penyebaran fahaman liberalisme (kebebasan dan hak asasi manusia) dalam setiap perlakuan dan pemikiran manusia.
Dalam soal ini, pelbagai syiar dan autoriti Islam dipersoalkan, kerana kesemua autoriti Islam ini dilihat bertanggung-jawab menghalang agenda liberalisme ini. Sebagai contoh, terdapat Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam di Malaysia yang bergiat cergas menimbulkan beberapa isu iaitu tuntutan Inter-Faith Commission (IFC) agar pihak kerajaan menyamatarafkan semua pemeluk agama di Malaysia tanpa mengira Islam ataupun bukan Islam.
Antara contoh lain berkaitan dengan isu yang mencabar dominasi dan keistimewaan hak bumiputera Melayu-Islam, kononnya bertentangan dengan nisbah persamaan hak asasi semua warganegara bukan Islam di Malaysia. Isu ini telah mencabar konsep jati diri  Melayu yang sinonim dengan penganut Islam.
Sebaliknya isu jati diri Melayu cuba ditolak dengan cara bertolak-ansur dan membuka peluang untuk seseorang Melayu murtad , serta sanggup memberikan khidmat guaman untuk mempertahankan hak ( kemurtadan ).
Isu pluralisme agama yang menganggap semua agama adalah sama di sisi Tuhan dan boleh membawa kesejahteraan kepada umat manusia; isu yang mempersoalkan kesan psikologi dan perundangan yang timbul akibat seseorang penganut agama bukan Islam memeluk agama Islam; dan isu menentang cadangan pelaksanaan hukum hudud yang dikatakan ketinggalan zaman dan bakal menindas penganut bukan Islam.
Masyarakat di Malaysia amat mudah terpengaruh dengan perkembangan moden yang dibawa oleh arus globalisasi dunia. Memang diakui banyak unsur positif yang dibawa oleh arus globalisasi ini, namun pada masa yang sama juga pelbagai perkembangan fahaman sekularisme yang menyesatkan telah turut sama berkembang pesat sehingga mempengaruhi sejumlah besar masyarakat Malaysia.
Bagi menghadapi realiti ini, semua pihak termasuklah kerajaan dan pakar perundangan Islam perlu mengamalkan sikap proaktif dan selektif dengan menyediakan pelbagai elemen mendidik dan pencegahan yang sepatutnya .
Semua pihak perlu mengelakkan sikap berpolitik dalam menangani sesuatu isu yang membabitkan kepentingan negara. Ini termasuklah isu permasalahan dalaman negara yang bakal menjejaskan pencapaian pembangunan, yang memerlukan kedua belah pihak, parti pemerintah dan pembangkang sama-sama bersatu untuk mengatasinya.
Hal ini antara lainnya termasuklah isu keruntuhan moral, dadah, peningkatan kadar jenayah, keruntuhan rumahtangga orang Melayu, kemiskinan, pengaruh budaya kuning, pencemaran alam, penurunan semangat patriotisme di kalangan orang muda.
Sedutan kajian Intelektual  Islam .

KEKALUTAN POLITIK ORANG MELAYU

 
Sudah terang lagi bersuluh , orang Cina yg memonopoli ekonomi Malaysia ini makin menjauhkan diri dan berani memijak mijak minda orang melayu yang terus buta dan leka dengan kuasa , tetapi tamak dan haloba menyumbangkan minda dan kepakarannya membangunkan bangsa Melayu yang makin jauh tertinggal dan makin hilang serinya .
