Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kepemimpinan Umno perlu beristiqamah dan mengambil ikhtibar !!
بسم الله الر حمن الر حيم
( keterlanjuran yang tak bisa dimaafkan )
Kepemimpinan peringkat atasan Umno yang membuat dasar dan strategi untuk dilaksanakan kerajaan sepatutnya yang perlu beristiqamah dan mengambil ikhtibar daripada kekalahan pada pilihan raya umum yang lepas pada 2008.
Muhyiddin bersedia berdepan permainan politik agresif pembangkang
Muhyiddin : Bersedia Berdepan Permainan Politik Agresif Pembangkang PRU 13
Kepemimpinan peringkat atasan Umno yang membuat dasar dan strategi untuk dilaksanakan kerajaan sepatutnya yang perlu beristiqamah dan mengambil ikhtibar daripada kekalahan pada pilihan raya umum yang lepas pada 2008.
Kepemimpinan peringkat bawahan usah dicanangkan , kepemimpinan Umno yang membuat dasar kerajaan , kelalaian halatuju dan keutamaan seharusnya dipersalahkan . Kekuatan kepemimpinan peringkat bawahan tidak boleh dijadikan alasan atas kekalahan untuk memperolihi majoriti 2/3 jesteru apajua kecacatan dasar dan strategi perlaksanaan kerajaan sebenarnya telah menyumbangkan kesan yang amat besar ,Keutuhan itupun kira bernasib baik kerana tidak tergadai kuasa untuk menegakan tampuk pemerintahan Negara.
Jika diperhalusi dasar dasar kerajaan telah memberikan beban majoriti rakyat yang menyokong dan memberikan undi selama beberapa dekad menguasai pemerintahan Negara ini . Majoriti rakyat ini tergolong dalam ruang dan sisi hidup yang tersendiri , yang hanya mampu mengikut rentak atas apa jua yang dicanangkan atas apajua perlaksanaan dasar dasar pembangunan , sedang mereka ini tersepit dalam menonggak ruang pendidikan demi untuk mencapai kesamarataan ilmu dan kemahiran . Ruang ruang itu telah ditutupi dengan kepelbagaian tabir kekuasaan dan meminggirkan kepentingan majoriti yang mendambakan ilmu tanpa sekatan .
Pengembangan ilmu dan kemahiran hanya mampu dicapai melalui sistem pendidikan dan kerajaan seharusnya melihat jauh bagaimana dokongan majoriti ini telah terabaikan untuk mengecapi keselesaan hidup setelah merdeka .
Laluan itu terus dimonopoli sebahagian keluarga yang kayaraya , malah meritrokasi menjadi sempadan untuk kebangkitan memperjuangkan kecerdikan minda majoriti rakyat yang memang tandus ilmu sekadar cukup makan dan tiada tempat menjejaki IPTA , terbiar memangku angan angan dan terperosok di laman IPTS yang gagah menerjah dan serakah menggonggong laba yang disediakan PTPTN .
Dasar PTPTN ini bukan harapan yang sepatutnya dilaksanakan kerajaan jesteru disebalik keupayaan kerajaan menyediakan dana PTPTN ini dokongan dan sokongan atas perjuangan Umno terus merudum hingga tak mampu untuk dibaiki , malah jika ianya berterusan usah terkejut jika kekuasaan itu terus terkubur akibat kemarahan yang meluap luap majoriti yang tersepit dan berdendam kesumat dengan kerenah pemikiran yang mengabaikan keutamaan majoriti yang menyokong sebuah kerajaan dalam keterpaksaan dan akhirnya melepaskan ikatan kebertanggungjawaban memikul amanah naungan sebagaimana termaktub disisi Perlembagaan.
Sistem saraan hidup yang mencengkam majoriti pendokong kerajaan ini semakin hari semakin rencam dengan pelbagai tanggungan yang perlu disediakan , semata mata untuk melihat zuriat mereka mampu duduk setaraf di menara gading yang mampu mengubah ruang hidup mereka .
