video Lucah dan pelacuran menjana keuntungan dijadikan sumber dana politik
بسم الله الر حمن الر حيم
Adakah Kerajaan Malaysia akan terus membiarkan pengedaran video lucah dan menghalalkan pelacuran yang kini makin menjadi perdebatan umum hingga innya mengundang kepelbagaian pemikiran yang meloyakan.
Pendedahan Datuk T berkait pengelibatan tokoh politik pembangkang yang dikatakan pelaku sek dalam satu video lucah yang didedahkan telah pun menjadi isu yang terus menerus menarik perhatian jesteru ianya memanipulasikan perkembangan politik di Malaysia .
Setelah 2 bulan berlalu siasatan pihak Polis kini dikatakan telah selesai dijalankan dan menunggu arahan pejabat peguam negara untuk diambil tindakan susulan . Kes memiliki dan mengedarkan video lucah yang diklasifikasikan dan disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Kesiksaan , sepatutnya menjadi mudah untuk diterjemahkan dan diselesaikan , akan tetapi kerana ianya melibatkan kepentingan awam dan menjurus tokoh pembangkang dan kalangan nama nama besar , masih tertangguh dan gagal dambil keputusan olih pihak peguam negara
Kes sebegini tidak seharusnya dijadikan alasan atas kecerdikan pemikiran pihak peguam negara untuk menegakan kebenaran dan terus melengah lengahkan keputusan untuk tindakan susulan dan terus menerus memutar belitkan kenyataan .
Malah masih banyak kes kes melibatkan individu yang memiliki video lucah dan terlibat dalam memperdagangkan orang untuk pelacuran bebas begitu saja tanpa sebarang tindakan pihak berkuasa . Masyarakat dicanangkan dengan pelbagai kejayaan penguatkuasa merampas pelbagai bahan video lucah dan banyak tangkapan melibatkan kes pelacuran tetapi tiada apa apa tindakan susulan diambil keatas mereka yang terlibat atau menjadi dalang kegiatan tersebut .
Media perdana tiada memaparkan pemberitaan berkait tindakan susulan pihak penguatkuasa mengemukakan mana mana pihak kemuka pengadilan , sebaliknya begitu banyak berita mengenai kejayaan penguatkuasa dalam hal berkaitan. Ini jelas sekali menunjukan kegagalan pihak berkuasa dalam menangani kegiatan yang tak bermoral dan merendahkan martabat dan ingtergriti serta keunggulanya sebagai suatu badan yang menegakan keadilan .
Apakah sistem keadilan ini akan terus berlarutan ? Persoalan ini akan menjurus kepada ketelusan penguatkuasaan dan intergriti pihak peguam negara dalam memberikan keputusan terhadap siasatan yang telah dijalankan merujuk begitu banyak rampasan dan tangkapan yang telah dilakukan.
Jesteru itu pengedaran video lucah dan pelacuran ini terus berkembangan dipersekitaran kehidupan masyarakat kerana mereka mereka yang bergiat tidak takut untuk meneruskan kegiatan mereka kerana tidak dibawa kemuka pengadilan dan merasai hukuman sebagai ganjaran kesalahan yang mereka telah lakukan . Kemungkinan ganjaran kemewahan yang diperolihi mereka telah menutupi aksi penguatkuasa dalam menangani gejala yang makin berleluasa . Tentunya pihak peguam negara juga amat arif atas apajua perkara yang berbangkit dalam semua siasatan berkaitan hal pengedaran video lucah dan pelacuran dinegara ini .
Merujuk kepada situasi dan persekitaran yang ada, adalah amat malang sekali usaha usaha yang telah dilakukan pihak penguatkuasa dalam membenteras kegiatan durjana ini dari berterusan gagal ditegakan , sedangkan mereka yang berkuasa yang menentukan sesuatu hal siasatan dan pertuduhan gagal menegakan kebenaran dan keadilan masih terus berlindung memutar belitkan kenyataan. Tidak dinafikan kegagalan membawa dalang kegiatan ini kemuka pengadilan telah menyemarakan dan mengembangkan lagi kegiatan walaupun penguatkuasa menjalankan banyak rampasan dan tangkapan , ianya gagal membendung dan membenamkan kegiatan itu .
Mereka yang terlibat mengedarkan nya masih tersenyum tanpa ragu dikenakan tindakan .Ianya tidak mungkin berlaku jika orang awam biasa yang disiasat dibawah kesalahan yang sama dan tentunya telah pun dituduh dan dijatuhi hukuman di mahkamah .
Comments