Harus dingat orang Cina/India dll bangsa itu tidak memikirkan halal dan haram sesuatu perkara asalkan mereka terus kayaraya dikalangan bangsanya . Sedang orang melayu yg berkuasa gagal memanipulasikan kuasa yang ada mengembangkan ekonomi bangsanya sendiri . Dasar dan strategi ekonomi bangsa melayu mesti dijadikan keutamaan jika tidak mahu kehilangan kuasa kepemimpinan dimasa hadapan. Bangkitnya melayu akan tegak dengan Islam yang memang mampu mengolah semua kebenaran dan ketelusan dinegara ini jika ada kemahuan mentauhidkan kebesaran ALLAH .Ingatlah sebelum terlambat dan dihambat untuk dikuburkan.
pengundi cina di lihat memihak kepada DAP walau pun kerajaan BN begitu perihatin dan sentiasa melayan karenah mereka sehingga kan menyakiti hati orang Melayu.Mereka tidak akan menyokong BN walau macam mana hebat sekali pun di layan mereka ini.Harap lepas ni Pak Najib jangan lagi nak manja kan mereka ni
1. bagaimana kah cara Najib & BN dapat menawan hati pengundi Urban ini, terutama kaum Cina selain dari memberi pelbagai peruntukan khas kepada mereka seperti SRJK Cina dsb nya.
Jangka panjang ini akan membuat kaum lain juga akan menuntut pelbagai peruntukan. Apakah cara lain yang ada.
2. Adakah trend "berubah" oleh DAP sebagai pembangkang di Malaysia ini akan menyebabkan PAP sebagai pemerintah di Singapura akan merasa bahangnya menjelang PRU Singapura akan datang.
Kita dpt lihat isu Tenaga Asing, Kos kehidupan kini menjadi isu hangat di kalangan penduduk dan parti pembangkang di Temasek serta penduduk mereka sudah meliat gelombang perubahan yang berlangsung di seluuruh dunia kini.
Dan jika PAP tidak bermain mengelat, dapat kah mereka mengekang gelombang tsunami yang di cetuskan oleh anak didik mereka (DAP) di sana kelak.
1. Sokongan besar pemilih Cina terhadap DAP di Sarawak memperkukuhkan lagi penolakan mereka terhadap BN;
2. Gula-gula yang BN berikan kepada orang Cina tidak mendapat balasan kerana mereka menganggap pemberian kerajaan BN sebagai hak mutlak mereka;
3. Peranan parti-parti Cina BN, sama ada parti nasional macam MCA dan Gerakan atau parti negeri macam SUPP semakin lemah dan semakin tidak mampu membantu Umno;
4. Pengajaran daripada Sarawak? Umno akan jahanam jika ia dilihat sebagai terus mengutamakan undi bukan Melayu dan mengabaikan Melayu;
5. Pemisahan sempadan politik berasaskan bangsa yang berlaku pada PRU 2008 menjadi semakin kuat. Lihatlah penolakan PKR oleh pengundi pelbagai kaum walaupun ia rakan kongsi DAP dalam Pakatan Rakyat;
6. Spekter pemisahan bandar dan luar bandar menjadi semakin jelas. Bandar maju. Cina mengusai bandar dan ekonomi negara. DAP menguasai undi bandar. Dengan kata-kata lain, DAP kini mewakili kaum kapitalis, kelas atasan dan kelas menengah bandar;
5. Kalau Melayu dan Bumiputera luar bandar berasa mereka terus disihkan kerana BN, khadnya Umno, terlalu kamaruk undi Cina, Melayu/Bumiputera akan turut sisihkan BN/Umno. Ini secara "default" akan memberi peluang kepada Pas, PKR malah DAP. Melayu/Bumiputera terpaksa undi parti yang kuat demi masa depan mereka;
7. Mengenai kesan pendemokrasian universal ke atas Singapura, Singapura tidak akan berubah selagi Lee Kuan Yew masih hidup atau berdaya menguasai politik negara itu.
Nampaknya orang-orang Cina Malaysia telah bersatu. Apakah matlamat jangka panjang mereka?
Soalnya kalau Cina boleh bersatu kenapa Melayu tidak?
Nampaknya kaum bumiputera Sarawak yang dikatakan terpinggir lebih bijak dari orang-orang Melayu Semenanjung. Mereka tahu membezakan antara kaca dan permata.