Olih itu kerajaan harus merubah dasar dengan memberikan bantuan dan ruang seluas luasnya kepada majoriti yang masih terperuk dan terkedu kelu mengharapkan kuota untuk duduk setaraf menimba ilmu dan kemahiran tanpa keterpaksaan menggadaikan sifat kehambaan sejak dinobatkan kemerdekaan.
Golongan majoriti ini saja yang mampu digugah dan dipupuk jatidiri untuk terus memberikan dokongan dan kekuatan Umno untuk terus mapan dan mendepani cabaran .
Jika kerajaan tak mampu untuk memansuhkan halangan yang jelas menjadi dinding dan tabir yang jelas menjatuhkan maruah dan jatidiri pribumi (Bumiputera ) ini , pasti suatu hari nanti dokongan itu akan hilang secara sendiri dan membiarkan jatidiri itu dinobatkan dengan rentak dan tari serta ketentuan proksi yang terus mengamati kebodohan dan kebebalan penaung menaungi kehambaan majoriti , mereka akan terus memonopolikan dan memutarbelitkan kewenangan minda , kononnya tamadun mereka lebih mulia dan perlu diberikan keutamaan .
Adakah kerajaan memang tidak mampu untuk membuka ruang pendidikan dan penimbaan ilmu dan kemahiran ini dengan jalan yang memudahkan tempat dan ruangan serta memberikan bantuan atau kewajaran biasiswa demi menambahkan wadah keserasian golongan majoriti ini agar mampu gagah dan boleh mendepani tamadunnya dinegaranya sendiri ?
Apakah kerajaan memang tidak mampu melihat sudut kebenaran dan keujudan golongan majoriti ini , lalu membiarkan wadah itu terus dirobek dan mengekalkan populasi kehambaan ini untuk dimerdekakan minda mengecapi kesetaraan keilmuan dan kecerdikan ?
Apakah nilai dan jatidiri majoriti golongan ini cuma mampu disuguhi pandangan indah bangunan tinggi , sedangkan mereka ini terus tersepit dan terhimpit menggapai ruang untuk meneruskan kehidupan tanpa bantuan dan ikhsan penaung yang telah dimerdekakan , sedangkan warisan mereka hanya bertandakan dua batang nisan , sedang raungan mereka makin hari makin jelas kedengaran .
BALING, 20 Mei 2011 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berkata pilihan raya umum ke-13 akan datang dijangka paling sengit bakal dihadapi oleh Barisan Nasional (BN) kerana parti-parti pembangkang yang bertanding sangat agresif.
“Dalam 16 pilihan raya kecil lepas, saya memimpin lebih daripada separuh (dan mendapati) ia sangat pahit dan getir akibat permainan politik pembangkang yang tidak lagi seperti biasa.
“Rakyat sekarang menuntut pelbagai perkara dan perlu dipenuhi,” katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Baling di Kompleks Rakan Muda di sini hari ini.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN, berkata BN perlu membuat persiapan lebih baik dan mantap untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang walaupun perhatian masyarakat terhadap BN dan UMNO khususnya telah meningkat.
“Kita kena tanya selepas PRU-13 masihkah kita berkuasa…ia sangat perit sekiranya tidak dapat menguasai dua pertiga dari kerusi dalam dewan.
“Kita kena selesaikan semua masalah dari bawah hingga atas. Jangan lagi ada pertembungan di peringkat bahagian kerana pengertian perjuangan tidak lagi sama bila kalah dan tiada kuasa,” katanya.
Muhyiddin berkata setiap anggota UMNO hendaklah beristiqamah dan mengambil iktibar daripada kekalahan pada pilihan raya umum yang lepas pada 2008.
“Saya bersyukur semangat ahli-ahli UMNO bertambah baik dan kuat dan trend perubahan sikap ini baik dan penting menjelang PRU akan datang,” katanya.
Beliau berkata transformasi dalam pelbagai perkara yang dibawa kerajaan pusat adalah baik untuk semua kaum dan negara.
Sebaliknya, kata Timbalan Perdana Menteri, dasar-dasar pembangkang sangat tidak adil dan memeritkan golongan Bumiputera.
Comments