Keputusan PRN Sarawak dan beberapa siri PRK menyerlahkan sikap sebenar kaum Cina. Mereka akan menyokong perjuangan kaum mereka sahaja dan mementingkan diri mereka sendiri. Pada mereka semua yang dilakukan hanya untuk aku, aku, aku dan aku!
Mulai saat ini strategi BN perlu diubah dalam memenuhi keperluan rakyat. Utamakan kepentingan kemajuan dan kesejahteraan orang Melayu, kaum bumiputera lain dan mungkin juga kaum India.
Ini disebabkan golongan ini yang amat memerlukan pertolongan dan tahu berterima kasih. Bagi kaum Cina biar dicuba sedaya upaya membantu dan mengambil hati mereka, akhirnya mereka akan melakukan sesuatu hanya untuk kepentingan bangsa mereka sahaja.
Kita tidak perlu berasa 'berdosa' melakukan perkara tersebut. Kaum Cina sendiri mengaku mereka boleh 'survive' tanpa pertolongan kerajaan. Ini juga satu hakikat kerana mereka berjaya walau di pelusuk mana dunia mereka berada!
Insyaallah kalau perkara ini dilakukan majoriti orang Melayu, kaum bumiputera lain dan mungkin kaum India akan terus menyokong kerjaan BN. Mereka golongan yang tahu mengenang jasa dan tidak terlampau meletakkan kepentingan diri melebih-lebihi orang lain!
Saya semakin tertarik hati dengan idea 'all Melayu and Bumiputera goverment' yang ada dikemukakan oleh sesetengah pihak. Perkara ini boleh terjadi kerana kita kaum majoriti!
Apa yang penting, kita perlu berhati-hati dengan golongan kita yang menjadi 'gunting dalam lipatan' atau dalam bahasa sejarah Si Kitol moden. Ini musuh utama yang perlu kita tangani kerana mereka juga adalah ayam, tetapi ayam yang berbulu musang!
Hilangnya penyatuan Melayu adalah hasil dari tindak-tanduk pemimpin yang berkuasa. Jangan disalahkan pemimpin pembangkang yang masih belum berkuasa lagi. Tetapi salahkan pemimpin yang telah dan sedang memegang tampuk kuasa kerajaan Persekutuan namun gagal dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka.
Hasil adalah terbitan dari tindakan, dan bukan sebaliknya.
Mungkin kaum Bumiputera yang terpinggir di Sarawak berbeza keadaan dengan kaum Bumiputera di Tanah Melayu. Kaum Bumiputera di Sarawak, kebanyakannya masih tinggal di kawasan pendalaman. Berdasarkan rencana mengenai Sarawak yang dipertontonkan oleh RTM, mereka amat berpuas hati dengan kerajaan yang hanya membekalkan mereka dengan hanya tong air berharga RM20. Mereka tidak impikan jalan bertar, bekalan elektrik terus ke rumah dan bekalan air paip. Anak-anak mereka masih berdayung sampan ke sekolah. Hakikatnya, mereka telah rasa selesa dengan keadaan mereka; mungkin kerana mereka tidak makan gaji seperti orang Melayu di Semenanjung dan mereka tidak merasa kenaikan harga barang. Siapapun yang memerintah tidak memberi kesan kepada mereka.
Keadaan ini amat berbeza dengan keadaan kaum Bumiputera di Tanah Melayu yang terpinggir di kawasan yang membangun dan kawasan yang telah maju seperti di Kuala Lumpur, Selangor dan Perak. Kos hidup semakin meningkat, namun gaji tidak juga naik.
Kaum Bumiputera di Sarawak kebanyakannya beragama Kristian. Ini berbeza dengan majoriti kaum Bumiputera di Semenanjung yang beragama Islam. Kaum Melayu di Semenanjung mahukan pendekatan yang lebih mematuhi prinsip Islam dalam setiap tindak tanduk kerajaan. Terutama di kawasan majoriti kaum Melayu yang mengimpikan perlaksanaan peraturan Islam yang menyeluruh, seperti di Kedah dan Kelantan; mereka lihat pemimpin hari ini lebih bersifat sekular dan kurang mahu mengamalkan Islam.
Secara amnya, lanskap ekonomi di Malaysia lebih memihak kepada kaum bukan Bumiputera. Dengan pesatnya membangun kawasan di Semenanjung dibandingkan dengan kawasan di Sarawak; keperluan untuk berbelanja di Semenanjung adalah lebih tinggi. Tetapi malangnya, kuasa ekonomi berada ditangan bukan Bumiputera. Ini mengakibatkan keadaan menjadi lebih mencengkam kepada kaum Bumiputera di Semenanjung.
Degan terlalu kemaruknya pemimpin Melayu akan undi kaum Cina, kelebihan demi kelebihan terus diberikan kepada kaum Cina. Tindakan pengagihan bantuan berdasarkan meritrokasi adalah kurang adil bagi kaum Bumiputera kampung yang kurang berdaya saing.
Begitu juga apabila dilihat saiz bantuan kepada SRJK (Cina) berbanding kepada Sekolah Agama menggambarkan kurangnya sokongan pemimpin terhadap pendidikan umat Islam.
Jika keadaan ini berterusan, orang Melayu tidak ada pilihan selain dari mengenepikan pemimpin Melayu yang hanya mengutamakan kaum Cina.
Peringatan untuk BN, daripada terus menggula-gulakan mereka, seumpama melepaskan Anjing Tersepit, atau seumpama Menyusukan Kera di Hutan, barangkali sudah sampai masanya untuk memberikan pengajaran sedikit kepada mereka.
Budak berumur tujuh tahun kalau masih tak mahu solat, diizinkan untuk memukulnya agar menjadi pengajaran untuknya. Itu kaedah yang ditunjukkan Rasulullah...
Moga daripada pengajaran itu membuatkan mereka berfikir semula...
Caranya, Perdana Menteri pasti tahu kerana beliau dikelilingi oleh para bijaksana.
Moga-moga daripada pengajaran itu kelak akan menghasilkan keutuhan kerjasama yang sebenar-benarnya untuk kesejahteraan bumi Malaysia keseluruhannya.
Yang miskin harus dibantu dan yang kaya perlu dijadikan lebih kaya supaya dapat membantu yang miskin. Keadilan bukanlah bermaksud mendapat bahagian sama rata semuanya, tetapi keadilan bermakna memberikan pada tempatnya.
Kita sudah menduga bahawa orang Cina sememangnya tidak akan mengundi BN. Dan sikap ini akan berterusan dalam PRU13 akan datang. Hakikatnya Najib mesti menerima trend ini. Tamparan hebat akan berlaku kepada BN dimana semua kawasan majoriti Cina akan disapu habis oleh DAP. MCA dan Gerakan akan melopong tanpa satu kerusi yang akan diperolehi mereka. Orang Cina akan bertekat 100% menyokong DAP.
Saya berpendapat sudah sampai masanya UMNO sebagai majoriti dalam BN bertegas kepada MCA dan Gerakan untuk memberi ultimatum sama ada ingin bersama dengan UMNO atau dipisahkan terus untuk bersama-sama menerajui kerajaan.
Sebenarnya trend ini memang telah kita jangkakan kerana orang Cina sudah buka mata bahawa inilah masanya untuk memberi tahu kepada orang Melayu bahawa kuasa politik pun ada kepada mereka untuk menentukan pembentukkan kerajaan.
Mereka berpendapat bahawa apabila mereka bersama dengan PR mereka boleh kotak katikkan PAS dan PKR mengikut telunjuk mereka. Mereka tahu bahawa pemimpin PKR dan PAS perlukan mereka untuk memerentah kerajaan pusat. Jadi PAS dan PKR akan terus dijerat oleh mereka dengan menjanjikan segala apa yang dikehendaki oleh mereka mengikut dasar-dasar DAP.
Jadi orang Cina bukan sahaja menjerat UMNO tapi juga menjerat PAS dan PKR untuk kepentingan bangsa mereka.
Begitulah keadaan aliran politik masakini. Akhirnya, orang Melayulah yang kena tipu bulat-bulat!!
SEkarang, telah tiba masanya kerajaan BN perlu mempertimbangkan kembali konsep 'ambil hati' kepada masyarakat cina, bukan sahaja di sarawak, tetapi juga di seluruh semenanjung. Ibarat tidak mengenang budi, bunga yang kerajaan beri, najis pula yang dibaling balik kepada kerajaan. Telah terlalu banyak kemudahan khas kepada kaum cina kerajaan berikan, telah tidak tersenarai permintaan2 mereka yang telah kerajaan tunaikan termasuklah permintaan yang kelihatan amat berat sebelah dan terlalu 'perkauman', malahan kerajaan dilihat begitu ambil berat setiap hal ehwal masyarat cina di negara ini. Tetapi, mereka tidak pernah menghargai, apatah lagi membalas jasa budi kerajaan ini. PRN Sarawak baru2 ini yang menunjukkan 50% masyarakat cina terutama di bandar2 tidak menyahut seruan kerajaan tetapi semakin kuat berpihak kepada pembangkang perkauman (DAP) memberi gambaran sebenar bagaimanakan hati perasaan bangsa yang satu ini.
Justeru, kerajaan perlu lebih realistik dan seimbang dalam melaksanakan permintaan setiap kaum di negara ini dan mengutamakan dahulu rakyat yang benar2 mengenang budi. Betapa ramainya kumpulan rakyat yang menyokong kerajaan BN selama ini yang perlu diberikan pembelaan (bukan pembelaan individu semata2, tetapi membela nasib kaum tersebut secara kolektif dalam segenap segi dengan mengutamakan ekonomi, kemudahan infrasruktur tempat tinggal, pendidikan dan pemilikan harta). Jika sebelum ini, kerajaan kelihatan cuba mengambil hati pengndi2 cina dengan harapan mereka memihak kepada kerajaan sehinggalah kerajaan kelihatan seolah2 mengetepikan keperluan prasarana kaum lain yang 'totok' menyebelahi kerajaan, kini sepatutnya kerajaan melebihkan kumpulan yang berjasa ini dengan memberi keutamaan kepada mereka dahulu dalam apa jua segi. Ini kerana, dari merekalah kerajaan dapat mengekalkan kuasa memerintah sehingga hari ini, termasuk di sarawak.
Janganlah kerana terlalu ingin mengambil hati kaum yang ternyata tidak pernah mengenang jasa ini mengakibatkan kaum2 yang sejak sekian lama setia kepada kerajaan 'merajuk hati' dan kecewa. Jika perasaan kumpulan ini tidak dijaga sebaiknya, natijahnya amat besar sekali kepada pengekalan kuasa BN di masa akan datang. Pengalaman tsunami PRU 12 lepas cukup mengajar kerajaan akan berkuasanya rakyat jelata. Kerajaan perlu mengutamakan rakyat yang menyokong kerajaan dahulu, kemudian barulah kepada rakyat yang tidak mengenang budi itu. Dan biarlah kumpulan yang satu lagi itu dengan dunia mereka sendiri bersama2 parti pembangkang hingga mereka sendiri sedar kedudukan mereka dan biarlah perasaan sayangkan negara ini datang secara semulajadi dari benak hati mereka sendiri. Cinta tidak boleh dijual beli, tetapi mengajar betapa berharganya cinta itu perlu diasuh supaya manusia2 yang buta hati itu sedar di mana bumi di pijak, di situlah sepatutnya langit di junjung.
Rujukan komen web/log  DAKJ .
PERBINCANGAN SETERUSNYA LIHAT SINI

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand